10 CHECKLIST PECUTAN AMALAN 10 MALAM AKHIR RAMADAN

CHECKLIST PECUTAN AMALAN 10 MALAM AKHIR RAMADAN

1. MENYEMPURNAKAN SOLAT FARDU DI AWAL WAKTU DAN BERUSAHA MENGQADA SOLAT YANG TELAH DITINGGALKAN

Daripada Abdullah Ibnu Mas'ud bertanya kepada Rasulullah SAW: 

أَىُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ‏ "الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا"‏‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىُّ قَالَ "ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ‏"‏‏.‏ قَالَ ثُمَّ أَىّ قَالَ "الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ‏"‏‏

Maksudnya: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih) 

Selain itu, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ

Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kafarah (menutup dosa) untuknya melainkan hal tersebut.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)


2. BERUSAHA MENCARI LAILATUL QADAR

Daripada Aisyah r.a., beliau menceritakan bahawa: 

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya untuk beribadah pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)

Daripada Aisyah r.a., bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.” (HR al-Tirmizi. Status Hadis: Hasan Sahih)


3. MEMPERBANYAKKAN SOLAT SUNAT

- Solat Sunat Qabliah (Sebelum) Subuh

Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “(Solat) Dua rakaat (sebelum) Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)

- Solat Sunat Dhuha

Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: “Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih) 

- Solat Sunat Tarawih

Daripada Umm al-Mukminin Aisyah r.a bahawa beliau berkata:

 ‎أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ ‏‏ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ ‏ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama Baginda. Kemudian pada malam berikutnya, Baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin ramai. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah SAW sebaliknya Baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, Baginda bersabda kepada para jemaah: “Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)


4. MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH SWT

Firman Allah SWT:

 فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوْا رَبَّكُمْ إِنَّهٗ كَانَ غَفَّارًاۙ ﴿10﴾ يُّرْسِلِ السَّمَاۤءَ عَلَيْكُمْ مِّدْرَارًاۙ ﴿11﴾ وَّيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَّبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَّكُمْ جَنّٰتٍ وَّيَجْعَلْ لَّكُمْ أَنْهٰرًاۗ ﴿12﴾

Terjemahan: “Maka aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh: 10-12)

Daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا، وَرُبَّمَا قَالَ: أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ: رَبِّ أَذْنَبْتُ، وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَبْتُ، فَاغْفِرْ لِي، فَقَالَ رَبُّهُ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا، فَقَالَ: رَبِّ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا، وَرُبَّمَا قَالَ: أَصَابَ ذَنْبًا، قَالَ: قَالَ رَبِّ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ: فَاغْفِرْهُ لِي، فَقَالَ: أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)


5. MEMPERBANYAKKAN SELAWAT

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab: 56)

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)


6. MEMPERBANYAKKAN MEMBACA DOA

Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۗ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Terjemahan: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah al-Baqarah: 186)

Hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a., beliau berkata:

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) - “Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.” (HR al-Bukhari dan Muslim. Status Hadis: Sahih)


7. BERBUAT BAIK DAN MEMPERBANYAKKAN KHIDMAT BAKTI 

 Firman Allah SWT:

 وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Terjemahan: “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (Surah al-Nisa’: 36)

Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR Ahmad, al-Thabrani dan al-Daruqutni. Status Hadis: Hasan)


8. HINDARI DARI SIFAT RIYAK, ‘UJUB, SUM’AH DAN TAKABBUR DENGAN AMALAN YANG DILAKUKAN

Riyak bermaksud melakukan ibadah dengan niat supaya dipuji manusia dan tidak berniat beribadah kepada Allah SWT.

‘Ujub pula ialah seseorang yang mengagumi diri sendiri dengan beranggapan bahawa kemuliaan amal soleh yang dilakukan adalah kerana adanya sesuatu perkara atau sebab bukan kerana Allah SWT.

Sum’ah adalah mengingatkan orang lain akan segala perbuatan baik yang pernah dilakukannya agar diketahui oleh orang lain dengan berharap akan dipuji, diberi penilaian yang baik, penghargaan atau sebagainya.

Takabbur pula bermaksud sombong, angkuh atau bongkak dengan melihat dirinya mengatasi orang lain dari segi kesempurnaan. Apabila seseorang melihat dirinya dengan pandangan yang hebat, dia akan menghina orang lain yang tidak sehebat dan setaraf dengannya.

Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿5﴾ ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ ﴿6﴾  

Terjemahan: “(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).” (Surah al-Ma’un: 5-6)

Rasulullah SAW pernah bersabda:

لاَ تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمُ اللَّهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ

Maksudnya: “Jangan kamu mensucikan diri kamu kerana Allah lebih mengetahui orang yang paling baik dalam kalangan kamu.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)


9. MEMAAFKAN ORANG LAIN

خُذِ ٱلْعَفْوَ وَأْمُرْ بِٱلْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْجَٰهِلِينَ

Terjemahan: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf (perkara baik), serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.” (Surah al-A’raf: 199)

Daripada Abu Hurairah r.a., ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu ia berkata:

يَا رَسُول اللَّه، إِنَّ لِي قَرابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُوني، وَأُحْسِنُ إِلَيْهِم وَيُسِيئُونَ إِليَّ، وأَحْلُمُ عنهُمْ وَيَجْهَلُونَ علَيَّ، فَقَالَ: لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمُ المَلَّ، وَلا يَزَالُ معكَ مِنَ اللَّهِ ظَهِيرٌعَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلكَ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, saya memiliki kerabat, saya sambung (hubungan silaturahim) tetapi mereka malah memutuskan, mereka berbuat buruk kepada saya tetapi saya berusaha untuk berbuat baik kepada mereka. Mereka berbuat jahil kepada saya tetapi saya sabar tidak ingin membalas dengan yang sama. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Jika yang kamu katakan itu benar, maka seakan-akan kamu menaburkan debu panas ke wajah mereka dan Allah sentiasa menolong kamu selama kamu terus berbuat seperti itu.”  (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)


10. MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN PAHALA BERPUASA

Bahawa Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَاامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiamnya melainkan hanya berjaga malam.” (HR Ibnu Majah. Status Hadis: Sahih)

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ إَذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

Maksudnya: “Solat lima waktu, dari hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan dari Ramadan ke Ramadan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim dan al-Tirmizi. Status Hadis: Sahih)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita berlumba-lumba mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manfaatkan masa serta nikmat yang ada dengan sebaiknya dan rebutlah peluang sebanyak mungkin. 


SENARAI RUJUKAN :

1. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-192: KELEBIHAN SOLAT SUNAT FAJAR

2. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-223: SOLAT DHUHA MENDAPAT ISTANA EMAS

3. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-152: SIFAT SOLAT MALAM NABI SAW

4. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-83: KELEBIHAN SOLAT SEHINGGA IMAM SELESAI

5. BAYAN LINNAS SIRI KE-194: KONSEP SEDEKAH JARIAH MENJANA KESATUAN UMMAH

6. IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN SIRI KE- 131 : SIAPAKAH YANG MENDAPAT GANJARAN PAHALA MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG BERBUKA ?



SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.

Kredit to ASMA' BINTI HARUN

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama