Masyarakat Menghadapi Pelbagai Kesukaran Semenjak Penularan Covid-19

Hai semuanya!


Sejak penularan covid-19 ini tidak juga beransur pulih, sesetengah masyarakat mulai semakin terasa tekanan yang memberi kesan terhadap kesihatan mental seseorang secara peribadi.

Fakta atau auta? Isu inilah yang sering terjadi sejak dunia ini dilanda penularan virus. Apatah lagi mutasi pembiakan virus Covid-19 semakin aktif dan ganas berada di mana-mana. 

Apakah itu Mutasi jenis D614G Covid-19 'Super Spreader' ?

Mutasi ini mulai dikesan di Malaysia pada Julai 2020 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Menurut sumber daripada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, mutasi Covid-19 menjadi 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain. Virus ini juga akan lebih mudah merebak jika disebar individu 'super spreader'. Lantas dengan semakin ganasnya mutasi virus ini, berkemungkinan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau berkesan terhadap mutasi ini. 



"Oleh itu, tindakan utama kita masih kepada pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya prosedur operasi standard  (SOP)  ditetapkan iaitu penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam,  tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat." Menurut kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika dalam sidang media.


Kesukaran Jelas Memberi Tekanan Kepada Masyarakat.

Oleh kerana perintah duduk di rumah saja sudah menjadi langkah terbaik untuk memutuskan rangkaian penularan Covid-19, apatah lagi ramai masyarakat kehilangan punca pendapatan akibat keadaan ekonomi pelbagai sektor industri sudah melalui ambang-ambang kemerosotan...semua mulai menjadi buntu untuk mencari sumber pendapatan selain daripada bantuan inisiatif yang telah diberi kerajaan.

Anak-anak yang ingin memulai rutin sistem pembelajaran secara dalam talian juga terkesan. Bukan semua memiliki jaringan pencapaian internet yang membolehkan mereka melakukan tugasan dengan selesa. Tidak semua juga keluarga yang berkemampuan memberi gajet pintar untuk anak mereka lebih mudah mereka berhubung secara lansung dengan guru mereka tentang kerja tugasan.

Pelbagai kejadian masalah mental berlaku akibat terlalu terikat dengan ruang rumah 24/7. Masyarakat tidak dapat bergerak bebas seperti sebelumnya. Disebabkan inilah banyak kes terjadi melibatkan pertelingkahan kecil sering berlaku di dalam keluarga sendiri. Malahan anak-anak kecil sudah mulai menunjukkan ragam mereka masing-masing. 

Anak-anak mulai ambil kesempatan untuk bermalas-malasan membuat kerja tugasan mereka memandangkan mereka tidak berada di bawah jagaan guru sekolah.

Remaja lebih suka meluangkan masa dengan bermain gajet berbanding melakukan sesuatu yang boleh meningkatkan mood di dalam rumah.

Yang miskin daif semakin merana untuk mencari sumber bekalan makanan yang mencukupi. 

Lebih ramai golongan menganggur.

Banyak syarikat daripada pelbagai sektor mengalami kejatuhan/tutup/bankrap.

Kesukaran untuk membuat pertemuan besar-besaran terutamanya aktiviti melibatkan pertemuan kelurga dan saudara-mara dari jauh.

Tidak hairanlah di masa mendatang; sekiranya kes penularan ini tidak reda...masalah ekonomi dunia akan merosot berlipat kali ganda. Seluruh dunia akan menerima impak ini.

Politik sering tidak sehaluan, terjadi masalah dalaman yang mencetuskan ahli politik sendiri tidak mampu menangani masalah negara. 



Apapun, kita doakan kesejahteraan dunia kita agar semakin pulih seperti biasa. Langkah terbaik bermula daripada kita sendiri. Jika ingin dunia kita pulih kembali, kitalah insan yang dipertanggungjawabkan untuk memulihkannya.

#dirumahsaja
#kitajagakita
#staysafe
#stayathome
#covid19


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم