Tapi persoalannya, adakah setiap ilmu yang kita cari itu benar-benar membawa manfaat?
Atau sekadar menjadi info dalam kepala tanpa menyentuh hati?
Image from Unsplash
Ilmu Itu Penting, Tapi Faham Lebih Penting
Ilmu memang penting. Tanpa ilmu, kita akan mudah terpesong. Tapi ilmu tanpa kefahaman ibarat pokok tanpa akar — ia boleh tumbang bila-bila masa.Ramai yang tahu hukum halal haram, tapi masih langgar.
Ramai yang tahu pentingnya solat, tapi masih tinggal.
Ramai yang boleh berhujah tentang agama, tapi sombong dan suka menjatuhkan orang lain.
Kenapa ini berlaku?
Kerana mereka tahu, tapi tak faham. Mereka ada ilmu, tapi tiada nur kefahaman daripada Allah.Kefahaman Itu Hadiah dari Allah
Kefahaman sebenar tak datang dari buku atau ustaz semata-mata. Ia datang dari Allah yang membuka hati.Daripada Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan, maka Allah akan memberinya kefahaman di dalam agama.”[Riwayat Muslim no 1037]
Ilmu yang Disertai Faham Akan Lahirkan Akhlak
Orang yang faham akan tunduk, bukan meninggi diri.Orang yang faham akan tenang, bukan menghukum.
Orang yang faham akan berusaha memperbaiki diri, bukan menyalahkan orang lain.
Sebab itu dalam perjalanan menuntut ilmu, jangan hanya minta ilmu, tapi mohon juga kefahaman daripada Allah.
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku". (Surah Taha - Ayat 25-28)
Bukan Banyaknya Ilmu, Tapi Berapa Banyak yang Kita Faham dan Amalkan
Kalau hari ini kita rasa kita tahu banyak perkara, tetapi kita belum berubah, mungkin yang kurang bukan ilmu — tapi kefahaman.Maka teruskan belajar, teruskan cari ilmu, tapi jangan lupa sujud dan mohon kepada Allah:
“Ya Allah, jadikan ilmu ini bermanfaat dan berkat dalam hidupku.”
Kerana ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang difahami, dihayati dan diamalkan. Dan kefahaman yang benar hanya datang dari Allah, bukan dari manusia.
Catat Ulasan