Kos Tersembunyi Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Mula Berniaga


Perkongsian ini dikongsikan oleh Yoep Owsem, beliau memang seorang peniaga nasi kukus. Ikuti perkongsian beliau berkenaan kos tersembunyi yang perlu diambil kira sebelum mula berniaga seperti :
  • Kos jualan tak habis
  • Kos ayam
  • Kos gas
  • Kos minyak masak
  • Kos beras
  • Kos bahan sampingan
  • Kos pembungkusan
  • Kos santan
  • Kos pekerja
  • Kos transport
  • Kos alatan berniaga
  • Kos storan
  • Kos kesihatan
  • Kos gaji
  • Kos risiko
  • Kos tapak

1. KOS JUALAN TAK HABIS DIJUAL.

"Berniaga 2.5 jam, belum tentu boleh habis jual semua. Sy berniaga 7.5 jam baru boleh jual 70 bungkus. Kalau hujan, lagilah teruk. Yang tak habis makan sendiri atau sedekah kat orang, tapi either way kos tetap kena tolak dari keuntungan".

Beliau berkata bahawa jualan tidak selalu habis, bergantung dengan rezeki dan cuaca juga mempengaruhi jualan. Kalau tak habis disedekahkan ataupun terpaksa dimakan. Dan kos juga terpaksa ditolak. 

2. KOS AYAM POTONG TERLALU KECIL.

"Kalau ayam RM20 bermakna ayam tu berat dalam 2 kg. Ayam 2kg boleh potong 10 je maksimum, kalau tidak akan mengundang sumpah seranah dari pelanggan, dah la jual RM4.50. Saya jual ayam potong 4, RM6.00 seketul".

Beliau juga berkata kos ayam potong juga terpaksa dikurangkan. Hal ini demikian kerana harga ayam yang mahal dan saiz ayam yang dipotong terlalu kecil namun harga pula terpaksa dikekalkan ataupun dinaikkan sedikit. 

3. KOS MINYAK MASAK

"Kalau boleh dapat minyak masak paket sekalipun, akan pakai sehari 4 paket minyak untuk goreng ayam. 4kg x RM2.50 = RM10. Kalau tak dapat cari minyak paket, bersedialah untuk kos yang gila kasar".

Kos minyak masak paling terkesan tidak kira peniaga mahupun untuk kegunaan sendiri. 

4. KOS GAS 

"Yang ni ramai ambil mudah, hakikatnya kos ni besar dan kerap kena beli. Seminggu saya pakai 4 tong gas untuk jualan di gerai 7.5 jam + masak kuah di rumah 3.5 jam. Ayam goreng berempah ni api kena kuat kalau tak ayam tak masak sampai dalam".

Ramai yang ambil mudah tentang kos penggunaan gas untuk memasak. Semakin lama kita menggunakan gas, semakin cepat juga gas habis. 


5. KOS BERAS

"Biasanya guna 8kg beras untuk jualan 70 bungkus. Itu beras bukan nasi ya. Kalau nak dijadikan nasi ada kos-kos tambahan lagi" 

Betullah tu, nak buat nasi kukus bukan sekadar cuci beras dengan air sahaja. Nak nasi yang sedap kenalah ada bahan tambahan kan?


6. KOS BAHAN SAMPINGAN

"Contoh kos untuk kuah kari kaki ayam, sambal belacan, kos sayur, rempah perapan. Kos-kos ni besar ye tuan puan sebab cili padi dan cili masak sekarang harganya bukan murah. Sampai RM15 sekilo. Belacan lagi, herba campur, buah keras, serai, lengkuas, kayu manis, bunga lawang, tomato, cili kering, serbuk dan daun kari, pandan serta bahan lainnya memerlukan kos juga"

Sebagai customer kadang kita tak terfikir pun dengan kos bahan sampingan yang kecil ni. Sudah tentulah beli untuk belanja dapur lagi murah berbanding untuk jualan harian. 

7. KOS PEMBUNGKUSAN

"Kos untuk bungkus barang jualan. Kertas minyak gred B, plastik bungkus nasi 15x15, plastik 5x7 bungkus kuah dan sambal, plastik singlet pelbagai saiz."

Nak bungkusan yang premium dan nampak kemas lagilah memerlukan jumlah kos yang besar. 


8. KOS SANTAN

"Kalau berdasarkan kiraan tuan tanah, jualan ialah 70 bungkus sehari. Maka santan sehari kena pakai 1kg untuk kuah kari. RM7 - RM10 sekilo."

9. KOS PEKERJA

"Pengalaman saya berniaga 8 jam jualan 70 bungkus memang memerlukan pekerja sebab kita kena goreng dan bungkus on the spot. Pelanggan tak nak makanan sejuk. Kalau 3 jam nak jual 70 bungkus, saya jamin kena pakai lebih dari 3 orang (termasuk tokey)"

10. KOS TRANSPORT

"Kos minyak untuk ulang alik ke tapak berniaga, kos pusing merata kedai beli barang mentah yangg murah, kos meronda sebab nak cari minyak paket. Kos ni bukan sikit ya, dan saya jamin tak boleh nak naik motor sebab banyak barang yang perlu dibawa".

Oleh itu kenderaan sudah menjadi keperluan untuk para peniaga. Nak naik motor bukannya tak boleh cuma rasanya delivery lebih sesuai untuk menggunakan motorsikal. 

11. KOS ALATAN BERNIAGA

"Saya berniaga stall tepi jalan, kos beli alatan berniaga di tapak dan alatan berniaga di rumah mencecah RM10k juga. Blender heavy duty pun dah RM500 untuk brand butterfly. Sy pakai brand Khind murah sikit tapi baru pakai 3 bulan dia dah problem, mujur beli baru ada la warranty. Tapi kena beli 2 untuk back up".

Biasanya kos alatan ini memerlukan kos yang lebih banyak. Dan jangan rasa rugi untuk keluarkan modal lebih kerana peralatan yang kita gunakan untuk jangka masa yang lama. 

12. KOS STORAN

"Kalau berniaga pada skala jualan 70 bungkus sehari, kita takkan boleh muat dah pakai chest freezer 120liter, pakai peti ais rumah. So kena pakai freezer besar, peti ais kena beli asing untuk simpan stok bahan mentah kalau tak nak keluar setiap hari berbelanja. Freezer besar RM800++, peti ais RM1000 saiz sederhana. Nak jimat beli 2nd, tp kena fikir jugak kos repair. Kos storan ni akan datang sekali bersama kos elektrik ye". 

13. KOS KESIHATAN

"Cucuk thypoid RM70 ye seorang. Kalau dah 3 orang kiralah sendiri. Pekerja yang kita cucuk tu pulak belum tentu kekal nak kerja dengan kita". 

14. KOS GAJI

"Gaji pekerja kalau setakat offer RM0 sehari kerja gerai, memang kena bersaing lah dengan kerja rider yang lebih menarik dalam kalangan belia muda. Gaji tokey pun jangan lupa kira ya."

Sekarang kerja RM50 sehari pun kadang rasa tidak berbaloi dengan masa bekerja kita. Apatah lagi yang berniaga, pasti nakkan untung yang banyak. 

15. KOS RISIKO

"Risiko ni boleh datang dari sudut authority, sudut cuaca, dan juga sudut mistik. PBT, Kesihatan, Polis, Imigresen (kalau pakai pembantu gerai pekerja asing) dan lain-lain. Cuaca ribut boleh hancurkan khemah kita. Sihir, santau dan khianat juga boleh jadi risiko yang paling besar pakai kos".

16. KOS TAPAK

"Tapak jarang dapat free even berniaga tepi jalan, mesti nak kena bayar. RM5 - RM10 sehari average. Kalau dalam kampung ye la free. Nak tempat ramai orang dalam pekan mesti dah kena bayar, samada pada PBT atau pada gerai yang kita tumpang. Tapak tu pun nak kena dekat dengan air untuk mencuci, kalau berniaga malam ada baik sekiranya dapat tarik sekali. Untuk yang menyewa kedai lebih parah, sebab selain sewa, akan kena bayar lesen PBT, lesen papan tanda berlampu, kesihatan (penapis minyak), elektrik tarif komersial, IWK dll".

Tambahan: 
Kalau nak ada untung lebih, kena bukak meja untuk dine in dan jual air. Ini semua tambahan kos ye, tapi boleh generate extra profit.

Kepada yang baru nak mencuba, ambil kira kos-kos diatas sebelum anda pertaruhkan baki saving anda untuk mula. Pergi bersembang dengan orang-oarang yang dah berniaga.

Semoga bermanfaat.


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم