Jawatan Kosong Pembantu Kemahiran Gred H19 di Kementerian Kerja Raya (KKR)

Jawatan Kosong Pembantu Kemahiran Gred H19 di Kementerian Kerja Raya (KKR)

Pembantu Kemahiran Gred H19

Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Kementerian Kerja Raya (KKR) 


JADUAL GAJI
  • Gaji Minimum : RM1,377.00
  • Gaji Maksimum : RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

[ KEKOSONGAN : 152 , SIMPANAN :150 ]


SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,377.00)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,435.12)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,435.12)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,493.24)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred H19 : RM1,493.24)


Tempahan online Rahsia Resume Kerja


SYARAT LANTIKAN 
 
BIDANG SVM  
1) Teknologi Elektrik
2) Tenologi Elektronik
3) Teknologi kimpalan
4) Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara 
5) Teknologi Pemprosesan Kayu Dan Kemasan 

BIDANG SKM TAHAP 2
1) Jurubina Bangunan 
2) Jurukerja Paip
3) Tukang Paip Dan Kumbahan
4) Juruteknik Elektrik
5) Pemasang Dan Penyelenggaraan Elektrik - SATU FASA

BIDANG SKM TAHAP 3
1) Penyelia Binaan Bangunan
2) Juruteknik Kerja Paip
3) Penyelia Paip Dan Kumbahan
4) Juruteknik Elektrik Kanan
5) Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik - TIGA FASA 


SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam, Pembantu Operasi, Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah dan Penghantar Notis adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan
  • Mempunyai kelayakan di perkara 2(d) di atas atau lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan:
    • Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; 
    • Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; 
    • Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pemasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan atau mengemaskini permohonan secara dalam talian di Portal rasmi SPA9. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 1 Ogos 2021 ( AHAD ) Jam 11.59 malam



Ini Rujukan SPESIFIK SEKSYEN tahun 2021






0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama