Keprihatinan Ebit Lew Terhadap Rakyat Di Sabah Mendapat Pujian Netizen

Ebit Lew Hantar Sumbangan Ke Sabah

Terbaharu, Ebit Lew menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terjejas teruk dengan pandemik Covid-19. Keprihatinan dan sifat pemurah Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi.



Menerusi laman facebooknya, beliau telah menggunakan perkhidmatan kargo Raya Airways untuk menghantar barangan perubatan ke Negeri Sabah. Sumbangan tersebut berupa barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai, pelitup muka (mask) serta pelindung kasut untuk kegunaan frontliners di Sabah.


Katanya "Semua bekalan set PPE, mask, spec, sarung kaki, face shield untuk frontliner telah selesai diedarkan dalam masa dua hari. Bantuan di hantar ke Hospital Tawau, Pejabat Kesihatan Lahad Datu, Hospital Semporna, Hospital Kudat, Hospital Tuaran, Menggatal, Semporna dan beberapa tempat lain."

Sumbangan Ebit Lew di Hospital Tawau


Sumbangan Ebit Lew di Hospital Tuaran


Sumbangan Ebit Lew di Pejabat Kesihatan Lahad Datu


Keprihatinan Ebit Lew Terhadap Rakyat Di Sabah Mendapat Pujian Netizen

Sumbangan yang diberikan oleh Ebit Lew mendapat pujian warganet dan kebanyakkan menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kerana telah membantu mereka yang memerlukan khususnya ketika berhadapan dengan pandemik ini.








Post a Comment

0 Comments