Perlu Ke Emel Semula Jika Tak Dapat Reply Pengesahan Dari MySPP?

Perlu Ke Emel Semula Jika Tak Dapat Reply Pengesahan Dari MySPP?

Permohonan Guru DG41 One-Off yang telah dibuka baru-baru ini telah tamat pada 21 Julai 2021 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah membuat permohonan. Yang tidak sempat memohon, jangan risau, mungkin rezeki korang ada kat tempat lain.

Sepanjang permohonan, ada beberapa calon yang masih keliru dengan dengan beberapa perkara. Ini termasuklah soalan Perlu ke menghantar Emel semula jika tidak mendapat apa-apa reply pengesahan dari MySPP.

Untuk menjawab soalan ini, Calon tidak perlu emel semula. Hal ini kerana, terdapat beberapa penambahbaikan dari bahagian pengesahan emel pada 13 Julai 2021 yang lalu.

Namun, masih ada calon yang rasa tidak yakin dan tidak puas hati. Calon boleh sahaja membuat semakan status dokumen yang telah dimuat naik sebelum ini.

Caranya ialah:
  • Buka Google Drive
  • Tekan Folder (buka folder dimana calon muat naik dokumen)
  • Tekan titik 3 (…) di bahagian atas folder dan pilih Detail & Activity
  • Di sana, calon boleh melihat jika dokumen tersebut sudah dilihat ataupun belum

Hanya perlu ikut cara di atas, dan calon boleh lihat jika ia sudah dilihat ataupun belum.

Graduan Pendidikan

Graduan pendidikan lebih diutamakan dalam permohonan Guru DG41 One-Off yang ditawarkan oleh MySPP ini.

Graduan pendidikan ialah mereka yang memiliki
  • ISMP/ ISM dengan Pendidikan
  • DiplomaPendidikan (DPLI/ Diploma Pacsasiswazah Pendidikan)
  • Ikhtisas perguruan
Graduan pendidikan akan melalui kursus berpandukan struktur yang dirancang dengan teliti. Ia akan dilaksanakan dari kohort ke kohort. (projek penyelidikan jangka panjang)

Selain itu, ia membabitkan proses auditan dan semakan semula dokumen dengan nasihat Bahagian Perancangan Akademik dan pakar university lain. Nasihat daripada panel lantikan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) turut dibabitkan.

Mereka juga akan mengikuti Program Perantisan Guru dan Latihan Mengajar yang mempunyai 10 jam kredit. Kertas Projek Akhir Tahun pula perlu dihasilkan sebanyak enam jam kredit.

Atas dasar ini, graduan pendidikan adalah lebih diutamakan dakam permohonan guru seluruh Malaysia.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama