Perniagaan Online Besar atau Kecil, Anda perlu Patuhi Peraturan Ini!

Sumber: Flickr


Salam sejahtera semua warga net!

Perniagaan atas talian seperti cendawan selepas hujan pada masa kini. Ditambah pula dengan krisis Covid-19 yang menjejaskan pendapatan ramai orang terutama sekali perniagaan secara fizikal. Ini membuatkan ramai peniaga yang beralih kepada perniagaan atas talian atau perniagaan online. 

Bukan itu sahaja, malah, ramai individu yang tidak pernah berniaga, mula berniaga secara online kerana ia memudahkan kerja kerana boleh dilakukan di rumah dan mempunyai rangkaian internet. Suri rumah, pelajar dan penjawat awam tetap sekalipun kini boleh membuat bisnes secara online.

Sumber: pxfuel

Namun, ramai yang tidak tahu peraturan-peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi sekiranya individu ingin mejual barangan secara online. Pengguna atau pelanggan yang membeli produk atas talian juga mungkin tidak mengetahui hak asasi mereka. 

Oleh itu, elok kiranya anda membaca sehingga habis dan mengetahui peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar anda tidak melanggar mana-mana peraturan perniagaan atas talian yang boleh menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-undang seperti kompaun dan penjara.

Anda perlu mengetahui 8 maklumat yang wajib dipaparkan sekiranya anda menjual barangan atau produk secara atas talian, seperti Facebook, Instagram, laman Shopping mall (Shopee, Lazada, PGmall dan lain-lain) atau personal website.

8 Maklumat yang perlu dipaparkan pada iklan jualan atas talian:
  1. Nama penjual atau syarikat
  2. Harga yang perlu dibayar (Termasuk harga sampingan seperti kos penghantaran)
  3. Nombor pendaftaran perniagaan
  4. Keterangan produk
  5. Maklumat untuk dihubungi
  6. Kaedah pembayaran
  7. Anggaran masa penghantaran
  8. Terma dan syarat
Peniaga yang ingkar dan tidak mengikuti peraturan ini boleh disabit kesalahan dibawah Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999 dimana pesalah boleh dikenakan denda RM50000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada Mac 2019 lalu, gempar dimana peniaga online didakwa kerana menggunakan istilah PM tepi tanpa memaparkan maklumat lengkap pada produk jualan. Ini menimbulkan kegusaran dan keraguan dikalangan peniaga online Kerana “PM tepi” adalah cara strategik yang sering digunakan dalam mempromosikan produk secara online kerana mesra didengar. 

Berita baik untuk semua peniaga online, tidak kira anda mempunyai website sendiri atau menggunakan akaun laman social seperti facebook dan Instagram untuk menjual barangan anda, Istilah “PM tepi” boleh dipakai dengan syarat, anda turut memaparkan 8 maklumat yang perlu diatas.

Sumber: Berita Harian

Sumber: MYPKDNHEP

Menjadi peniaga online tidak hanya mempunyai barangan untuk dijual, tetapi juga perlu bertanggungjawab dan beretika Ketika melakukan penjualan online. KPDNHEP turut menyatakan beberapa etika penjualan online yang perlu dipraktikkan.

Etika Peniaga:
  • Memaparkan maklumat yang tepat dan lengkap
  • Mempunyai mekanisme tebus rugi (refund) yang jelas
  • Menggunakan kaedah pembayaran yang selamat

Sumber: MYPKDNHEP


Dengan adanya peraturan dan undang-undang dalam berniaga secara online, hak asasi pengguna akan dilindungi. Namun, pengguna juga pempunyai bahagian dalam mencegah penipuan perniagaan secara online. Pertama, anda perlulah menjadi pengguna yang bijak. 

Pengguna bijak memeriksa maklumat barangan dengan teliti, memastikan kaedah bayaran adalah selamat, memastikan penjual mempunyai jaminan ganti rugi dan menyimpan maklumat penjuan dan transaksi selepas melakukan pembelian. 

Sumber: MYPKDNHEP


Namun, pengguna atau pembeli secara online masih berisiko ditipu. Banyak Antaranya ialah produk tidak sama seperti dalam keterangan produk, barang tidak sampai mengikut Tarikh yang dijanjikan dan yang lebih teruk, pelanggan tidak mendapat produk yang dibeli dan penjual melarikan wang pelanggan berlaku masa kini. 

Apa yang perlu dibuat sekiranya anda ditipu peniaga online? Anda boleh membuat aduan dan tuntutan ganti rugi. Oleh itu, amat penting anda mengetahui saluran-saluran yang boleh dicapai untuk membuat tuntutan dan aduan.

Saluran untuk membuat aduan kepenggunaan:

1) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

2) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP (link)
  • Anda boleh membuat aduan sekiranya peniaga tidak mematuhi peraturan seperti tidak memaparkan maklumat yang lengkap pada produk.
  • Maklumat anda tidak akan didedahkan.
    • Hotline : 1 - 800 - 886 - 800, +603 - 8882 6088, +603 - 8882 6245

3) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia/Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC). (Link)
  • Saluran Ini tidak terhad kepada penipuan urusan pembelian online, tetapi juga aduan mengenai isu telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan pos dan pemberian perkhidmatan sejagat.
  • Whatsapp: 016 - 220 6262
  • Emel: aduanskmm@mcmc.gov.my

4) National Consumer Complaints Centre, NCCC (link)
  • Saluran ini merupakan organisasi bukan kerajaan yang menerima aduan, merunding dan membantu pengguna mendapatkan keadilan dalam perniagaan bukan sahaja perniagaan secara atas talian, tetapi juga pelbagai jenis perniagaan yang lain.
  • Namun, pejabat NCCC ditutup sehingga September 2020 kerana terkesan dengan Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lalu.
  • Emel: myaduan@nccc.org.my
  • Hotline: +603 7803 6000 / +603 7805 0009

5) Laporan polis
  • Penipuan pembelian online adalah kesalahan yang boleh disabit dibawah seksyen 415, dimana Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;
a) secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau

b) dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.

  • Laporan boleh dibuat di mana-mana balai polis yang berdekatan anda.

Sekiranya anda ingin membuat laporan, maklumat-maklumat urus niaga atas talian amat penting bagi memudahkan tidakan daripada pihak yang berkenaan. KPDNHEP telah menyediakan panduan sekiranya pelanggan ingin mengemukakan aduan.

Sumber: MYPKDNHEP


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama