Jawatan Kosong Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)


Jawatan Kosong Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Jawatan : Pegawai Antidadah Gred S41


Jadual Gaji:
  • Gaji Minimum : RM2,078.00
  • Gaji Maksimum : RM9,544.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

KEKOSONGAN : 7
SIMPANAN : 20


SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;

  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)

  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang  yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).


Baca Sini : Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU   

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,


SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Antidadah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Antidadah Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

  • mempunyai kelayakan di syarat lantikan. 
  • lulus Peperiksaan Khas; dan  
  • had umur pelantikan:

    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :

  • Membantu memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan di institusi dan komuniti, 
  • program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah, 
  • kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.


Keperluan Bidang Yang ditetapkan oleh Jabatan

Jawatan Kosong Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan atau mengemaskini permohonan secara dalam talian di Portal rasmi SPA9. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 07 Julai 2021, Rabu (11.59PM)






0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama