Bahaya Tidur Dalam Kereta, Mengundang Kematian Secara Senyap!


Ketika memandu dalam perjalanan yang jauh, pasti mata kita sudah hilang fokus dan rasa ingin melelapkan mata kerana rasa ngantuk yang kuat.

Berhentilah di tempat yang selamat dan ambil angin sementara sambil berehat cari makan di kedai makan kecil.

Tapi, jangan sesekali mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta! Anda tidak akan sedar bahawa maut ingin mendekati anda!

Ada juga sesetengah ibubapa yang membiarkan anak mereka terkurung di dalam kereta hanya untuk memudahkan urusan membeli barang, keselamatan anak dalam kereta tidak pernah ingin ambil peduli bahkan meremehkan perkara ini.

Kini,kes kematian gara-gara tertidur dalam kereta semakin menjadi-jadi. Ingat, ketika anda sedang tertidur dalam kereta anda lansung tidak akan sedar bahawa anda dalam aura kehilangan nyawa anda sendiri!

Kebiasaan selalu mempunyai tabiat tidur dalam kereta lagi-lagi enjin tidak dimatikan, itu akan meningkatkan risiko kematian.



BAGAIMANA IA BOLEH TERJADI?

  1. Jika kereta anda mengalami masalah teknikal terutamanya keocoran ekzos kereta dalam kabin, apalagi anda waktu itu sedang tidur...ini akan mengundang kepada risiko mati lemas.
  2. Ini kerana kebocoran daripada ekzos tersebut akan menyebabkan banyak karbon monoksida terkumpul yang mengundang kepada penurunan paras oksigen dalam kereta.
  3. Karbon monoksida yang tinggi dalam kereta boleh memberi kesan oksigen dalam darah. Jika darah lebih banyak menerima karbon monoksida, ia akan menyebabkan berlakuknya kematian secara tiba-tiba.
  4. Walaupun tingkap kereta terbuka, bau karbon monoksida yang terkumpul dalam kereta juga memberi kesan dalam darah kita ( penurunan oksigen dalam badan ). 
  5. Akibatnya, kita akan kehilangan cecair dan air dalam badan kita dalam jangka waktu itu.


PENGHAWA DINGIN DALAM KERETA
  • Ketika kita mula merasa tidak selesa dengan keadaan suhu dalam kereta, kita akan sekaligus pasang penghawa dingin. Namun, ketika kita semakin lama tidak selesa dengan penggunaan penhawa dingin dalam waktu tertentu, kita dengan segera akan menutup penghawa dingin kereta lalu membuka tingkap kereta kerana kita mula merasa badan kurang enak menerima haba penghawa dingin.  

PUNCA TERBESAR YANG MENGUNDANG KEMATIAN DALAM KES INI!
  • Tertidur dalam kereta dalam keadaan enjin terbuka dan aircond yang terpasang.
  • Keracunan gas karbon monoksida ( Ketika sedang berjaga dalam kereta ( tidak tidur ), anda akan merasai tanda-tanda awal seperti mual-mual,tidak selesa, pening, loya dan lainnya. Ketika dalam keadaan tidur, badan secara lansung akan terasa semakin lemas hinggalah berlakunya kematian secara tiba-tiba!
  • Pengaliran oksigen yang kurang kerana gas tidak dibebaskan dengan lancar ( Disebabkan kereta tiada pergerakan ).



Pastikan perjalanan pergi dan pulang anda dalam keadaan lancar dan selamat.
Elakkan saranan kepada penumpang atau pemandu untuk tabiat tidur dalam kereta!

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم