Responsive Ad Slot

33 Petua Di Dapur Mudahkan Kerja Suri Rumah

Assalamualaikum.. Apa khabar korang semua? Hari ni aku nak kongsi beberapa petua untuk korang yang memang selalu ada kat dapur. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ni kan? Memang hari-hari masuk dapur untuk masak hidangan waktu sahur dan iftar.

Kalau dah masuk dapur, memang korang akan hadap beberapa masalah kan? Macam kehadiran serangga seperti lipas, bau-bau dari bahan masakan dan peti ais, dan banyak lagi. Kat bawah ni ada petua-petua untuk hilangkan masalah yang korang hadap ni. Mari baca satu-satu.

33 Petua Di Dapur Mudahkan Kerja Suri Rumah

1. Petua Lembutkan Daging - Perap daging dengan baking soda selama 15 minit. Jangan lupa bilas dulu sebelum masak tau. Jadi lepas ni bolehlah masak daging juga walaupun masa tak banyak.

2. Petua Elak Ikan Melekat Di Kuali Semasa Menggoreng - Masukkan secubit garam ke dalam minyak masak sebelum goreng. Pastikan minyak korang tu betul-betul panas sebelum masukkan ikan tau. Kadang-kadang semangat nak memasak tu hilang kalau benda macam ni jadi kan? Dah tak perlu risau dah sebab petua sudah diberikan.

3. Petua Hilangkan Pijar Tangan Kena Cili - Untuk korang yang selalu guna cili yang banyak, ini petuanya. Korang boleh lumurkan tangan dengan minyak masak. Lepas tu korang boleh cuci dengan sabun. In Sya Allah, pijar tu akan hilang perlahan-lahan.

4. Mengekalkan Warna Sayur Hijau Yang Dicelur - Kadang-kadang, warna sayur yang dah dimasak tu pudar lepas dicelur. Mesti dah tak nampak cantik kan? Kalau nak kekalkan warna, cuba masukkan sedikit gula dalam rebusan sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.

5. Menghilangkan Bau Di Dalam Peti Sejuk - Ambil beberapa helai daun pandan. Masukkan ke dalam peti sejuk. Ingat, bukan dalam freezer tau. Bau yang kurang menyenangkan tu akan hilang perlahan-lahan.

6. Menghilangkan Bau Hanyir Ikan, Ayam Dan Daging - Masa korang nak basuh ikan, ayam atau daging tu, campurkan segenggam tepung gandum dulu dan biarkan sekejap. Lepas tu, baru korang basuh dengan air bersih.

7. 3 Petua Kurangkan Kuah Terlebih Masin - Ha, kat sini, korang boleh masukkan kentang, hirisan timun ataupun sedikit gandum. In Sya Allah masakan korang tu masih boleh diselamatkan dan sedap dijamah.

8 2 Petua Elakkan Minyak Terpercik Atau Meletup Semasa Goreng Sotong - Mesti ramai yang pernah kena ni kan? Sakit kena minyak ni memang perit, kalau dibiarkan boleh jadi parut pula. Kalau taknak kena minyak, first, korang mesti keringkan sotong tu dulu sebelum goreng. Korang boleh lap dengan tisu. Second, gaulkan dengan sedikit cuka dan boleh goreng dah lepas tu.

9. Petua Elak Ikan Goreng Melekat Di Kuali – Untuk elakkan ikan melekat, masukkan asam keping dalam minyak semasa menggoreng. Kalau ikan dah melekat, isinya pun akan hancur bila nak diangkat. Mesti ada rasa tak lalu nak makan kan? Lebih-lebih kalau nak hidang dengan tetamu..

10. Tips Penyimpanan Sayur Dalam Bekas Kedap Udara – Cara penyimpanan sayur ni berbeza ikut jenis tau. Kebanyakkannya sesuai disimpan dalam bekas kedap udara yang kering. Kalau sayur berakar pula, korang boleh simpan secara rendaman pengkal. Boleh guna besen, letak air, dan simpan sayur tu kat situ. Supaya tak cepat layu.

11. Tips Udang Tahan Lebih Alam Dan Tidak Jadi Hitam – Siapa yang selalu makan udang mesti guna tips ni! Korang boleh campurkan udang dengan perahan air limau nipis. Lepas tu boleh simpan dalam peti sejuk. In Sya Allah, boleh tahan untuk beberapa hari.

12. Tips Menghalau Lalat – Lalat ni memang ada kat mana-mana. Cuba titiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Lepas tu lap sekitar dapur korang terutama sekali pada permukaan meja, cabinet dapur dan tempat-tempat lain dengan kain tu.

13. Petua Hilangkan Hanyir Ikan, Ayam, Daging – Masa korang nak basuh ikan, ayam dan daging yang nak dimasak tu, boleh cuba campurkan segenggam tepung dan biarkan seketika. Lepas tu, boleh basuh dengan air bersih. Lepas dah cuci, boleh lah teruskan memasak.

14. Petua Hilangkan Bau Kari Atau Belacan Pada Tangan – Untuk hilangkan bau-bau ni, korang letak sesudu garam kat tangan dan jari-jemari. Gosok dan pastikan setiap sudut kena garam ni. Lepas tu basuh dengan sabun dan air bersih.

15. Tips Menghalau Tikus – Tips ni paling penting lebih-lebih lagi kalau korang ni peniaga atau tukang masak di restoran-restoran. Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. In Sya Allah, lepas beberapa hari, tikus tu takkan datang balik.

16. Petua Simpan Gula Melaka – Cuba simpan gula melaka korang dalam bekas yang bertutup rapat dan kedap udara. Kalau buat macam ni, boleh elakkan berkulat dan dihurung dengan semut. Simpan bekas tu di tempat yang kering dan bersuhu bilik (atau lebih rendah). Elakkan tempat yang lembap dan panas ya. Karang gula melaka korang cair pula.


17. Petua Elak Kutu Beras Dalam Bekas Beras – Masukkan 2 atau 3 biji cili kering yang dipotong dalam bekas beras korang. Kutu ni cepat membiak. Kalau korang tak hapuskan secepat mungkin, memang beras korang akan penuh dengan kutu. Beras pun kurang rasa enak dan mudah basi.

18. Petua Elak Semut Masuk Ke Dalam Bekas Gula – Letak 2-3 kuntum bunga cengkih dalam bekas gula. Korang mesti pernah kena kan, walaupun dah tutup rapat, semut tetap boleh masuk. Memang stress sangat time tu. Cuba guna petua ni pula. Mungkin boleh elakkan semut masuk lagi dalam bekas gula korang.

19. Petua Hilangkan Bau Bawang Dalam Blender – Korang boleh blend serbuk kopi dengan air panas. Lepas tu cuci blender korang dengan sabun cuci pinggan dan air. Dah tu bolehlah bilas bersih dengan air.

20. Petua Tajamkan Mata Blade Blender – Kisar garam kasar dengan blender korang tu. Tak perlu keluar modal banyak dan korang jangan pergi beli blender baru pula. Cuba guna garam kasar dan blend garam tu beberapa kali. Ulang sampai rasa mata blade tu rasa lebih tajam.

21. Petua Cili Kekal Segar Sehingga Sebulan – Mula-mula, cuci dan keringkan cili dulu. Lapik guna tisu kering, buang tangkai cili tu dan masukkan dalam bekas. Letakkan juga 1 ulas bawang yang telah dikopek dalam bekas tu. Tutup rapat dan simpan di bahagian chiller.

22. Cara Betul Simpan Telur Dalam Peti Ais – Untuk telur yang ada najis dan tidak dibasuh, korang mesti masukkan dalam bekas tertutup dan simpan di ruang chiller. Boleh tahan lebih dari 45 hari. Untuk telur yang tiada najis dan tidak dibasuh, boleh simpan diruang telur peti ais tu. Untuk telur yang telah dibasuh pula, tak boleh simpan lebih dari 45 hari.

23. Elakkan Keracunan Makanan – Kalau dah nampak makanan tu berkulat ataupun tamat tempoh, jangan rasa sayang nak buang. Tak salah berjimat, tapi kenalah berpada-pada. Korang mesti sayang nyawa sendiri dan nyawa keluarga kan?

24. Petua Simpan Mee/ Kueteow Supaya Tahan Sampai Berbulan-Bulan – Korang pernah beli banyak mee sebab nak jadikan stok? Tapi mee tu mula berbau lepas beberapa hari. Lepas tu korang buang. Ha, korang cuba gaulkan mee tu dengan sedikit minyak masak dan urai-urai. Lepas tu simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk. In Sya Allah, boleh tahan lama.

25. Tips Goreng Ikan Bilis Jadi Rangup – Sebelum goreng ikan bilis korang, masukkan beberapa bahan kat minyak gorengan. Boleh letak cuka/ perahan limau ataupun asam keping. Kadang-kadang kalau goreng bilis ni, ada yang liat lah, ada pula yang keras sampai susah nak makan. Mari cuba petua ni pula.

26. Petua Lembutkan Daging Dengan Cepat – Kadang-kadang terasa nak makan daging tapi tak jadi sebab pikir pasal daging ni lambat nak lembut. Korang boleh rendam daging liat tu dalam perahan buah betik/ daun betik ataupun nanas. Rendam selama beberapa minit dan boleh start masak. Cepat dan mudah!

27. Cara Mencuci Ikan Dan Ayam – Cuci bahan-bahan masakan ni benda asas sebelum memasak tau tapi ramai yang ambil remeh. Sebenarnya boleh cuci ikan dan ayam dengan air bersih sahaja tanpa perahan limau ataupun tepung . Cucian tu sudah cukup bersih sekiranya ikan dan ayam tidak terdedah diluar peti ais lebih dari 30 minit. Kalau dah lama dikeluarkan dari peti ais, boleh cuci dengan dua bahan tadi untuk pastikan kebersihan.

28. Tips Atas Sinki Tersumbat – Mula-mula keringkan sinki. Panaskan 1 periuk air dan campur dengan cuka makan. Tuangkan soda bikarbonat. Korang boleh dibeli di kedai hardware. Lepas tu tuangkan air panas tadi. Bolehlah ulang step ni setiap bulan sebagai maintenance.

29. Tips Halau Cicak – Selain menggunakan pelbagai bahan seperti kulit telur, bulu burung, teknik mencegah yang lebih baik adalah dengan menjaga kebersihan. Semua ni termasuklah mengurus sisa makanan, jangan simpan sisa makanan dan sampah dalam rumah pada waktu malam. Kalau buat macam ni, boleh elakkan kehadiran lalat dan lipas. Serangga macam ni adalah makanan cicak. Kalau sumber makanannya tiada, mesti cicak tu pun akan pergi kan?

30. 5 Cara Hapuskan Lipas Dalam Rumah – Siapa sahaja yang nak lipas ni ada kat rumah kan? Untuk ni, korang boleh guna Asid Boric. Bersihkan dapur dan ruang makan dengan baik. Tutup lubang dan rekahan yang ada kat rumah. Jangan lupa baikpulihkan kebocoran air kalau ada. Selain tu, boleh dapatkan khidmat professional untuk hapuskan kewujudan lipas ni.

31. Peti Sejuk Berbau – Tips paling mudah untuk singkirkan bau kurang enak kat dalam peti sejuk ialah ambil dua hingga tiga potong kulit nanas. Masukkan dalam peti sejuk sehingga bau tu hilang. Ada juga yang mengelak bau dengan mengelap atau menyapi permukaan kain yang telah dititiskan dengan esen vanilla.

32. Kehadiran Serangga Seperti Lipas – Lipas ni boleh datangkan penyakit tau. Sama macam lalat. Kalau korang nak halau serangga macam ni, ambil beberapa helai daun pandan dan simpan kat tempat yang selalu jadi tumpuan lipas. Tempat tu termasuklah dalam almari dan ceruk dapur. Kalau daun pandan tu dah layu, cepat-cepat gantikan dengan yang baru. Supaya aroma dari daun tu tak hilang sebab lipas tak suka dengan bau ni.

33. Tips Agar Tauge Kekal Segar – Kalau korang beli tauge tapi taknak masak lagi, korang boleh masukkkan tauge ke dalam air yang dah dicampur dengan garam. Lepas tu simpan dalam peti ais. In Sya Allah, tauge korang tu akan kekal segar dan tidak masam.

Ha, apa pendapat korang dengan petua-petua ni? Lepas ni, kalau ada masalah lagi masa kat dapur, bolehlah rujuk petua-petua ni. Selain dapat mudahkan kerja memasak dan penyediaan makanan korang, boleh juga elakkan pembaziran. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang semua!

Resepi Salad Buah-Buahan, Buat Siap-Siap Nanti Simpan Dalam Peti Sejuk

Resepi Salad Buah-Buahan

Siapa yang suka Salad Buahan-Buahan boleh try buat ni. Buat siap-siap nanti simpan dalam peti ais, lepas tu boleh makan sejuk-sejuk!

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah pelam
  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji epal merah
  • Kismis hitam (ikut nak banyak mana)
  • Anggur 
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 Yogurt rendah lemak perisa strawberi
  • 5 ke 6 sudu mayonis buah-buahan

Resepi Salad Buah-Buahan, Buat Siap-Siap Nanti Simpan Dalam Peti Sejuk

Kredit: Rozita Daud (MAHN)


54 Website Popular di Malaysia Untuk Fresh Graduate Mohon Kerja

Assalamualaikum. Hari ni aku nak share senarai job websites yang popular di Malaysia untuk mohon pekerjaan. Sekarang semuanya ada di hujung jari. Kalau ada telefon dan internet, korang dah boleh browse banyak jenis websites untuk cari kerja. 

Sekarang ni pun banyak fresh graduate yang terbiar tanpa perkerjaan. Ha, kat sini aku dah bagi 54 senarai website yang korang boleh cuba. Sampai bila nak menggangur kan? Mari tengok satu-satu. Mana tau korang dapat kerja lepas ni. In Sya Allah.

54 Website Popular di Malaysia Untuk Fresh Graduate Mohon Kerja

1. Mudah.my - Beli dan cari pekerjaan, kereta dijual, dan lain-lain

2. Jobstreet.com.my - Cari ribuan Pekerjaan (jawatan kosong) di Malaysia di JobStreet.com. Cari pekerjaan baru di Malaysia, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Asia. Majikan, boleh iklankan pekerjaan dan cari resume di sini.

3. My.linkedin.com - Cari pekerjaan dengan LinkedIn

4. My.Jora.com - Cari pekerjaan dengan Jora Malaysia. Lebih daripada 7.500 sumber kerjaya, semuanya dalam satu laman web mencari pekerjaan. Pendaftaran dan makluman adalah  percuma.

5. Malaysia.Recruit.net - Cari ribuan laman web pekerjaan, surat khabar dan halaman kerjaya syarikat di seluruh Malaysia dengan satu klik.

6. My.neuvoo/ms - Adakah anda sedang mencari kerja? Anda akan menjumpai semua pekerjaan yang berada di kawasan anda. Pencarian kerja anda bermula di sini.

7. Splashfind.com/my - Cari jawatan kosong: Cari pekerjaan melalui semua kekosongan yang disiarkan di semua laman web kerjaya di Malaysia

8. Expat.com/en/jobs/asia/Malaysia - Pekerjaan di Malaysia, peluang profesional untuk ekspatriat di Malaysia. Kerjaya untuk ekspatriat di Malaysia.

9. JobsCentral.com.my - JobCentral - Portal pengambilan dalam talian yang paling pesat berkembang di Malaysia. Menawarkan kerja untuk majikan dan ratusan peluang pekerjaan baru setiap hari untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan.

54 Website Popular di Malaysia Untuk Fresh Graduate Mohon Kerja

10. Indeed.com.my - Pencarian Kerja oleh Indeed. Satu carian untuk semua pekerjaan di Malaysia. Cari berjuta-juta pekerjaan dari ribuan papan kerja, surat khabar, iklan baris dan laman web syarikat indeed.com.my

11. Jobvite.com - Jobvite adalah sistem penjejakan pekerja dan pemohon sosial yang terkemuka bagi syarikat dengan jangkaan tertinggi dalam merekrut perisian

12. My.Jobrapido.com - Cari jawatan kosong: Cari pekerjaan melalui semua kekosongan yang disiarkan di semua laman web kerjaya di Malaysia

13. My.Gigajob - Mencari pekerjaan di Malaysia? Ini adalah portal pekerjaan percuma anda. Kirim pekerjaan dan cari pekerjaan secara percuma. 

14. Kualalumpur.Cracker.com - Iklan pekerjaan Kuala Lumpur dan pekerjaan untuk restoran, kedai runcit, penjualan, perkhidmatan pelanggan (customer service), kerjaya sambilan dan banyak lagi.

15. Expatriates.com - Dikelaskan untuk ekspatriat, perumahan, pekerjaan, barang untuk dijual

16. Majalah.com - Pekerjaan yang telah dikelaskan. Cuba hari ini. 

17. My.StartUpJobs.asia - Startup Jobs Malaysia- Pencarian Pekerjaan Permulaan, pengambilan dan pengambilan pekerja permulaan di Malaysia. Kami membawa bakat besar kepada syarikat hebat.

18. Jobs.Mitula.my - Menawarkan pelbagai carian pekerjaan. Papan pekerjaan terbaik di Malaysia.

19. Monster.com.my - Peluang pekerjaan. Cari Kerja Kosong dan Kirim Resume di Monster Malaysia. Memohon pekerjaan yang lebih segar, peluang pekerjaan, jawatan kosong, contoh resume, pekerjaan penjualan, pekerjaan di Monster Malaysia.

54 Website Popular di Malaysia Untuk Fresh Graduate Mohon Kerja

20. My.TipTopJob.com - IT, Penjualan, Kira-kira, Pengajaran Siswazah Kewangan, Katering, Kejuruteraan, Pembuatan, Pemasaran, Kesetiausahaan, Amal (charity), Iklan, Pengangkutan, Pembinaan- Mesin Pencari Kerja untuk Pekerjaan Perekrutan Kerja Kosong Pekerjaan Nasihat Kerjaya melalui E-mel

21. Jobs.Trovit.my - Cari ratusan ribu peluang pekerjaan dari tempat tinggal anda di Malasia. Memerlukan pekerjaan? Trovit!

22. My.locanto.com - Dalam kategori Jobs Malaysia, anda boleh mendapatkan lebih dari 8000 pekerjaan. Contohnya sokongan pentadbiran (Admin support), seni atau broker. Semak iklan sekarang!

23. Joboolo.net - Joboolo.net, Enjin carian Pekerjaan Antarabangsa, iklan pekerjaan dari papan kerja di seluruh dunia. Menawarkan pekerjaan di Malaysia. Buat carian kerja yang mudah dengan Joboolo.

24. MalaysianBar.org.my - Bar Malaysia. Cari kerja di sini.  

25. Ricebowl.my - Mencari Pekerjaan Separuh Masa, Sepenuh Masa, Internship dan Freelance Malaysia? Pekerjaan merangkumi Selangor, KL, Perak, Pulau Pinang, dll. Pelbagai peluang pekerjaan dan jawatan kosong untuk pencari kerja. Contoh resume terbaik? Dapatkan Resume Percuma dari RiceBowl.my.

26. Jobstore.com - Biarkan Jobstore mencari anda. Jobstore menghantar pekerjaan ke 20+ laman web pekerjaan termasuk Inddeed, Careerjet, Glassdoor, recruit.net, LinkedIn, monster, Google+, Jooble, JobRapido, Incruit Mitula dan banyak lagi.

27. Malaysia.Craigslist.my - Craigslist menyediakan iklan dan forum tempatan untuk pekerjaan, perumahan, untuk penjualan, peribadi, perkhidmatan, komuniti tempatan dan acara (events).

28. Maukerja.my - Pekerjaan di Malaysia dan Singapura. Jawatan Kosong Terkini di Malaysia dan Singapura. Kerja Kosong Kerajaan dan Swasta di sini. Boleh juga iklankan Jawatan Kosong di sini.

29. myStarjob.com - MyStarJob.com, penambahan terbaru untuk kumpulan media Star, adalah portal dalam talian yang menawarkan peluang pekerjaan dan pengambilan pekerja kepada pencari kerja dan majikan.

30. Careerjet.com.my - Enjin carian kerja untuk Malaysia. Cari pekerjaan dari lebih dari sepuluh ribu laman web

31. parttimejobs.malaysia - students- Kerja sambilan untuk Pelajar Malaysia

32. Jobs.cari.la - Cari pekerjaan dan jawatan kosong di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Kuching, Sabah dan Sarawak.

33. My.Jawatan Kini - Cari Kerja Kosong Terkini 2021. Kemas kini Harian di Jawatan Kini

34. My.Jobselina.com - Cari sumber pekerjaan dan kerjaya di Malaysia boleh didapati di jobselina.com. Bekerja untuk syarikat yang sama percaya seperti anda. Sertailah kami hari ini!

35. JenJOBS.com - Portal pekerjaan di Malaysia yang menawarkan ribuan peluang pekerjaan dan kerjaya (Kerja Kosong). Majikan boleh mengiklankan pekerjaan dan mencari resume.

36. eJawatanKosong.net - Portal Jawatan Kosong yang dikemaskinikan setiap hari bagi jawatan kosong kerajaan dan swasta 2021 KL, Selangor, Putrajaya, Kelantan dan Singapura.

37. Parttimepost.com - Mencari pekerjaan sambilan, pekerjaan tetap, pekerjaan bebas atau pekerjaan sukarela? Mulakan carian pekerjaan anda di PartTimePost.com, peneraju laman web carian pekerjaan, dan akses ratusan ribu pekerjaan hari ini.

38. Best Jobs.com.my - Pekerjaan di Malaysia. Kerja dan bank resume. Pencarian pekerjaan percuma melalui e-mel. Iklan pekerjaan percuma untuk majikan.

39. AsiaPartTime.com - Cari Pekerjaan Sambilan, peluang bekerja di rumah, pekerjaan bebas, dan internship! Majikan boleh mendapatkan akses segera ke semua bakat sambilan yang mereka perlukan. Pereka web, kakitangan acara, jurujual, promoter, sukarelawan, pengaturcara, pengurus projek, perunding ... Sepenuhnya percuma untuk kedua-dua majikan dan pencari kerja sambilan!

40. Jobfinder.com.my - Kerja- Cari kerja baharu hari ini!

41. MichaelPage.com.my - Cari Pekerjaan di jenama terbesar di Malaysia. Ada makluman e-mel pekerjaan, soalan wawancara (interview) dan juga maklumat gaji. 

42. KerjaOn9.com - Senarai jawatan kosong kerajaan terkini

43. jobs.jawatan-kerja - Kerja di Malaysia, Jawatan Kosong Terkini 2021, Jawatan Kosong Malaysia, Kerjaya Malaysia 2021, Kerjaya, Kerja Kosong 2021, peluang kerjaya,, Kerja Kosong Terkini 2021

44. ajobthing.my - Satu-satunya Penyelesaian Pengambilan untuk Junior dan Bukan Eksekutif

45. Jobcity.my - Pengeposan pekerjaan percuma untuk majikan dan pencari kerja di Malaysia. Kerja Kosong Malaysia sepenuh masa dan separuh masa. Iklan pengambilan percuma. Cari jawatan kosong di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Phang, Kedah, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan lain-lain. Iklan jawatan kosong

46. Sabahjobcenter.com - Home- Pusat Kerja Sabah

47. KerjaKosong.my - Portal kerja kosong kerajaan dan swasta terkini 2021. Web iklan kerja, lebih 100 jawatan dikemaskini setiap hari. Kerja kosong di Malaysia.

48. RobertWalters.com.my - Uruskan pencarian pekerjaan anda atau proses pengambilan pekerja di Malaysia melalui Robert Walters- Pengambilan profesional profesional terkemuka di dunia

49. Randstad.com.my - Gambaran keseluruhan 312 Pekerjaan yang ada di Malaysia- Randstad: 312 pekerjaan dijumpai.

50. DecentCareer.com - Cari pekerjaan untuk membina kerjaya yang lebih baik. Cari pekerjaan dari lebih daripada 25000 pekerjaan di Malaysia di Decent-Career.com 

51. IklanJawatan.com - Laman pengiklanan jawatan kerja kosong yang paling banyak membantu penggangur di Malaysia! Dikemaskinikan setiap hari untuk memenuhi permintaan kekosongan pekerjaan. 

52. infojawatankerajaan.com - Jawatan Kosong 2021: Kerja Kosong

53. WisdomJobs.my - Pekerjaan di Malaysia untuk graduan baru, Wisdomjobs menyediakan jawatan kosong terkini untuk pelajar di Malaysia. Pekerjaan IT, kerja sambilan, sepenuh masa, pekerjaan bank

54. Expat-blog.com - Pekerjaan di Malaysia, peluang bekerja untuk ekspatriat di Malaysia. Kerjaya bagi ekspatriat di Malaysia

Dengan senarai ni, aku harap dapat mudahkan para fresh graduate yang masih belum dapat kerja untuk mencari pekerjaan. Semoga apa yang aku kongsikan kat sini dapat bagi manfaat untuk korang semua dan semoga berjaya!

Kredit : Career Cube

Cara Mudah Hilangkan Stretch Marks Di Paha

Streskan lihat tanda regangan kulit di merata-rata bahagian badan, lagi-lagi pada bahagian paha? Rasa malu tengok diri sendiri. Ada ke cara nak menghilangkan stretch marks?

Tanda regangan kulit ini mampu menurunkan rasa keyakinan diri seseorang. Individu yang mengalaminya mungkin berasa buruk, tidak menarik lagi-lagi di hadapan pasangan.

Stretch marks atau turut dikenali sebagai tanda regangan kulit merupakan masalah kulit global yang dihadapi oleh ramai individu. Masalah kulit ini boleh mengganggu keyakinanan diri seseorang terutamanya bagi golongan kaum Hawa.

Cara Mudah Hilangkan Stretch Marks Di Paha


Kenali apa itu stretch marks


Masalah kulit ini biasanya bermula dengan warna merah atau ungu yang berjalur-jalur pada kulit dan kemudian akan bertukar kepada warna putih atau meengikut warna kulit.

Lama-kelamaan, ia akan merebak ke sekitar kulit dan mula merekah lalu terserap ke dalam kulit. Stretch marks sering terbentuk pada paha, bawah lengan, dada dan perut. Bentuknya pula seperti bergerigi ataupun berjalur-jalur.

Ia sering muncul pada waktu kehamilan kerana lebih daripada setengah wanita hamil akan mengalaminya. Akan tetapi, stretch marks juga boleh terbentuk kerana faktor lemak dalam badan.

Contoh bagi faktor lemak seperti perubahan mendadak berat badan seseorang lalu stretch marks boleh terbentuk di paha serta perut.

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan stretch marks di paha?


Terdapat 2 cara yang boleh bantu mengurangkan tanda regangan kulit ini iaitu melalui prosedur dan juga krim:

Prosedur menghilangkan stretch marks


Antara prosedur yang dilakukan oleh pakar dermatologi ialah:
  • Terapi laser
  • Radiofrekuensi
  • Ultrasound
  • Chemical peel
  • Mikrodermabrasi

Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, dermatologi mungkin akan mencadangkan lebih daripada satu prosedur. Walau bagaimanapun, prosedur-prosedur ini masih berisiko untuk mempunyai kesan sampingan jangka pendek walaupun dilakukan oleh golongan profesional.

Antara situasi yang boleh berlaku selepas mendapat rawatan ini ialah kebengkakan dan kemerahan pada kulit. Namun, jangan risau kerana perkara ini akan menghilang mengikut masa.

Namun, anda harus faham bahawa rawatan-rawatan ini hanya mampu memudarkan stretch marks, bukan menghilangkannya secara total.

Setiap prosedur berbeza-beza mengikut stretch marks setiap individu dan pakar dermatologi akan memastikan anda mendapat rawatan yang bersesuaian dengan kondisi anda.

Penggunaan krim, gel dan losyen


Kajian mendapati bahawa banyak krim untuk menghilangkan stretch marks yang dijual di pasaran, mendapat sambutan hangat. Walau bagaimanapun, masih tiada bukti yang menunjukkan mana-mana produk yang berkemampuan dalam merawat masalah kulit ini.

Jangan risau dulu! Di sini penyelidik ada memberikan beberapa tip yang dapat membantu untuk memilih produk terbaik bagi menghilangkan tanda regangan kulit.

Jika anda bercadang untuk mengunakan mana-mana krim, gel atau losyen bagi merawat tanda regangan kulit, pastikan anda melakukan perkara berikut:

  1. Pakai secara konsisten. Produk harus selalu dipakai kerana masalah ini boleh mengambil masa yang lama untuk menampakkan kesan
  2. Gunakan ketika stretch marks mula terhasil. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawatkan? Oleh itu, tumpuan perhatian yang lebih kepada kulit badan anda dan ambil tindakan segera sekiranya tanda regangan kulit mula muncul
  3. Pastikan anda betul-betul sapukan produk rata meresapi kulit. Bagi mendapatkan hasil yang efektif, ambil masa ketika meletakkan produk pada kulit

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan ubat preskripsi ini bagi merawat tanda regangan kulit:
  • Tretinoin
  • Asid hyaluronik

Terdapat kajian yang menunjukkan dengan mengamalkan asid hyaluronic ini mampu memudarkan stretch marks. Bagi tretinoin, ia turut dapat membantu dalam membuatkan kesan regangan tersebut kurang kelihatan.

Ada sebuah kajian melaporkan, individu yang mengamalkan tretinoin pada setiap malam selama 24 minggu menunjukkan pengurangan yang ketara berbanding mereka yang tidak mengamalkan apa-apa produk. Retinol juga dikatakan dapat membantu memudarkan kesan-kesan awal regangan kulit.

Konklusi


Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan amalkan diet yang seimbang adalah jalan yang terbaik dalam mengelak daripada kehadiran stretch marks.

Bagi para pembaca yang sedang bergelut dengan masalah ini, semoga tip di atas mampu meringankan kerisauan anda.

Bagi ibu-ibu yang bakal hamil atau sedang hamil, anda boleh dapatkan khidmat nasihat doktor bagi mengetahui cara-cara mengurangkan kesan regangan kulit kelak.

Ini adalah kaedah yang paling selamat bagi kedua-dua pihak, ibu dan kandungan agar anda tidak terjebak dengan produk yang sebarangan. Rujuk doktor atau golongan profesional jika masalah kulit ini bertambah melarat atau mengganggu kehidupan anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.





Resepi Choc Chip Cookies Dah Makan Mesti Nak Lagi

Resepi Choc Chip Cookies

BAHAN A
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sdb susu cair/susu segar (sy guna susu full cream 2sdb)
  • 1 biji telur
  • 1 sdk esen vanilla
  • Secubit garam

BAHAN B
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sdk cream of tartar
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk berkarbonat soda
  • 2 cawan choc chip (sy guna 1 cawan choc chip + 1 cawan choc rice)
  • 1 cawan kekacang tak kira jenis apa pun

Cara-Cara Penyediaan

1. Pukul bahan A hingga sebati, jangan pukul lama (dalam 1 minit sahaja).

2. Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja.

3. Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang.

4. Adunan agak lembik, jarakkan sedikit semasa susun adunan. Bakar suhu 170c 20 minit

Sumber resepi : Shahila Hanim



Resepi Apam Puteri Ayu Sedap & Gebu

Resepi Apam Puteri Ayu Sedap & Gebu

Bahan-Bahan :

  • 2 bj telur gred A
  •  3/4 cwn santan
  • 3/4 cwn gula
  • 1/2 sdb ovallet
  • 1 1/2cwn tpg gandum
  • 1 sdt serbuk penaik
  • sedikit garam
  • perisa esen pandan & sedikit pewarna hijau epal @ paste pandan
  • 2 cwn Kelapa parut (yg putih) gaul dgn secubit garam & 2 sdb tpg jagung @ gandum
Cara-Cara Penyediaan :

1. Putar telur+ gula+ ovalett + esen+ pewarna hijau - hingga gebu

2. Masukkan santan - putar lagi

3. Masukkan tpg gandum+serbuk penaik & garam. pukul sebati

4. Oles acuan dgn minyak..Masukkan kelapa parut.mampatkan .masukkan 2 sdb adunan dlm acuan.

5. Didihkan air dlm periuk kukusan dan kukus kuih 10 minit bila air dah mendidih.

Kredit Resepi : CT Liz Kitchen

RESEPI IKAN TALANG KERING MASAK ASAM

Resepi Ikan Talang
Bahan-Bahan :
  • Ikan talang kering (dipotong & rendam)
  • Minyak untuk menggoreng
  • 5 ulas bawang putih
  • Air asam jawa yang diperah
  • Bahan perasa / gula
  • Bawang besar dipotong
  • Cili padi
  • Cili besar

Cara-cara menyediakan :

1. Masukkan minyak kedalam kuali lebihkan sedikit kerana untuk mengoreng ikan kering dalam minyak yang sama.

2. Ketuk bawang putih 4 atau 5 ulas kemudian tumis.

3. Setelah kekuningan masukkan ikan kering yang ditoskan tadi...kacau-kacau sekejap.

4. Setelah ikan hampir masak..masukkan air asam jawa yang diperah...dan tambahkan air jika perlu kuah yang lebih,masukkan garam jika perlu sahaja kerana ikan kering dah masin,sedikit gula dan bahan perasa.

5. Biarkan kuah asam mendidih dan kering sedikit,kemudian masukkan bawang besar yang dipotong,cili padi dan cili besar...kacau-kacau lagi sekejap,setelah cukup rasa bolehlah tutup api siap!!

Kredit resepi : Mazitah Ahmad Nur Solehah

RESEPI IKAN TERUBUK MASIN MASAK SAMBAL CILI API

Resepi Ikan Masin
Bahan-Bahan :
  • Ikan masin ( terubuk,talang,duri dan yg sewaktu dgnnya)
  • Air asam jawa/ asam keping
  • Bawang besar - dihiris
  • Cili besar merah - dihiris
  • Tomato - dibelah 4
  • Gula dan serbuk perasa
Bahan ditumbuk kasar :
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Cili besar merah
  • Cili padi merah/ hijau
Cara menyediakan :

1. Ikan terubuk masin dipotong mengikut saiz yang kita nak.. pastu rendam setengah jam...

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak... Ketepikan..

3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan yang di tumbuk kasar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.

5. Masukkan gula dan serbuk perasa secukup rasa.. saya tak letak garam sebab ikan terubuk tu dah masin.

6. Masukkan bawang besar yang dihiris, cili besar merah dan tomato, masak sehingga layu sedikit...Akhir sekali masukkan ikan terubuk goreng tadi.. 

7. Gaul sehingga rata...Angkat dan hidangkan dengan nasi panas...
.
Note: *Ikan masin direndam dalam 30 minit - ikut suka kemasinan. Kalau mau kurang masin kena rendam lama sedikit.


Resepi Rendang Ayam Special di Hari Raya

Resepi Rendang Ayam Special di Hari Raya

Bahan-bahan :

* 1 ekor ayam
* 2 cawan santan
* 2 sudu kerisik
* 2 asam keping
* 1 helai daun kunyit – diracik halus
* 3 helai daun limau purut – dihiris kasar
* Minyak – untuk menumis
* Garam & gula – secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :

* 20 biji cili kering
* 2 biji bawang besar
* 4 biji bawang merah
* 9 ulas bawang putih
* 4 batang serai
* 3 inci kunyit hidup
* 3 inci halia
* 3 inci lengkuas

Resepi Rendang Ayam Special di Hari Raya

Resepi Rendang Ayam Special di Hari Raya

Cara-cara penyediaan :

1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.

3. Masukkan kerisik dan kacau rata kemudian masukkan garam dan gula.

4. Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

5. Gaul rata dan siap.

Kredit: Zaky Mat Ali


Resepi Mudah Korean Garlic Cheese Bread Dengan Bun Burger!

Resepi Mudah Korean Garlic Cheese Bread Dengan Bun Burger!

Bahan-bahan sos bawang putih:

  • Bawang Putih - Cincang
  • Mentega - 100g
  • Mayonis - 2 sudu makan
  • Telur - 1 biji
  • Parsley
Resepi Mudah Korean Garlic Cheese Bread Dengan Bun Burger!

Resepi Mudah Korean Garlic Cheese Bread Dengan Bun Burger!

Cara penyedian sos bawang putih:

1.Cairkan mentega

2.Biarkan sejuk seketika

3.Campurkan kesemua bahan

(Jangan campur ketika mentega panas)

Resepi Mudah Korean Garlic Cheese Bread Dengan Bun Burger!

Resepi Mudah Korean Garlic Cheese Bread Dengan Bun Burger!


Bahan-bahan inti:
  • Cream cheese - 250g
  • Susu pekat - 2 sudu makan

Cara penyediaan inti:

1.Campur cream cheese dan susu pekat hingga sebati

2.Masukkan kedalam piping bag

Resepi Mudah Korean Garlic Cheese Bread Dengan Bun Burger!

Resepi Mudah Korean Garlic Cheese Bread Dengan Bun Burger!

Cara penyediaan roti:

1. Belah ban burger kepada 6 bahagian (tanpa putus)

2. Pipe inti cream cheese di celahan roti yang telah dibelah

3. Sapukan sos bawang putih di atas.

4. Bakar suhu 150-160 selama 10-15 minit. (Bergantung kepada oven anda)

Selamat mencuba, Foodies!

Kredit resepi & gambar: Tyra Manan


Tips Lulus Temuduga Kerajaan (SPA)


Tips lulus interview kerajaan

Siapa di sini yang dah berkali-kali memohon jawatan kerajaan tetapi tidak pernah lepas peperiksaan dan temuduga? Baru-baru ini admin ada terbaca pengalaman seorang calon yang telah berjaya lulus interview kerajaan (SPA) dan berkongsi pengalaman beliau bagaimana untuk lulus temuduga kerajaan (SPA)

Jom kita ikuti tips-tips di bawah : 

1. SPA9

Sebelum ditemuduga, korang kenalah isi SPA9 kan. Jadi sekiranya korang tidak melengkapkan maklumat dengan betul sudah tentu sistem akan reject permohonan korang. Oleh itu dalam sistem pendaftaran SPA9 korang kena lengkapkan segala maklumat dengan betul terutama sekali pada bahagian email dan No Kad Pengenalan. Data yang dikemukakan hendaklah sahih dan benar. 

Baca Sini : Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)

Sekiranya sistem memerlukan korang untuk memuatnaik sebarang dokumen atau sijil ia perlu salinan asal sekiranya terdapat syarat [sijil perlu disahkan] pastikan korang berbuat sedemikian terlebih dahulu. Gunakan aplikasi pintar (scan document) untuk pastikan kualiti bahan yang dimuat naik adalah baik dan jelas. 

2. Tips Pemilihan Jawatan 

Sebenarnya adalah lebih baik sekiranya korang seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda untuk memohon jawatan Gred41. Jika pemohon di bawah gred sijil akademik yang korang ada biasanya susah untuk lepas tapisan awal SPA. Selain itu pilih jawatan yang berkaitan dengan kelayakkan akedemik kerana ini boleh membantu untuk mendapatkan tangga gaji yang lebih baik.

3. Semasa Peperiksaan SPA

Buat persediaan awal dengan sedikit latihan matematik terutama yang dah lama meninggalkan zaman persekolahan pasti ada yang dah lupa formula atau basic matematik. Pengalaman admin sendiri yang pernah mengikuti peperiksaan SPA sebenarnya bukan soalan matematik tu yang susah tetapi masa yang tidak mencukupi. 

So kena prakis lah jawab soalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekiranya mempunyai kelemahan dalam subjek matematik, disarankan untuk meminta bantuan kawan-kawan yang mahir untuk jawab bersama. 

4. Senarai Semak Temuduga SPA

Pihak SPA akan memuat naik satu link 'senarai semak temuduga'. Mereka akan minta untuk muat naik dokumen dalam pautan tersebut. Jangan lupa juga buat satu salinan 'hard copy' sebagai senarai semak dan buat sedikit nota sekiranya bahan yang di muat naik belum mencukupi. 

Senarai semak temuduga ini adalah PENTING, beliau berkata pernah di hubungi oleh pihak SPA kerana salah meletakkan dokumen yang dimuat naik dan pihak mereka boleh batalkan tapisan kita sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat / mengelirukan.

5. RESUME

Sediakan satu resume yang lengkap dalam format yang cantik dan kemas. Ini adalah senjata kita yang terakhir yang boleh di bawa bersama sewaktu tempoh hari temuduga. Sijil yang tinggi membukit buat tapisan dan 'hightlight' sijil yang berkaitan dengan penjawatan.



6. Adab & Adat Bercakap

Ambil sedikit keberanian untuk bertanya pada pegawai yang bertugas untuk memberitahu Pangkat & Panggilan nama panel pemilihan. Biasanya penemuduga ada 2 orang satu daripada SPA & Seorang lagi Pengarah/Bekas Pengarah Kementerian yang anda pohon.

7. Seni Pengucapan

Apabila anda temuduga Gred 41 anda harus mempunyai sedikit pengetahuan akan Kementerian yang anda mohon. Ambil sedikit masa untuk kaji program dan sumbangan Kementerian dalam mendepani isu semasa. Bersedia untuk di berikan tugasan pengucapan awam mengenai isu semasa. Anda mesti yakin dan ada kebolehan untuk menyelesaikan masalah.

Contoh soalan yang mungkin ditanya, 

1. 'berikan saya perancangan kamu sebelom semasa & selepas program. Sebagai seorang ketua untuk program 'Fahami & Ketahui Pakej Rangsangan Ekonomi yang di umumkan oleh PM Malaysia'

2. 'Sebagai seorang ketua apa yang anda perlu lakukan sekiranya anak buah anda tidak mahu menuruti arahan daripada anda'

3. 'Bagaimana anda hendak memberi arahan kepada seseorang yang lebih tua daripada umur anda'



8. Jangan Buat-buat Pandai

Contohnya panel ada tanya " Tuan ada follow FB Jabatan Penerangan, beliau jawab (Ya) "Tuan ada follow youtube Jabatan, beliau jawab (Ya) kemudian dia terus tanya. Baiklah apa praduan terakhir yang Jabatan buat dalam bulan ini. 

Terciduk kalau korang sembang kencang tadi, jadi bersikap jujurlah. Tapi nasib beliau sangat baik sebab memang dah buat kajian sedikit laman-laman rasmi mereka sebab bersedia dengan soalan cepumas seperti ini. Siap Call orang yang dah lulus temuduga untuk dapatkan tips temuduga. 

9. Keberkatan

Bunyi macam biasa, tapi kesannya luar biasa, percayalah. Ambil semangat dan restu daripada ibu ayah dan sahabat kita yang boleh dipercayai. Ia membantu anda berlapang dada dan hati. Motivasi & kata-kata positif perlu senantiasa anda fikirkan sebab itu yang buat saya yakin dengan apa yang saya lalu sewaktu temuduga.

Semoga memberi manfaat & membantu anda semua, mohon maaf sekiranya ada kekurangan dimana-mana.

Kredit : Amirul Aliif


Guna 2 Kaedah Ini Untuk Follow Up Interview

cara follow up selepas interview
 "Saya perhatikan apabila ada calon buat susulan, Pegawai Sumber Manusia akan menyemak dan membaca sekali lagi resume tersebut. Dengan cara ini peluang untuk dapat temuduga bertambah." - Nobisha


Bila Nak Hantar "Follow Up"

Biasanya calon perlu follow up selepas hadir inteview. Jangan main redah saja follow up tu. Anda boleh follow up sekiranya majikan tidak bagi apa-apa makluman (respon) selepas 3 hari inteview. 

Guna 2 Kaedah Ini Untuk Follow Up Interview

Boleh gunakan 2 kaedah ini untuk follow up interview :

1. Telefon

Calon boleh menelefon Pegawai Sumber Manusia (HR) untuk bertanya mengenai status permohonan. Usah melobi pegawai tersebut. Cukup ucapkan terima kasih kerana berikan maklumat tersebut kepada anda.

Apa yang penting ialah dia ingat nama anda. Dan anda juga tahu status permohonan itu (sama ada telah dipanggil temuduga tau tidak)

Sekiranya majikan tidak melayani anda, mereka mungkin sibuk atau sudah buat pilihan. Jika begitu, teruskan memohon di syarikat lain. Usah cepat patah hati.

2. Email

Sekiranya anda menulis email, cukup sekadar bertanya sama ada permohonan anda telah diterima atau tidak. Usah tanya lebih-lebih. Berikut ialah contoh email yang boleh dihantar kepada majikan. 

I applied for the Procurement Executive position last week. I would like to kindly inquire if you have received the application and whether you could provide me with your decision timeline. 

I am very enthusiastic at the prospect of joining and contributing to the growth of the ABC Corporation Sdn Bhd.

Should you need futher infomation, please do not hesitate to email or give me a call at 010-xxxx. Thank you. 


Nak hantar follow up tak susah mana pun. Manalah tahu rezeki anda diterima bekerja disebabkan effort untuk follow up permohonan. 


3 Kesilapan Dalam Menulis Resume

3 Kesilapan Dalam Menulis Resume

1. Maklumat Yang Tidak Berkaitan Dengan Jawatan

Kesilapan biasa yang sering dilakukan kebanyakkan orang yang sedang mencari kerja ialah memasukkan maklumat yang kurang penting atau tidak berkaitan dengan jawatan yang dimohon. 

Aku tahu korang sebenarnya mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran dalam sesuatu bidang tu tetapi maklumat terlalu crowded sehingga kebanyakkan calon memasukkan info yang tidak penting. 

Hal ini demikian kerana calon mahu diterima bekerja dalam syarikat jadi mereka berfikir seandainya memasukkan kesemua pencapaian yang pernah dimiliki berkemungkinan untuk diterima. 

Tetapi sebenarnya ini bukanlah perkara yang tepat kerana calon hanya perlu memasukkan pencapaian yang berkaitan dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja.

Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan skop kerjaya yang korang pohon. Korang mesti ingat, apabila maklumat terlalu banyak, resume akan menjadi panjang dan isi kandungan akan menjadi meleret-leret serta kurang penting.

Kalau boleh just buat resume yang ringkas, padat dan memenuhi kehendak panel yang melihat resume korang. Bukan seorang saja tau panel nak semak resume tu. Ada beratus lagi resume jadi jangan buang masa dengan info yang tidak penting ya.


2. Cover Letter / Surat Permohonan Pekerjaan

Cover Letter atau bahasa melayu nya surat permohonan pekerjaan. Cover letter ni korang perlu lampirkan bersama resume tau! Dengan adanya surat permohonan ini, korang akan nampak lebih profesional semasa memohon sesuatu jawatan kosong.

Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri korang, mengapa dan kenapa memohon jawatan di syarikat tersebut. 

Elakkan terlalu banyak infomasi dan ulang maklumat yang telah diterangkan dalam resume.  Nyatakan maklumat penting sahaja. 

Maklumat yang perlu ada dalam Cover Letter :
  • Perkenalkan diri korang secara ringkas tetapi lengkap.
  • Beritahu tujuan korang hantar surat permohonan kerja tersebut. Korang perlu yakinkan majikan korang kenapa mereka perlu pilih korang kerja di syarikat mereka.
  • Maklumkan cara untuk menghubungi korang. Cara ini akan memudahkan interviewer untuk menghubungi korang jika mereka berminat!

3. Kurang Memahami Keperluan Jawatan Yang Dipohon

Sebelum memohon sesuatu bidang, pastikan korang fahami dahulu skop tugasan ataupun deskripsi tugas bagi jawatan tersebut. Hal ini demikian bagi mengelakkan risiko kerja yang tidak sepatutnya diterima. 

Sebagai contoh bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga tidak sama seperti Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak biarpun nama bidang tersebut kelihatan hampir sama.

Bayangkan sekiranya korang menerima tawaran kerja yang berbeza dengan kelulusan dan pengetahuan yang ada, kerja dan tugasan yang bakal diterima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.



Kesimpulannya...

Penulisan resume yang baik dapat menarik perhatian panel ataupun bakal majikan. Korang lulus bahagian resume dapatlah temuduga. Jika penulisan resume pun sudah tidak baik, ia menyukarkan korang untuk dapat kerja. Oleh itu, korang perlu ambil serius tentang penulisan resume agar dapat mencapai tahap yang panel inginkan.


Jawatan Kosong Guru Ganti SMK Saint Augustine, Betong (MySTEP)

Jawatan Kosong Guru Ganti SMK Saint Augustine, Betong (MySTEP)

Jawatan : Personel MySTEP (Guru Ganti)
Agensi : Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Augustine, Betong
Kumpulan : Pengurusan & Profesional
Tempoh bertugas : Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah.
Lokasi kekosongan : Sarawak

Syarat Kelayakan 
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur antara 18 - 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 - 35 tahun (Siswazah)
  • Sekurang-kurangnya kepujian untuk 4 Mata Pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat SPM
  • Syarat tambahan bagi guru ganti Pendidikan Islam : Kepujian dalam Pendidikan Islam (SPM)
  • Syarat tambahan bagi guru ganti Moral & Pendidikan Seni Visual : Kepujian dalam Pendidikan Moral & Pendidikan Seni Visual
Jawatan Kosong Guru Ganti SMK Saint Augustine, Betong (MySTEP)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 07 APRIL 2021 (Rabu), Jam 12 Tengahari

Tips Beli 2 Buah Rumah Setahun

Tips Beli Rumah

Pernah tak korang terfikir nak beli 2 buah rumah dalam tempoh setahun atau tahun yang sama? Boleh ke beli 2 buah rumah terus nie? Kata Harith Faisal boleh tetapi ada syarat-syarat tertentu yang harus dipatuhi. 

Nak tahu macam mana nak beli 2 buah rumah setahun? 


1. Sewakan Rumah Pertama Anda

Pertama sekali, kalau kau bergaji kecil. Kau wajib sewakan rumah pertama kau tu. Buat perjanjian sewaan elok-elok dan matikan setem di pejabat LHDN.

Lepas 6 bulan kau sewakan rumah tu, bank dah kira sewaan kau tu sebagai pendapatan tambahan. Jadi, komitmen kau untuk rumah tu sudah hampir di-cover sepenuhnya.

Cara ni memang ambil masa sikit. Tapi sabarlah. Takdalah lama sangat. Dengan cara ni, kau boleh beli rumah kedua SEPULUH BULAN lepas beli rumah pertama.


2. Layak Buat Pembiayaan Rumah 

Kedua, boleh kalau kau layak. Dengan gaji yang kau dapat sekarang, kau layak buat pembiayaan rumah RM600,000. Rumah pertama, kau baru guna RM200,000.

Jadi, kau masih layak buat pembiayaan rumah dengan bank lagi RM400,000. Nak beli rumah kedua ENAM BULAN lepas kau beli rumah pertama pun boleh.


3. Modal 15% Daripada Harga Rumah (subsale)

Ketiga, boleh sangat kalau kau ada modal yang cukup. Biasa kita dengar, kita perlu ada modal 15% daripada harga rumah kalau nak beli rumah subsale. Betul, kan.

Katakan, kau ada tunai kat tangan RM90,000 iaitu 15% daripada RM600,000. Untuk rumah pertama RM200,000 kau baru pakai modal RM30,000. Masih ada baki RM60,000.

Kau boleh guna RM60,000 untuk modal beli rumah kedua berharga RM400,000. Nak beli rumah kedua TIGA BULAN lepas kau beli rumah pertama pun boleh wei.

Kredit : Harith Faizal

Jawatan Kosong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41

Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41

Jawatan: Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41

Jadual Gaji:
  • Gaji Minimum : RM2,078.00
  • Gaji Maksimum : RM9,544.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;

  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  • Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

  • Ijazah sarjana muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,384.07)

  • Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.70)


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

DESKRIPSI TUGAS 
  • Bertanggungjawab ke atas penggubalan dasar perburuhan, pentadbiran undang-undang dan standard perburuhan, keharmonian perusahaan dan hal ehwal kesatuan sekerja,
  • memantau dan menguatkuasakan akta yang berkaitan,
  • memberi khidmat nasihat dan pendidikan perburuhan,
  • merancang dan menjalankan aktiviti perkhidmatan pekerjaan serta mempromosi bagi meningkatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat industri.
Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S41

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan atau mengemaskini permohonan secara dalam talian di Portal rasmi SPA9. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 07 April 2021. 


Copyright © 2020 | All Rights Reserved.
Design by Sii Nurul