Header Ads

Sejarah Silimpopon Diadaptasi Ke Novel ( Anak - Anak Silimpopon )

 " KEUNIKAN SEJARAH SILIMPOPON INI TELAH MENARIK MINAT & SEMANGAT SAYA UNTUK MENGADAPTASIKAN KISAH SILIMPOPON  KE DALAM BENTUK FIKSYEN IAITU NOVEL. SEBAGAI ANAK JATI KELAHIRAN SABAH, SAYA BERASA TERPANGGIL UNTUK MENGANGKAT SEMULA SEJARAH SILIMPOPON YANG PERNAH WUJUD DI NEGERI INI."

- Nursyafiqah Roslan - 

Boleh lawat youtube channel penulis di sini : Nursyafiqah Roslan 


                                              
      Novel Anak-Anak Silimpopon

Anak-Anak Silimpopon merupakan novel yang bertemakan persahabatan dan sejarah. Nursyafiqah, seorang penulis anak jati kelahiran Sabah cuba mengangkat semula sejarah bandar Silimpopon yang pernah wujud di Borneo Utara pada tahun 1904 hingga 1932. Penulis mendapat ilham untuk menghasilkan novel ini selepas mantan penyelia penulis meminta untuk menulis novel yang memerlukan banyak kajian, tidak klise serta dapat memartabatkan sejarah, budaya dan bangsa masyarakat


BIODATA PENULIS:
Nama                           : Nursyafiqah Binti Roslan
Tarikh Lahir               : 25 Mei 1997
Asal                              : Kota Kinabalu, Sabah. 
Pendidikan                  : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian ( Seni Kreatif ), UMS.
Pengalaman Menulis  
Penulis mula menceburi bidang penulisan kreatif sejak berusia 11 tahun dan kemudian aktif dalam menghasilkan novel. Novel sulung penulis pernah diterbitkan pada tahun 2015 bersama pihak Karangkraf, kemudian novel keduanya pula diterbitkan pada tahun 2018 bersama DBP. Kini, penulis aktif dalam menghasilkan karya-karya berbentuk cerpen dan sebanyak 10 cerpen yang ditulisnya telah pun disiarkan dalam akhbar tempatan Sabah. Penulis menanam cita untuk menghasilkan banyak karya - karya kreatif pada masa akan datang dengan genre yang pelbagai.  


Artikel Novel Anak-Anak Silimpopon




" Alhamdulillah, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang telah banyak menyumbangkan ilmu, masa,nasihat dan wang sehingga terhasilnya novel ini. Terima kasih kepada ibubapa saya dan penyelia saya, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md Dawam. Semoga novel ini dapat melahirkan perasaan cinta akan tanah air dalam kalangan anak-anak muda sekaligus memberikan impak yang positif kepada setiap jiwa yang membacanya. "

" Akhir kata, novel ini didedikasikan khas buat mantan penyelia saya yang tercinta iaitu
Allahyarham Dr. Lokman Abdul Samad.
Semoga kebaikan dalam novel ini mengalir buat dirinya.
Aminnn."


                                                       
Harga Senaskhah RM25 ( Tidak termasuk kos penghantaran )
Untuk tempahan buku novel ini, bolehlah berhubung melalui:
Messenger Fb : Nursyafiqah Roslan
Messenger IG : Nursyafiqah Roslan




Ikuti perkembangan penulis melalui laman sosial berikut :
Facebook : Nursyafiqah Roslan
Instagram : Nursyafiqah Roslan


#sasterasabah
#penulisankreatif
#novelanakanaksilimpopon

No comments

Powered by Blogger.