Responsive Ad Slot

Cara Mudah Semak Bil Elektrik SESB & Mana Nak Bayar Selain di Kaunter SESB

Baiklah, kita direct terus ke tutorialnya ya. 

1. Pergi ke website OCS System 

2. Masukkan KOD STESEN & NO AKAUN seperti yang tertera pada bil elektrik korang. (Rujuk gambar di bawah ya)

3. Tanda "I am not robot" dan tekan SEARCH untuk semak. Korang akan nampak berapa pembayaran bulan lepas, jumlah bil elektrik sebelum diskaun dan jumlah yang perlu dibayar. 


Baca Sini : Cara Bayar Bil Elektrik SESB Dengan JOMPAY


Ada banyak cara korang boleh bayar bil elektrik SESB, antaranya adalah melalui :

1. JomPAY 

JomPAY ini boleh diakses melalui Perbankan Internet (Mobile Banking) Cara-caranya masukkan kod seperti dibawah : 

  • SESB Biller Code : 92585
  • Ref 1 : 4 Digits Station Number + 8 Digits Account Number (please refer your electricity bill)
  • Ref 2 : Your Phone Number
Kredit : JomPAY SESB


2. E-Wallet

  • Shopee
  • GRAB
  • Touch N Go
  • Lazada
  • Boost
  • PayNow
  • Panda VMS
  • SRS Mobile

3. E-PayShell 

Semoga bermanfaat dan dipermudahkan urusan. 


TELUR ROSAK MEMBAWA MAUT! CARA MENGETAHUI TELUR MASIH ELOK ATAU SUDAH ROSAK



Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita seorang wanita berusia 25 tahun meninggal dunia akibat memakan pudding buih yang dibeli secara atas talian. Dipercayai penjual pudding buih menggunakan telur yang telah tamat Tarikh luput atau telah rosak dalam membuat pudding buih tersebut. (Rujukan

Sumber: bernama

99 orang turut mengalami keracunan selepas memakan puding yang dibeli daripada penjual yang sama. 




Oleh itu, amat penting untuk kita mengetahui sama ada bahan-bahan masakan masih segar atau sudah rosak. Deria pengelihatan dan bau digunakan untuk mengetahui kesegaran daging dan sayur. Bagaimana pula dengan telur?

4 cara ini boleh menyelamatkan anda daripada keracunan makanan disebabkan telur yang sudah rosak. 

1. PERIKSA TARIKH LUPUT

Tarikh luput merupakan rujukan mudah untuk mengetahui kesegaran telur. Namun, kerosakan pada telur boleh berlaku apabila kerang telur pecah dan mendedahkan isi telur. Oleh itu, amat penting memerhati dan memeriksa keadaan telur semasa membeli. sekiranya ada rekahan pada kulit telur, telur berkemungkinan telah rosak dan tidak boleh digunakan. Memilih telur yang sempurna kulitnya boleh mengurangkan risiko keracunan makanan akibat telur rosak.



periksa tarikh luput

jangan beli jika telur suda pecah seperti ini

2. HIDU BAU TELUR

Sekiranya tarikh luput tercicir, menghidu telur merupakan cara yang klasik tetapi boleh dipercayai. Seperti daging yang telah rosak, telur yang telah rosak akan mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Sekiranya menghidu telur yang tidak pecah masih tidak meyakinkan, pecahkan sebiji telur pada mangkuk dan hidu isi telur sebelum menggunakannnya. Sekiranya telur mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan, telur sudah tidak selamat digunakan.
sumber: Saviorseptic

3. UJI KETERAPUNGAN TELUR DALAM AIR

Menguji kesegaran telur menggunakan air merupakan cara yang semakin popular masa kini. telur yang tengelam dalam air adalah lebih segar berbanding telur yang terapung. apabila telur rosak, rongga udara dalam kerang telur akan semakin bertambah. oleh it, telur yang rosak akan terapung.  

Sumber: ThoughtCo

4. LIHAT ISI TELUR

Isi telur yang segar mempunyai telur kuning yang berwarna kuning terang serta sempurna bentuknya dan tidak pecah. putih telur pula agak pekat dan likat. sekiranya kuning telur anda tidak terbentuk dan berwarna kuning cair apabila anda memecahkan kerang telur, kesegaran telur mungkin sudah berkurang. telur yang telah lama mempunyai tekstur putih telur yang cair daripada putih telur yang segar.  



Kesimpulannya, pengetahuan untuk mengetahui sama ada telur sudak rosak atau belum amat penting untuk mengelakkan keracunan makanan. 

Antara 4 cara ini, mengikut Tarikh luput dan melihat isi telur merupakan cara yang paling selamat untuk mengetahui kesegaran telur. telur yang mengandungi bakteria seperti salmonella juga boleh kelihatan normal dan tidak berbau. oleh itu, adalah penting untuk memasak telur dengan sempurna.


Bagi sebarang urusan rasmi termasuklah berkenaan pengiklanan, sila berhubung dengan pihak admin Inspirasi Kami! secara terus melalui emel bloginspirasikami@gmail.com


PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT SECARA BERPERINGKAT MULAI 24 FEBRUARI 2021

Pada 18 Januari 2021, YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.

Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion. Bayaran ini akan disalurkan seperti berikut :



Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini. Pembayaran Fasa 1 ini telah dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian. Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.


YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
Putrajaya
23 Februari 2021

Pembayaran Fasa 1 BPR kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus mengikut jadual berikut: 


Tarikh tutup pendaftaran baharu/pengemaskinian BPR adalah pada 25 Februari 2021. Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu. Sehingga 22 Februari 2021. 

ADAKAH HAND SANITIZER BERKESAN MENGHAPUS VIRUS DAN BAKTERIA?


Pada musim COVID-19 ni, semua jenis kedai menyediakan pembersih tangan iaitu hand sanitizer di depan kedai. Malah, kerajaan turut menyarankan rakyat membersihkan tangan sekerap yang boleh apabila berada diluar dan dalam rumah. persoalan yang selalu dikemukakan di media masa adalah, adakah handsanitizer lebih berkesan berbanding sabun?


Untuk menjawab soalan ini, adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit perbandingan mekanisme handsanitizer dan sabun dalam menghapuskan bakteria dan virus.

Hand sanitizer yang baik mengandungi 60-80% alkohol (Bukan minuman!!!) dan selebihnya adalah air (rujukan). Alkohol menghapuskan backteria dan virus dengan melarutkan sel dinding bacteria dan lapisan luar virus seterusnya memecahkan sel dan membunuh bakteria atau virus.


Bacteria atau virus mempunyai sifat melekat pada kulit dan sukar dipisahkan jika hanya menggunakan air. Sabun bertindak memisahkan bukan hanya bakteria atau virus, malah kotoran pada kulit. Menggosok tangan adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan sabun untuk mencapai bakteria atau virus pada celah-celah jari atau kuku. Selepas menggunakan sabun, bakteria atau virus yang melekat pada sabun akan dibawa oleh air ketika dibilas. Sekarang tangan bersih daripada bakteria dan virus.


Jika dilihat secara umum, hand sanitizer adalah lebih berkesan berbanding sabun kerana mekanisme alkohol yang mampu membunuh bakteria atau virus secara langsung. hand sanitizer juga boleh digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja kerana ia selalunya dalam botol kecil yang mudah dibawa dan tidak memerlukan air. Namun, Keberkesanan hand sanitizer akan menurun sekiranya tangan terlalu kotor kerana hand sanitizer tidak mampu membersihkan kotoran degil pada tangan seperti lumpur, minyak dan sebagainya. selain itu, kesan hand sanitizer adalah pendek kerana sifat alcohol yang mudah menyejat (evaporate) pada suhu bilik.

Sabun pula hanya dapat digunakan dengan adanya air dan ianya dipasarkan dalam botol besar dan sukar dibawa didalam saku. walau bagaimanapun, sabun mampu membersihkan kulit bukan sahaja dapi bakteria dan virus, tetapi juga dari kotoran degil.

kesimpulannya, Kedua-dua kaedah adalah sangat penting mengikut kesesuaian masa dan keadaan. pengunaan hand sanitizer adalah sangat berguna semasa ketiadaan air seperti selepas mengisi tangki minyak kereta, selepas meggunakan mesin ATM atau selepas atau selepas membeli barang keperluan.


Manakala sabun, adalah suatu keperluan yang lebih kerap berbanding Hand sanitizer. smua orang perlu mencuci tangan sebelum makan, selepas makan, selepas menggunakan tandas atau ketika tangan terkena kotoran yang kelihatan seperti habuk, lupur atau minyak.

Apa Yang Aku Belajar Dalam Bidang Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum semua. Diberi peluang lagi untuk menulis sampai hari ini. Alhamdulillah.

Hari ni aku nak cerita tentang pengalaman aku ambik kos yang agak rare masa aku kat university dulu. Rare bagi aku jer sebab bidang yang aku ambik masa SPM dan STPM langsung tiada kaitan dengan bidang Degree aku ni.

Nak dibawa cerita, masa tu aku nampak iklan pasal kos ni kat facebook, dari University College Sabah Foundation. Masa tu aku tak ada niat lagi nak sambung study sebab sedang kerja dan gaji aku pun lumayan masa tu. Tapi sebab iklan ni, aku tiba-tiba tertarik nak sambung belajar balik.

Bidang Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

September 2017, aku dengan rasminya menjadi salah satu pelajar kat university tu. Memang rasa seronok, sebab dah timbul balik semangat nak belajar tu lepas hampir setahun juga aku tak pegang buku sebab sibuk dengan kerja.

Banyak yang aku belajar dalam bidang ni. Memang agak rumit sebab ada dua bidang yang perlu kami belajar, hotel dan juga pelancongan Lebih-lebih lagi masa tu aku ambik Degree. 

Masa awal-awal semester, kami didedahkan dengan pengenalan dengan dua bidang tu, computer skills, marketing, customer service dan banyak lagi subjek-subjek basic. Kat sini, kami belajar lebih kepada pengenalan ke dunia pengurusan hotel dan pelancongan.

Masuk semester 4 dan seterusnya, subjek kami jadi lebih mencabar. Antara subjek tu ialah community service. Ha, dalam subjek ni, kami perlu bentuk satu kumpulan dan pilih tempat untuk buat community service. Susah tu tak payah cakaplah. Dari cari ahli dan bentuk kumpulan pun dah susah. Tapi, Alhamdulillah, kami dapat juga jayakan projek ni walaupun dengan bermacam masalah yang kami hadap.

Dah namanya bidang pelancongan, memang kami ada jalan-jalan pun. Walaupun tak banyak, tapi pengalaman tu semuanya berbaloi! Kami sempat pergi Sandakan, Beaufort, Pulau Guya, dan kami ada buat day trip untuk subjek Cultural Heritage Tourism. Walaupun pembayaran tu agak mahal, tapi memang wajib ikut pun. Sebab untuk setiap trip ni, ada assignment yang menanti.

Cakap pasal assignment, kadang ada yang rumit dan ada pula yang senang nak buat. Kalau bab assignment, aku akui yang aku lebih suka buat individual daripada kerja kumpulan punya. Walaupun aku satu kumpulan dengan orang yang aku kenal dan memang jenis bagi kerjasama, aku tetap pilih buat kerja individual. 

Dah namanya kat university, memang akan jumpa banyak jenis pelajar. Aku tau korang pun mesti ada pengalaman korang sendiri kan masa buat grup assignment ni.

Sebenarnya bidang ni memang bagi banyak peluang kerja, lebih-lebih lagi kalau korang ni ada pengalaman kerja kat hotel. Banyak student kat university yang ambik part-time jadi service crew kat hotel. Jadi income tepi masa kat kolej lah kan. Tapi, yalah, kalau kita tengok keadaan dunia sekarang ni, aku rasa bidang ni memang besar sangat kesan buruknya. Sampai ada yang ambik jalan untuk tutup.

Apa Yang Aku Belajar Dalam Bidang Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

Tapi, sebenarnya ambik bidang hotel dan pelancongan ni tak semestinya kena kerja kat hotel. Kena kerja jadi tour guide semua. Ya, memang itu yang selalu orang fikirkan. Tapi sebenarnya, banyak lagi yang korang boleh jadi. 

Boleh kerja kat kementerian ambik bahagian Admin, Marketing, Sales, Accounting pun boleh, sebab memang subjek ni ada diambil sebagai salah satu subjek. Ada juga yang buat tourism business. Semua ni boleh jalan kalau korang memang nak dan minat. Yang penting kena usaha kuat sampai jadi.

Memang tak dapat nafikan pun yang dunia hotel dan pelancongan sekarang ni, agak ketinggalan. Banyak yang dihentikan kerja, menganggur.. Aku harap kita dapat jadi macam dulu lagi. Banyak lagi tempat yang nak diterokai. 

Lagi satu, bidang ni sedikit sebanyak bantu aku untuk ubah pikiran aku tentang dunia perhotelan dan pelancongan. Dulu aku ingat belajar bidang ni cuma akan belajar pasal hotel dan jalan-jalan jer. Tapi bila aku sendiri rasa, lagi banyak sebenarnya yang aku dapat.

Dah lebih setahun berlalu sejak aku habis belajar. Tapi masih segar lagi semuanya. Suka duka di zaman university. Aku harap korang semua baik-baik saja dan semoga dunia ni cepat sembuh dari penyakit. Lepas tu, kita pun boleh dah jalan-jalan lagi. In Sya Allah..


5 Koleksi Resepi Biskut Raya 2021


Korang tercari resepi untuk biskut raya? InsyaAllah admin dah kompile beberapa resepi yang diambil di group facebook. Semua resepi ini sangat simple dan mudah saja nak buat. Terima kasih kepada pemilik asal resepi kerana sudi berkongsi. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan mendapat pahala yang berterusan.

Berikut adalah 5 Koleksi Resepi Biskut Raya 2021 yang korang wajib cuba. Selamat mencuba~

1. Biskut Semprit Meriah


Bahan A
  • 250gm butter atau marjerin
  • 150gm gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 camca asen vanila
~ Satukan bahan A putar sebati ,jangan over mix, just sekadar sebati semua bahan

Bahan B
  • 250gm tepung jagung
  • 250gm tepung kastad

~ Tepung gandum tambah sedikit-sedikit sehingga menjadi doh.

~ Bahagikan adunan untuk warna (warna ikut suka korang)

~ Bakar di oven 170' dalam 15 - 20 minit (mengikut kepanasan oven masing-masing ya)


Kredit resepi : Khairul Abesah


2. Biskut Tart Nenas Bunga Premium



Bahan-bahan 
  • 250 gm pure butter salted (guna anchor)
  • 2 sd bsr gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sd bsr Tepung kastad
  • 1 sd bsr Tepung beras
  • 1/2 cwn Tepung jagung
  • 2 1/2 cwn Tepung gandum
  • Esen vanilla (optional)
  • Jem Nenas untukk inti/hiasan

Cara-cara memasak
  • Pukul butter, gula, telur sehingga sebati, cukup dengan senduk kayu saja
  • Masukkan esen vanilla sikit
  • Masuk semua jenis tepung sikit-sikit, uli sehingga jadi doh
  • Terap untuk canai. Lagi mudah jika alas plastik atas doh waktu mencanai.
  • Terap guna acuan pilihan, jangan terlalu nipis atau tebal sangat.  
  • Bakar api atas bawah lebih kurang 25 minit suhu 160"  atau sehingga masak. Timing Ikut oven masing-masing.
  • Adunan ni boleh dapat lebih kurang 60-75 biji ikut acuan. Dalam tray 1 adunan penuh dalam 75 biji macam tu. 
  • Tips api atas bawah tapi kena pandai main api. Bakar guna api atas bawah untuk 15 minit pertama & tukar ke api bawah untuk baki minit sampai masak.
Kredit resepi : Yatie Zelani



3. Biskut Coklat Chips Crunchy


Bahan A
  • 1 cawan buttercup
  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanilla

Bahan B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sk soda bikarbonat (satukan tepung + soda bikarbonat, ayak terlebih dahulu)
  • 1 cawan coklat chips
  • 1/2 cawan coklat rice
Cara-cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan A dalam bekas. Pukul bagi sebati ja.
  • Dah sebati, masukkan tepung gandum yang telah diayak. Gaul sebati (Adunan memang lembik ya, jangan tambah tepung pulak, nanti keras biskutnya, Kalau rasa lembik sangat, tambah 2sb je tepung)
  • Bila tepung dah sebati, masukkan coklat chips + coklat rice, gaul sebati.
  • Dah siap, boleh sudukan adunan dalam tray, tak perlu sapu butter.
  • Nak guna sudu kecil atau nak cubit-cubit pun boleh saja.
  • Buat kecil-kecil ja, nanti bakar dia akan kembang/leper..
  • Bakar selama 20-25minit suhu 170c, api atas bawah ya
  • Lepas bakar keluarkan tray, biasanya biskut tu dia akan nampak macam tak masak, Kalau kita tekan dia macam lembik, biarkan dia sejuk dulu tau, baru dia akan elok.. Crunchy ja.. Masa panas-panas memang macam tu.
Kredit resepi : Siti Norizan


Baca Sini : 5 Jenis Kopi Termahal Di Dunia, Harga Bikin Pening

4. Biskut Koko Rangup


Bahan-bahan
  • 2 1/2 cwn Tepung gandum
  •  1/2 cwn Tepung jagung
  • Butter 1 ketul (marjerin 250g ikut sukatan butter juga)
  • 1 cwn Gula aising 
  • 1 biji Kuning telur 
  • Esen vanilla
  • 1/2 cwn Serbuk koko 
Cara-cara memasaknya 
  • Putar kuning telur, gula aising, butter, esen vanilla hingga sebati.
  • Masukkan tepung jagung, serbuk koko dan putar lagi. 
  • Akhir sekali baru masukkan tepung gandum. Masukkan sedikit demi sedikit sampai doh tidak melekat di jari bila pegang. 
  • Agak-agak saja. Jangan lembik atau terlalu keras. Dah sebati semua boleh guna kreativiti masin-masing untuk bentuk ikut acuan ya.
  • Bakar pada suhu 18-c dalam masa 20 minit (mengikut kepanasan oven masing-masing)
Kredit resepi : Siti Hadirah


5. Biskut Kacang Peas


Bahan-Bahan
  • 1 kg tepung gandum
  • 2 cawan gula putih dikisar
  • 2 cawan kacang peas (dikisar)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 - 2 1/2 cawan minyak masak
  • 1 biji telur & 1 kuning telur campur pewarna kuning
  • Berus @ apapun boleh sapu biskut
Cara-cara memasaknya :
  • Gaul semua bahan sehingga sebati
  • Canai, terap dan sapukan dengan kuning telur
  • Bakar suhu 180°C selama 20 minit. Ikut oven masing masing ya.
  • Satu adunan dapat 240 biji Jika nak buat separuh adunan bahagikan dua..
Kredit Resepi : Balkhais Rifaie

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiMudahSukatanCawan

Pengalaman Course Bisnes di UniMAP

Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Perniagaan minor Perniagaan Antarabangsa. Selesai bergraduat pada tahun 2018. Alhamdulillah sempat naik pentas ambil scroll sebelum Covid 19 datang. 


Satu makhluk Allah mengubah norma hidup manusia seluruh dunia. Begitu hebat makhluk ciptaan Allah SWT dan Maha Berkuasanya Allah dalam menakdirkan sesuatu. Hanya berkata “Kun fa ya kun” yang bermaksud “Jadilah maka jadilah.”. Itulah keagungan Allah SWT pemilik semesta alam.

Begitu juga bijaksananya Allah dalam menakdirkan aku untuk sambung study di UniMAP. Sebuah negeri jauh nun utagha dalam peta Malaysia. Aku percaya besar hikmahnya Allah SWT campak aku di negeri Perlis. 

Aku sebelum ijazah ambil bidang sains tulen di matrikulasi begitu juga zaman high school pun bidang sains tulen. Alhamdulillah sambung ijazah tukar bidang dalam perniagaan. Aku pun yakinkan diri untuk sambung bidang baru ni. 

Sebenarnya minat bidang akaun lagi sebab masa high school pernah ambil subjek Prinsip Akaun. Sampai sekarang minat. Tapi nak buat macam mana dah dapat tawaran sambung bidang perniagaan. Redha dan redah je la. Hehe..


Perniagaan vs Akaun
Sebenarnya tak susah pun bidang perniagaan ni. Bagi aku bidang perniagaan ni adalah bidang belajar tawakal tinggi. Sebabnya apabila kita berkecimpung dalam bisnes, tawakal tu memang kena tinggi. Bisnes kan ada naik turun. Kadang untung kadang rugi. Key utama nak berjaya dalam bisnes sebenarnya kena konsisten. 

Berbeza dengan bidang akaun yang fixed. Ada rule and regulation kena ikut. Bidang perniagaan semua benda kena belajar. Nak kata bidang perniagaan ni besar dan luas serta flexible. Apabila sudah bergraduat dari bidang perniagaan besar dan luas peluangnya. 

Boleh cari kerja dalam akaun, pengurusan, kewangan, human resource, logistik, administration, saham dan macam-macam lagi. Tak rugi sambung bidang bisnes. Besar peluang in future. InshaaAllah.

Bidang bisnes di UniMAP
So dekat UniMAP, bidang bisnes ada dua je iaitu Perniagaan Antarabangsa dan Keusahawanan Kejuruteraan. Dua-dua sama je cuma bezanya keusahawanan kejuruteraan ada campur engineering sikit. Ikutlah kat hampa minat yang mana. 

Kampus budak-budak bisnes kat bandar. So mudahlah dalam segala hal. Nak balik kampung ke. Nak pergi Thailand ke. Nak pergi Langkawi ke. Kemudahan dan fasiliti sangat mudah didapati. 

Berbeza dengan kos engineering yang kampus terletak di Pauh dan Sungai Chuchu. Dua-dua ni jauh dari Kangar. Budak-budak dari situ kena naik bas setengah jam untuk sampai Kangar. Sempat tidoq. Hehe.

Kuliah
Jauh dah melalut. Nak cerita sebenarnya pengalaman ambil bidang bisnes kat UniMAP. Dari segi kelas, assignment, projek, program, subjek dan lecturer. Untuk lebih spesifik subjek ada aku nyatakan dalam entry sebelum ni bertajuk Panduan sambung ijazah di UniMAP. Jemput baca. 

Firstly dari segi kelas budak-budak bisnes. Satu batch akan dibahagi ke beberapa kelas. Kelas ni hampa sendiri pilih masa daftar subjek kat sistem. So kalau ada kawan bincanglah dengan kawan nak pilih kelas mana bolehlah pergi balik kelas sama-sama. Nak cari kawan buat group assignment pun senang.

Program Luar
Course perniagaan di UniMAP ada association dipanggil Business School Association(BESCA). Semua student bisnes akan automatik jadi ahli bagi persatuan ini. Ada jawatankuasa yang dipantau oleh pensayarah bisnes juga. Terpulang kat hampa nak aktif dan nak libatkan diri dalam persatuan ni.

Persatuan ni rajin buat program. Ada sijil untuk setiap penyertaan. Boleh letak nanti dalam resume. Program yang dianjurkan pun menarik dan bermanfaat. Pada budak-budak bisnes rugilah tak grab jadi penggerak persatuan ni. Sebabnya boleh apply skill leadership dan pengurusan yang sangat penting bila dah keluar dari kampus nanti. Antara program yang persatuan ni buat karnival keusahawanan, program upskilling dan macam-macam lagi sebenarnya. Seronok!

Individual dan Group Assignment
Bab assignment pula, setiap subjek ada individual and group assignment. Aku lagi suka individual assignment sebab tak perlu nak tunggu orang lain siap baru boleh hantar assignment. Kalau group assignment ni kena buat meeting beberapa kali untuk bahagi jobscope dan untuk nak tentukan nak apa dalam assignment. 

Sebenarnya ada pros and cons untuk dua-dua tu. Kalau dapat member group yang rajin syukurlah. Yang masalah bila dapat member yang malas. Kadang kita pula yang kena cover kerja dia sebab nak siapkan assigment ikut due date yang ditetapkan.

Presentation
Bila sudah ada assignment adalah presentation. Selalunya individual assignment takdelah presentation. Kecuali subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa asing. Tiga-tiga subjek ada oral test. Penting ni sebab masuk dalam cgpa. Nak 4 flat kena cemerlang dalam assignment dan exam.

Presentation budak bisnes semua english. Part ni paling susah sebab kita bukanlah mother tongue English. Tersasul banyak jugalah present. Tapi aku setiap kali habis present mesti akan minta feedback dari lecturer dan classmates. Alhamdulliah semua cakap aku present dengan yakin. English pun mantap ada slang gitu. Hehe. 

Bab presentation nilah part paling tak disukai semua orang. Haha. Tapi bagus sebenarnya presentation sebab melatih diri bercakap di khalayak ramai, melatih cakap English, bina self-confident dan melatih leadership skill.


International student
Perniaagaan Antarabangsa banyak sangat foreigner ambil bidang ni. Dalam kelas aku sebelum ini ada dari Bosnia, Myanmar, Mesir, Indonesia, China dan ada beberapa lagi negara tak ingat dah sebab banyak sangat. 

Course lain pun ada je student foreigner tapi tak sebanyak course bisnes. Nama juga International business kan. Biasanya nak bercakap dengan dorang ni susah. Sebab slang English dorang berbeza dengan slang Malaysia. Additionally culture dorang pun berbeza dengan kita. 

Dorang sangat open minded dan kaya. Haha. Kebanyakan foreigner semua bergaya. Malam-malam keluar. Seronoklah bidang bisnes sebab banyak kenalan international. Boleh luaskan network. Hehe.

Lecturer
Pensyarah-pensyarah bisnes di UniMAP sangat sempoi. Macam kawan je. Tak dinafikanlah ada lecturer yang bina gap. Yelah kan nak menjaga martabat sebagai seorang lecturer. Pensyarah-pensyarah ni semua hebat-hebat. Pegalaman dorang tu mantap. 

Ternganga dengar bila dorang cerita history hidup dorang. Terinspirasi gitu. Office lecturer semua atas bilik kuliah. Nak reach nak tanya soalan senang je. Cuma adab la kan bila kita kena tanya dulu bila dorang free. Sebab lecturer ni bukanlah kerja dia mengajar je tapi banyak research paper kena buat. Ada juga lecturer yang sambung PhD. Kena belajar untuk bertimbang rasa.


Alhamdulillah begitu sahajalah sharing aku kali ni. Semogalah dapat memberi inspirasi belajar di UniMAP. Tak kisahlah tak ambil bidang bisnes pun. Yang penting mari sini belajar di UniMAP.

Ada lagi yang lagi penting. Iaitu belajar biar sungguh-sungguh. Boleh jadi insan berguna di masa akan datang. InshaaAllah.


Buku Motivasi "The Leader In You" Oleh Dale Carnegie ( Edisi Bahasa Melayu )

Duduk diam di rumah adakalanya amat membosankan. Terkadang kita akan merasakan seperti kita sudah kekurangan motivasi diri kerana terlalu mengenang kebosanan yang akhirnya hilang minat untuk melakukan apa-apa aktiviti kerana jemu dengan rutin harian sepanjang di rumah saja.


Maka, amatlah penting untuk seseorang itu tetap konsisten dengan semangat peribadi. Membaca adalah aktiviti santai dan juga boleh dijadikan suatu bentuk terapi peribadi di mana kita dapat menikmati waktu hening di rumah dengan bacaan buku. Membaca mampu meningkatkan kebolehan daya fikir yang lebih tajam. Membaca juga boleh meluaskan pengetahuan kita tentang dunia luar. Setiap peribadi perlu membaca sekurang-kurangnya 1 muka surat setiap hari untuk meningkatkan pengetahuan kita dalam banyak perkara. 


Buku apa yang sesuai untuk kita  mengasah motivasi diri kita? 

Sudah tentu buku yang berfokus pada motivasi ataupun apa saja buku berdasarkan minat kita masing-masing. Sebenarnya, kita tidak boleh juga memaksa diri kita untuk  membaca kerana setiap manusia ada kecenderungan minatnya masing-masing. Setidak-tidaknya pun, perlu ada pendedahan sedikit tentang dunia perbukuan agar kita tidak ketinggalan jauh tentang dunia luar melalui pembacaan kita. 

Terpulang buku apapun itu. yang pastinya kita akan mendapat suatu pengalaman baru hasil daripada bacaan kita, kan?  Terpulang dengan niat kita masing-masing. Namun, dengan membaca kita dapat menerokai dunia melalui pengalaman bacaan itu. 

Berbalik semula pada fokus admin tentang hilangnya motivasi diri, ada banyak saranan buku yang boleh anda rujuk. Kedai buku juga pasti ada dijual. Admin sarankan anda untuk membaca buku ini;


Admin baca buku ini bukan setakat untuk  memantapkan penguasan diri sahaja, namun bagaimana admin memantapkan kualiti seorang pekerja dalam bekerja. Bacaan buku ini juga amat digalakkan untuk pemimpin ( majikan ) untuk memantapkan kualiti sistem pengurusan dan bekerja secara berpasukan dalam syarikat.


Berikut adalah senarai kandungan dalam buku ini:

Pengenalan : Revolusi Perhubungan Insan

1. Mencari Kepimpinan Ke Dalam Diri

2. Mula Berkomunikasi

3. Memotivasikan Manusia

4. Tunjukkan Minat Yang Sungguh-Sungguh Kepada Orang Lain

5. Melihat Dari Sudut Pandang Orang Lain

6. Mendengar Untuk Belajar

7. Berpasukan Demi Masa Hadapan

8. Menghormati Orang Lain

9. Pengiktirafan, Pujian dan Memberi Galakan

10. Menangani Kesilapan, Aduan dan Kritikan

11. Menetapkan Maklumat

12. Fokus dan Disiplin

13. Mencapai Keseimbangan

14. Cipta Sikap Positif

15. Belajar Menghentikan Rasa Bimbang

16. Kuasa Semangat 


Baiklah, admin akan berkongsi sedikit pengalaman daripada bacaan buku ini. Buku ini sangat santai, namun pengisiannya sangat bermanfaat bahkan admin sendiri akan highlight atau catat semula dalam buku peribadi untuk rujukan motivasi admin sendiri. Sangat sesuai dibaca untuk semua golongan kerana ia sarat dengan pemantapan penguasaan diri, tidak kira apa jua bidang mahupun karier anda masing-masing.


Mencari Kepimpinan Ke Dalam Diri

Sebagai peribadi yang mempunyai pendirian teguh terhadap prinsip hidupnya, seseorang juga harus mempunyai sifat kepimpinan dalam dirinya. Setiap kita mempunyai potensi menjadi pemimpin setiap hari. Teknik kepimpinan yang berkesan bagi diri kita sendiri adalah diri kita sendiri dari dalam jiwa, niat kesungguhan dan kegigihan kita sendiri. Perkara yang menyebabkan dia menjadi seorang pemimpin lelaki dan wanita adalah bagaimana dia mampu menyesuaikan daya interaksinya dengan sesiapa sahaja. Memiliki ciri-ciri kepimpinan boleh diukur dengan;

  • Tidak menegur kesalahan namun lebih kepada mencari solusi atau saranan terbaik.
  • Sikapnya yang baik menjadi daya tarikan kepada orang lain yang turut ingin bersikap baik terhadapnya.
  • Sentiasa mengucapkan terima kasih. 
  • Berhemah dalam mempertimbangkan sesuatu isu/hal yang dihadapinya.
  • Fleksibel dalam mencapai wawasan diri.
  • Memiliki kemahiran perhubungan insan.
  • Menjadi contoh dan membina pasukan.
  • Membimbing dan menjadi mentor kepada setiap penyelesaian masalah.
  • Jadi diri sendiri, menghargai kelebihan diri kita.
  • Semangat yang kental.
  • Minda yang tajam.
  • Imaginasi yang kuat.
  • Sikap yang positif.
  • Tindakan yang telus.

Menggalakkan & Merangsangkan Suasana Komunikasi Yang Terbuka

" Alangkah baiknya sekiranya dia berlembut sedikit ketika menegur saya, bukan asyik marah sahaja."

Salah faham mudah berlaku. Ketika kita mulai menjalinkan hubungan interaksi antara sesama, terkadang kita tidak faham apa yang keluar daripada mulut kita itu menyebabkan sesetengah pihak tersinggung dengan pengucapan yang tak tersengaja.

Adalah lebih baik sekiranya kita dapat ELAKKAN komunikasi kita yang bersifat;
  • Bersikap meninggi diri
  • Menyanggah pendapat orang lain
  • Menghamun orang lain
  • Merendahkan maruah sendiri
  • Melayan orang lain seolah-olah, " Saya bos dan kamu hanyalah pekerja." 
  • Kebebasan memarahi
Sebagai seorang pemimpin mahupun setiap dari kita sendiri harus mempunyai kepekaan dalam mengetahui perasaan orang lain sambil menunjukkan kepada orang lain yang kita benar-benar mengambil berat mengenai mereka. Terkadang mereka sendiri tidak dapat menyelesaikan setiap masalah yang dibincangkan tetapi dia sentiasa;
  • mendengar,
  • berhubung,
  • menyatakan ideanya.

Wujudkanlah suasana mesra yang mengalakkan komunikasi tanpa syarat. Mereka tidak akan ada keberanian untuk meluahkan fikiran mereka dan tidak bersedia mendengar kata-kata kita, sekiranya kepercayaan dan minat belum hidup subur dalam diri di antara kedua-dua pihak. Justeru, komunikasi yang berkesan akan membuat orang lain berasa selesa dan bermakna kita telah menjalinkan perhubungan yang lebih bererti kepada mereka. Jangan menyangka semua ini boleh berlaku tanpa sebarang usaha. 

Sejurus sahaja seseorang itu sudah memberitahu kita fikiran mereka, jangan menghukum mereka kerana bersikap terbuka. Jangan buat apa-apa yang mungkin menyebabkan mereka berhenti berkomunikasi dengan kita. 

Hakikatnya, komunikasi adalah satu bentuk kemahiran dan seni. Ia adalah proses yang elok difikirkan dan diamalkan.

Amalan dan kebiasaan menjadikan kita lebih baik.

Komunikasi memerlukan sikap keterbukaan dan suasana yang saling mempercayai apakah nikmat yang dicapai apabila komunikasi itu berjaya.

Akhirnya, dia mempelajari seni komunikasi.


" Kita tidak dapat rasakan serta-merta seandainya seseorang itu boleh didekati ataupun tidak. Apabila kita berasa begitu, kita tidak dapat 'membaca' mereka menerusi komunikasi secara lisan dan bahasa tubuh mereka. Kita tahu apabila seseorang yang berdiri di hujung dewan seolah-olah berkata, 'Jangan dekati saya. Saya tidak mahu melayan kamu.' "
- Mary Lou Retton, ahli gimnastik Olimpik -

Admin sangat berpuas hati dapat membaca buku ini. Tidak ada rasa kurangnya hasil daripada bacaan buku ini kerana sangat padat dan kenyang dihadam buat refleksi diri. 

Adakalanya kita perlu belajar memperbaiki diri kita melalui bacaan. Membaca tidak pernah merugikan, malah membuatkan intelektual diri kita semakin mahir dalam IQ dan EQ dalam diri kita masing-masing. 

Ingin mengetahui info lebih lanjut mengenai pengisian buku ini, bolehlah dapatkan menerusi link yang telah admin sediakan pada bahagian bawah gambar buku di atas.

Sekian, semoga bermanfaat buat semua!

Reaksi Netizen Terhadap Isu Mogok Pekerja J&T

Baru-baru ini, tular di media sosial dengan video beberapa pekerja J&T yang membaling bungkusan pelanggan berikutan isu mogok kerana majikan mengurangkan komisen kerja.

Video yang tular itu menyebabkan netizen bengang dan kesal dengan tindakan para pekerja yang tidak professional selain risau dengan kesan tersebut terhadap barangan mereka.

Kebanyakan mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sikap para pekerja yang melepaskan kemarahan dengan membaling barangan mereka. Tidak kurang juga terdapat netizen yang simpati dengan pekerja yang menghadap timbunan bungkusan tersebut.










Berikutan isu ini, Syarikat J&T Express telah memohon maaf kepada para pelanggan yang menggunakan khidmat mereka disamping memberikan penjelasan tentang isu tersebut.

“Sebenarnya J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan”

“Kami ingin menjelaskan, J&T tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja dan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat, selain intitusi yang terbabit” berikut antara kenyataan yang telah diberikan.

Berikutan kenyataan yang diberikan, J&T akan meningkatkan pampasan dan faedah para pekerja dari masa ke semasa di samping memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan mengenai dakwaan terhadap pekerja yang membuka bungkusan pelanggan.

Tujuh pekerja yang terbabit bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf berhubungan insiden membaling bungkusan para pelanggan.

Video pendek selama 57 saat telah dimuat naik melalui Facebook rasmi J&T Express Malaysia-Perak, menunjukkan para pekerja J&T yang memohon maaf atas tindakan mereka yang tidak berpatutan.


“Kami ingin jelaskan di sini tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia. "Kami sedaya upaya akan memproses dan menghantar barang pelanggan secepat mungkin," katanya.

Salah seorang pekerja turut menafikan tentang kewujudan isu dalaman atau potongan gaji yang melibatkan pekerja dan syarikat J&T. 





Resepi Air Soda Bandung Laici Mudah & Sedap


Bahan-Bahan 

  • 1 Tin Laici
  • 1/2 botol Air Soda F&N
  • 1/2 tin Susu Krimer sejat cair Saji
  • 1 sudu Pewarna Merah ros
  • Ais

Cara Penyediaan 
  • Bancuh air suam bersama susu dan pewarna merah ke dalam jug atau gelas. Kacau sehingga susu betul-betul sejuk.

  • Tuang air bandung kedalam jug berisi ais. Kacau sebati.

  • Kemudian masukkan air soda F&N dan kacau sebati. Masukkan laici dan kacau lagi. Siap untuk diminum.



Jadual Slot Program TV Pendidikan (10 -14 Februari 2021)

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan TV Pendidikan pada 6 April 2020 selepas pelaksaan PKP Pertama pada 18 Mac 2020. Pelaksanaan TV Pendidikan konvensional bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti sesuai untuk mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

TV Pendidikan bersiaran selama 9 jam sehari, iaitu 2 jam di TV Okey, 4 Jam di Astro Tutor TV dan 3 jam di NTV7. Ini menunjukkan bahawa KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa berusaha untuk terus memperkasakan TV Pendidikan dengan pendekatan yang bersesuaian.

Berikut adalah Jadual Slot Program TV Pendidikan (10 -14 Februari 2021)

Jadual Slot Program TV Pendidikan 10 Februari 2021
10 Februari 2021 (Rabu)

Jadual Slot Program TV Pendidikan 11 Februari 2021
11 Februari 2021 (Khamis)

Jadual Slot Program TV Pendidikan 12 Februari 2021

12 Februari 2021 (Jumaat)

Jadual Slot Program TV Pendidikan 13 Februari 2021

13 Februari 2021 (Sabtu)


Jadual Slot Program TV Pendidikan 14 Februari 2021

14 Februari 2021 (Ahad)



Hasrat Aznil Nawawi Untuk Taja Suntikan Vaksin COVID-19

Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil baru-baru ini ada update status menerusi Instagram tentang hasrat beliau untuk sponsor atau taja mereka yang ingin mendapatkan vaksin Covid-19 dengan segera.

Berikut kata Pak Nil “Salam semua, Katanya proses suntikan aksin percuma adalah berperingkat-peringkat. Keutamaan akan diberikan kepada warga tua dan frontliners dahulu. Yang lain harus mendaftar online dan tunggu giliran. Mungkin 5-10 bulan akan datang. Namun begitu, mungkin ada juga peluang untuk dapatkan vaksin dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran dengan sedikit bayaran. Paknil ingat Paknil nak ambik yang berbayar. Ada sesiapa yang nak join Paknil? Paknil sponsor lah…Tapi taklah ramai sebab harga pun tak tahu lagi”




Ratusan komen boleh dibaca dibawah status Paknil ini. Kebanyakan komen memberi jawapan “Nak” dan tidak lekang juga mereka yang mendoakan niat baik Paknil yang sanggup untuk menaja suntikan vaksin ini kepada mereka yang memerlukan.

“Moga dimurahkan rezeki untuk Paknil”

“Moga Paknil diberkati”

“Alhamdulillah. Semoga dimurahkan lagi rezeki Paknil. Saya nak tapi rasanya Paknil kasi lah peluang tu kat mereka yang lagi memerlukan” antara komen pengikut Paknil.

Beliau juga ada berkongsi artikel CoronaVac berkesan, selamat dan halal di laman Instagram baru-baru ini.


Pharmaniaga Bhd atau Pharmaniaga telah memulakan usaha untuk menghasilkan vaksin halal bagi industri farmaseutikal di Malaysia. Pharmaniaga memberi jaminan bahawa vaksin Covid-19, CoronaVac yang merupakan keluaran syarikat farmaseutikal China, iaitu Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) adalah selamat, berkesan dan halal.

Meskipun ramai yang bimbang dengan penerimaan vaksin ini, tidak dapat dinafikan bahawa kewujudannya sedikit sebanyak melegakan hati terutama buat para frontliners dan pesakit Covid-19.

Tangapan negatif itu perlu dibuang untuk membantu usaha kerajaan mengurangkan jumlah pesakit di samping mengelakkan lebih ramai yang terkena virus ini.

Sumber : Astro Awani 

Resepi Apam Nasi Sukatan Cawan Mudah Je Rupanya

Resepi Apam Nasi

Bahan-Bahan & Cara Penyediaan 

  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 1/4 cwn air suam
  • 3/4 cawan gula halus
~ Blend 3 benda ni, kemudian masukkan...
  • 1 cawan tepung Beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar yis mauripan
~ Kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan..
  • Setengah sudu kecil garam halus
~ Kacau sebati. Peram 30 minit sehingga 1 jam di dalam bekas bertutup rapat.

~ Tuang di dalam acuan yang dah disapu dengan minyak.

~ Kukus selama 15 minit. Sila pastikan air sudah mendidih baru letak adunan untuk dikukus. 

kredit: nurul izzah joelati


10 Tempat Menarik Di Ranau Anda Wajib Kunjungi


Assalamualaikum. Aku harap semua baik-baik saja sepanjang PKP ni.

Hari ni aku nak cerita pasal tempat-tempat menarik yang ada kat Ranau. Sebenarnya Ranau ni banyak sangat tempat menariknya. Memang tak cukup sehari kalau nak tengok semua tempat. Hanya lebih kurang dua jam perjalanan kalau dari Kota Kinabalu, kita dah boleh terokai banyak tempat. Ok. Mari tengok antara 10 tempat menarik di Ranau yang anda wajib kunjungi.

1. Desa Cattle Dairy Farm


Kalau pergi Ranau, kebanyakan orang memang tak akan lepaskan peluang untuk pergi tempat ni. Pemandangan hijau dengan baka-baka lembu dari New Zealand dan suhu yang sejuk sudah cukup untuk buat korang rasa macam dekat overseas. Selain dapat tengok lembu, kita boleh melihat sendiri proses pemerahan susu lembu, memberi makanan kepada anak lembu dan kambing dan bermacam aktiviti lagi.

Dan jangan lupa, korang mesti rasa susu segar, aiskrim dan yogurt yang ada kat tempat ni. Sambil-sambil makan, boleh tengok pemandangan cantik dan ambik gambar.

• Alamat: Desa Fairy Farm, Mesilau (https://goo.gl/maps/JK4Rri6DpEFEiDXe9)
• Harga Tiket: Dewasa RM5, Kanak-kanak RM4
• Waktu Operasi: 8am- 5pm

2. Kolam Air Panas Poring


Kolam air panas ni sudah tentu jadi tumpuan utama selain Desa Farm. Cuaca agak sejuk di Ranau jadi boleh mandi air panas di kolam ni. Selain dapat segarkan badan dengan berendam di kolam, boleh lawat tempat lain yang ada kat sini. Contohnya, Butterfly Farm, Canopy Walk, dan boleh tengok waterfall yang ada kat sini. Kalau nak mandi sahaja, mereka juga ada sediakan kolam tertutup untuk mandi kalau lebih suka privasi.

• Alamat: 89300 Ranau, Sabah, Poring Hot Spring (https://g.page/poring-hot-spring-ranau-sabah-?share)
• Harga Tiket: Dewasa RM3, Kanak-kanak RM1
• Waktu Operasi: 7am- 6pm

3. Kundasang War Memorial


Kalau nak tahu, tempat ni dibina untuk mengingati peristiwa sewaktu Perang Dunia Ke-2 iaitu peperangan banduan-banduan Australia, British dan masyarakat tempatan. Kat tempat ni, ada 4 taman berbeza termasuklah Taman Australia, Taman Inggeris, Taman Borneo dan Taman Renungan. Kat tempat ni, korang akan rasa nostalgia dan buat kita bersyukur sebab kita hidup selepas perang selain berpeluang tengok pelbagai jenis tumbuhan dari Sabah.

• Alamat: 90 Km, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300, Ranau (https://goo.gl/maps/fQALv7RfCM8pcgHi9)
• Harga Tiket: Warganegara RM2, Bukan Warganegara RM10
• Waktu Operasi: 8.30am- 5.30pm

4. Arnab Village


Selain tengok lembu, korang berpeluang juga untuk jenguk kampung arnab yang ada kat Ranau ni tau. Arnab-arnab kat tempat ni kebanyakannya jinak jadi korang boleh belai dan bagi makanan. Harga masuk pun berpatutan, dan korang boleh stay selama mana yang korang nak.

• Alamat: Kg Purakagis, Ranau, Sabah (https://g.page/Arnabvillage?share)
• Harga Tiket: Dewasa RM3, Kanak-kanak RM2
• Waktu Operasi: 9am- 5pm


5. Mesilou Cat Village


Kalau korang ni seorang cat lover, korang wajib pergi tempat ni. Tempat ni dekat dengan Desa Cattle Farm, jadi sebelum singgah kat tempat lain, boleh pergi tempat ni dulu. Kat sini, boleh jumpa pelbagai jenis baka kucing yang mungkin tak pernah dilihat. Kalau nak kucing datang dekat, boleh beli makanan yang mereka sediakan kat sana. Selain ambik gambar dengan kucing, korang boleh terokai sekeliling Cat Village yang yang cantik dengan hiasan dan tempat bermain untuk kucing.

• Alamat: Mesilou Cat’s Village, Kampung Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah (https://goo.gl/maps/E8H6ZnVS4Bxsxq2JA)
• Harga Tiket: Dewasa RM4, Kanak-kanak RM3
• Waktu Operasi: 8am- 5pm

6. Rumah Terbalik Tamparuli


Kalau korang nak rasa macam mana berada di dunia yang terbalik, korang mesti singgah kat tempat ni. Kalau pertama kali masuk, mesti akan rasa lain dan takjub pada masa yang sama. Semua yang ada kat rumah ni dalam keadaan Terbalik kecuali badan korang.

• Alamat: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli 89250 (https://goo.gl/maps/UEBHwqGwqk4sT7AT8)
• Harga Tiket: Dewasa RM12.70, Kanak-kanak RM5.30
• Waktu Operasi: 7am- 7pm

7. Puncak Borneo Resort


Tempat ni pun boleh jadi salah satu tempat persinggahan untuk lihat pemandangan Gunung dari kawasan puncak. Kalau dah penat kesana kemari, boleh singgah kat tempat ni kejap dan ambik udara segar sebelum sambung perjalanan lagi.

• Alamat: KM 86.3, Jalan KK-Ranau | Simpang Kg. Bundu Tuhan, Ranau (https://goo.gl/maps/z5vbpng8aM8DdcJW8)

8. Kundasang Mount Valley Recreation


Dekat sini, korang berpeluang untuk buat aktiviti seperti memanah, flying fox dan The B.E Wonderland. Kalau dah sampai sini dan berminat nak buat aktiviti flying fox sepanjang 125 meter ni, korang mesti bawa bersama GoPro untuk ambik video berada di udara. Dekat The B.E Wonderland tu, banyak yang korang boleh nampak, termasuklah Magic Mirror, Sabah Custom, Gallery dan banyak lagi. Jadi kalau dah sampai sini, mesti buat tiga-tiga aktiviti ni.

• Alamat: Kundasang Mount Valley Recreation And Resort, 89300 Kundasang, Sabah (https://goo.gl/maps/DaDXZ9PUD7m3Q9LZA)
• Harga Masuk: RM25
• Waktu Operasi: 8am- 6pm


9. Pekan Ranau


Alang-alang dah singgah Ranau, jadi korang mesti jejakkan kaki kat Pekan Ranau ni. Selalu orang akan singgah pekan ni untuk berehat sebentar selepas jauh perjalanan dari Kota Kinabalu atau dari tempat tinggal. Memang tak menang tangan lebih-lebih lagi kalau bawa budak-budak. Jadi, sebelum teruskan perjalanan, boleh singgah Pekan ni untuk berehat.

• Alamat: Pekan Ranau, Ranau, Sabah (https://goo.gl/maps/tN29b1iTr1Soccd4A )


10. Gerai Sayur Segar Pekan Kundasang


Ada sesetengah orang datang Ranau ni sebab nak beli sayur dan buah-buahan segar. Untuk itu, korang boleh singgah gerai ni sebagai lokasi terakhir sebelum balik ke rumah. Kalau korang berniat nak bermalam kat Ranau, korang boleh juga singgah tempat ni beli sayur-sayuran untuk dimasak masa makan malam. Dengan sayur dan buah yang segar tanpa racun serangga, mesti rugi kalau tak beli!

• Alamat: Gerai Sayur-sayuran, Pekan Kundasang (https://goo.gl/maps/76KhTLXbmpsi6YmP6 )

Baiklah, selesai sudah senarai pendek untuk tempat-tempat menarik di Ranau. Sebenarnya, banyak lagi tempat lain yang tak dimasukkan dalam senarai. Sekarang mungkin perjalanan ke Ranau agak tersekat dengan keadaan PKP yang bersambung-sambung. Mungkin, lepas ni kalau keadaan makin baik, kita boleh jalan-jalan lagi kat Ranau. In Sya Allah..

Copyright © 2020 | All Rights Reserved.
Design by Sii Nurul