Pencegahan Jenayah Rompakan & Pecah Rumah



PENCEGAHAN JENAYAH ROMPAKAN

ROMPAKAN biasanya melibatkan orang ramai dan juga premis perniagaan. 

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membawa perompak ke muka pengadilan.


PENGLIHATAN:

  • Pastikan tingkap tidak ditutupi oleh sebarang simbol perniagaan.
  • Mesin wang tunai perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dari luar. Jika berlaku rompakan, adalah mudah bagi pekerja mengenalpasti identiti perompak dan jenis kenderaan yang digunakan.
  • Hubungi polis jika terdapat individu yang mencurigakan di premis perniagaan anda.
  • Berhati-hati semasa anda membuka dan menutupi kedai.


PENCAHAYAAN:

  • Kawasan luaran dan dalaman premis perlu terang dan mempunyai cahaya yang cukup untuk mengelakkan perompak bersembunyi.


ALAT PERAKAM VIDEO:

  • Pastikan alat perakam video di premis perniagaan anda sentiasa berfungsi.
  • Letakkan alat perakam video berhampiran cashier atau pintu keluar.


WANG TUNAI:

  • Jangan simpan sejumlah wang yang banyak dalam premis anda.
  • Pilih waktu yang selamat untuk depositkan wang dan pastikan anda berteman.
  • Jangan bawa wang yang banyak bersama anda.


SEMASA ROMPAKAN:

  • Bertenang
  • Ikut arahan perompak, jangan melawan.
  • Anggaplah semua senjata api berisi peluru.
  • Kenal pasti identiti perompak.
  • Kenal pasti senjata yang dibawa.
  • Kenal pasti jenis kenderaan dan nombor pendaftaran kereta.


SELEPAS ROMPAKAN:

  • Telefon pihak polis dengan segera. Dail nombor talian kecemasan 999.
  • Berikan nama, nombor telefon serta alamat tempoh rompakan.
  • Beritahu identiti perompak, arah perompak melarikan diri serta nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan.
  • Nyatakan sama ada senjata digunakan dalam rompakan.
  • Lindungi tempat kejadian. Pastikan peerja dan orang ramai jauh dari tempat kejadian.
  • Minta saksi tunggu sehingga polis tiba.
  • Kunci pintu sehingga polis tiba.
  • Jangan sentuh apa-apa.
  • Beri kerjasama kepada pihak polis. 



PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH

Setiap daripada kita boleh mengurangkan risiko rumah daripada dicerobohi dengan mengurangkan peluang untuk penjenayah berbuat demikian. Jika anda tinggal di apartment atau flat, jangan biarkan tanggungjawab keselamatan anda pada penyelia bangunan atau pengawal sahaja. Anda dan jiran anda boleh bekerjasama mengurangkan jenayah di dalam bangunan atau kawasan perumahan anda.


KESELAMATAN DI LOBI APARTMENT:

  • Sesiapa yang tidak dikenali atau disyaki cuba untuk memasuki bangunan anda, mestilah dilaporkan kepada Pengurusan atau pengawal keselamatan.
  • Jangan benarkan orang yang tidak dikenali atau tidak mempunyai pas untuk memasuki bangunan sewaktu anda masuk atau keluar dari bangunan.
  • Bekerjasama dengan jiran yang lain dengan memastikan pintu-pintu utama sentiasa berkunci.
  • Guna nama pendek ( bukan nama penuh ) anda sahaja pada direktor lobi, loceng pintu , peti pos dan direktor telefon.


KESELAMATAN PINTU:

  • Kunci rantai tidak begitu selamat - pasang lubang kanta pintu dan jangan sesekali buka kepada orang yang tidak dikenali.
  • Jangan biar pintu terbuka, walaupun hanya sebentar untuk membuang sampah.
  • Jangan tinggalkan apa-apa nota pada pintu atau direktori lobi. 
  • Jika anak kunci hilang, tukar mangga pintu.
  • Jika anda terlihat orang tidak dikenali membawa keluar barangan daripada rumah jiran, hubungi pengawal keselamatan atau penyelia bangunan. Jika tiada maklumbalas, hubungi talian 999.


KESELAMATAN DI LIF:

  • Perhatikan siapa berada di dalam lif sebelum masuk.
  • Jangan masuk ke dalam lif jika anda berasa tidak selamat - tunggu giliran lif lain.
  • Bila berada di dalam lif, berdiri di sebelah panel kawalan.
  • Jika sesiapa yang disyaki masuk dalam lif, keluar sebelum pintu lif tertutup.


JIKA JENAYAH TELAH DILAKUKAN:

  • Jangan masuk ke dalam rumah - penjenayah mungkin masih di dalam.
  • Jika tiada telefon bimbit, guna telefon jiran dan hubungi talian 999.
  • Jangan sentuh atau bersihkan apa-apa sehingga polis telah memeriksa bahan bukti.
  • Ambil nombor kenderaan sesiapa yang disyaki.
  • Ambil maklumat rupa diri orang yang disyaki.
  









Anda boleh memuat turun aplikasi khas untuk membuat sebarang aduan secara langsung:

Aplikasi SaveME 999 DEAF 

Aplikasi SaveME 999 BLIND

Aplikasi SaveME 999 POLIS





GUNAKAN TALIAN KECEMASAN 999 DENGAN BERHEMAH




Sumber rujukan : Pencegahan Jenayah l MERS 999

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama