Lagi Kes Kedua Bunuh Kucing Paling Kejam Di Malaysia!

Kes Bunuh Kucing Tanpa Rasa Belas Kasihan!!!

Kejadian ini berlaku di salah satu kedai dobi di Desa Aman Puri, Kepong Kuala Lumpur pada jam5.30 pagi tadi, 12 Julai 2020.

Pelaku tanpa rasa belas kasihan telah membunuh 3 ekor kucing dengan cara yang kejam, iaitu dengan sumbat kucing tersebut ke dalam mesin dobi! Pelaku dipercayai seorang lelaki Melayu dalam lingkungan umur 30-an.

Kes ini merupakan kejadian kedua yang melibatkan pembunuhan dalam mesin dobi. Kejadian pertama sebelum ini pernah berlaku pada September 2018; melibatkan 3 orang pelaku lelaki India.

Terdapat saksi yang mendakwa melihat kejadian tersebut dan juga pemilik kedai dobi yang memang memiliki rakaman cctv telahpun digesa untuk melakukan laporan kejadian tersebut kepada pihak polis dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

Saksi kejadian telah diarah untuk menyimpan tubuh 3 ekor kucing yang sudah mati sehingga Unit Regulatori DVS datang buat siasatan di lokasi kejadian itu. 

Bukti yang ada akan dapat membantu pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian yang tidak berperikemanusiaan ini.

Berikut merupakan gambar-gambar yang berjaya diambil :







Sumber foto  : Facebook Page Persatuan Haiwan Malaysia

Berikut merupakan rakaman CCTV yang berjaya diambil semasa kejadian tersebut terjadi : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1309519862588544&id=633109216896282


Kucing juga mempunyai naluri jiwa penyayang seperti kita juga, kenapa sesetengah orang perlu membalas dengan cara kejam sebegini???

#sayangihaiwan #saveouranimals #malaysiaanimalassociation #loveanimals #animaladvocacy

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama