Responsive Ad Slot

Jangan Lakukan Kesalahan Ini Semasa Mengisi UPU Online !



Di musim pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi baru saja menerima keputusan, pasti ramai yang bertanya antara satu sama lain tentang keputusan gred masing-masing, kan?

Pasti ramai ibu bapa yang berbangga apabila melihat keputusan anaknya cemerlang, ada yang menerima keputusan yang lulus memuaskan dan malah pasti ada yang kecewa dengan keputusan yang diterima.

Apapun, anda sudah berusaha melakukan yang terbaik. Usah berkecil hati, tiba masanya move on untuk memperbaiki kualiti diri. Mungkin, rezeki anda di luar sana akan menyerlahkan lagi potensi diri anda untuk pergi jauh? Siapa tahu, kan?

Usah bersedih, gagal sekali bukanlah kegagalan selama-lamanya...
Masih ada peluang dan pintu masa depan yang perlu kita teroka.  
Perlu berani mencari potensi diri sendiri.

Serlahkan bakat terpendam anda melalui bidang yang sesuai dengan minat anda.


Tetapi, anda jangan lakukan hal ini semasa mengisi UPU online.
Kebetulan, admin ada menonton sebuah perkongsian daripada Speaker #Syhrmyna melalui sumber youtube ML Studio.

Namun, admin juga sarankan calon banyak baca dan dapatkan bermacam-macam pengalaman daripada saudara, rakan-rakan atau senior anda yang sudah pernah melaluinya. Pasti anda akan mendapat sesuatu tips yang bermanfaat daripada mereka. Jangan malu bertanya. 

"Malu bertanya, sesat jalan," 


BERIKUT BEBERAPA PERKONGSIAN AGAR JANGAN LAKUKAN KESALAHAN INI SEMASA MENGISI UPU ONLINE:  



1. JANGAN PILIH BIDANG YANG TIDAK LAYAK

Elakkan pilih bidang yang tidak sesuai dengan subjek yang anda pelajari. Berkemungkinan anda secara automatik tidak layak, bahkan anda akan menyesal kerana memilih course yang tidak sesuai dengan minat anda. Seboleh-bolehnya senarai panjangkan dahulu bidang yang sesuai dengan keputusan peperiksaan anda. Setelah itu, barulah senarai pendekkan course yang sesuai itu dengan minat anda. Jangan buang masa masukkan bidang yang sama sekali tidak ada kaitan dengan subjek yang anda pelajari di sekolah sebelum ini.

Bagaimana cara untuk pilih program yang sesuai ? Boleh rujuk pada youtube channel Abdul Muiez Ruslee untuk melihat perkongsiannya. Di bawah ini merupakan video perkongsiannya.




2. BORANG UPU TIDAK LENGKAP

Dalam sistem UPU online tersebut, pastikan calon mengisi semua butiran borang UPU secara lengkap mengikut pada data yang sahih. Pihak PM boleh merujuk data yang anda masukkan itu sama ada benar atau palsu. Pastikan semua bahagian diisi, pada bahagian yang dikehendaki. Jangan salah masukkan data maklumat anda.

Untuk tips mohon UPU online dan panduan permohonan, boleh rujuk di sini :

3. MEMOHON UNIVERSITI/KURSUS YANG TIDAK DIMINATI

Ini adalah kesalahan yang paling lazim dilakukan oleh semua pelajar lepasan, memilih kerana risau tidak mendapat apa-apa tawaran daripada insitusi pengajian tinggi. Kononnya, sebagai langkah backup supaya tidak tercicir menerima tawaran pilihan bidang meskipun bukan pilihan utama si calon.

Walaubagaimanapun, calon sebaik-baiknya terlebih dahulu selidik latar belakang universiti dan kursus yang anda pilih itu sebelum memasukkannya dalam senarai permohonan anda. Jangan menyesal di hujung-hujungnya kerana sikap terburu-buru anda dalam membuat keputusan. Ini adalah penentu masa depanmu, adik-adik❤

Anda boleh baca beberapa pengalaman melalui perkongian ini;



4. PELAJAR LUPA KEMASKINI MAKLUMAT

Jika calon diberi masa untuk kemaskini permohonan, pastikan semak semula segala butiran maklumat yang anda isi dengan tepat. Jangan biarkan ada yang tercicir dan tersalah memasukkan data. Periksa berulang kali sebelum menghantar semula maklumat yang telah anda kemaskini.

Untuk memastikan kemaskini permohonan anda melalui prosedur yang betul, anda boleh baca panduan kemaskini melalui perkongsian maklumat di bawah ini:


Untuk versi panduan yang lebih jelas melalui video, anda boleh lawat pada youtube channel Khairul Azwa

Youtube Channel Khairul Azwa






Semoga membantu!
Jangan lupa kongsikan panduan ini kepada rakan taulan, ahli keluarga dan junior anda yang lain.
Semoga adik-adik berjaya memiliki kursus pengajian dan IPTA/IPTS yang sesuai dengan minat anda!
Jangan lupa doa memohon restu permudahkan urusan anda, ya...

3 Resepi Minuman Sejuk Yang Sedap Segarkan Tekak Anda

3 Resepi Minuman Sejuk Yang Sedap Segarkan Tekak Anda

1. Sirap Selasihku Sayang

1. Sirap Selasihku Sayang

Bahan-Bahan
  • Ibu sirap rose secukupnya. Guna yang dah ada gula
  • 1 tin laici
  • Air masak atau air mineral secukupnya
  • 1 1/2 camca besar biji selasih, rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
  • Ais kiub secukupnya
Cara Membuatnya 

1. Masukkan laici bersama airnya ke dalam jug, tuang ibu sirap rose secukupnya, kacau dan tuang air.

2. Masukkan biji selasih tadi, kacau rata dan letak ais kiub, rasa dan jika ok boleh hidangkan. Sedap diminum sejuk.


2. Blue Ocean

Blue Ocean

Bahan-bahan
  • 1 botol kecil minuman soda warna biru ~ air Mountendew
  • 1 sudu besar oren Sunquick
  • Nata de coco secukupnya ~ anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas
  • 1 sudu teh biji selasih ~ rendam dgn air panas hingga kembang
  • air secukupnya
Cara Membuatnya

1. Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas. Kemudian masukkan nata de coco.

2. Tuangkan air soda biru mountendew. Masukkan juga biji selasih dan ketulan air

3. Sedia di hidangkan. Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang, kerana air ini perlu di kacau bila ingin di nikmati.


3. Jus Kedondong Asam Boi


Bahan-Bahan
  • 12 biji buah kedondong
  • 10 biji asam boi jenis putih
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
  • Gula secukup rasa
  • Ais kiub secukupnya
Cara Membuatnya

1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan.

2. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.

3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.

4. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.

5. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.

6. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.Kacau dan biarkan sekejap.

7. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.Sedap diminum sejuk.


Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiMudahSukatanCawan

Resepi Tart Telur Portugis Puff Pastry

Resepi Tart Telur Portugis Puff Pastry

Bahan-Bahan

  • Kulit pratna brand KAWAN (8 keping dapat membuat 12 biji)
  • 75g Whipping cream 
  • 2 Biji Telur
  • 50g Gula pasir
  • 110ml Air panas 
Resepi Tart Telur Portugis Puff Pastry

Cara-Cara Membuatnya 

1. Masukkan air panas dan gula halus dalam bekas, kacau dan sejukkan. Masukkan telur, Whipping cream, kacau rata dan ketepikan. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sejuk selama setengah jam.

2. Keluarkan meringue dari peti sejuk dan biarkan sejuk selama 5 minit.Ratakan menjadi empat segi meringue seperti gambar satu dan gulung.

3. Setelah gulungan pertama digulung, gulung sekali lagi meringue.

4. Potong pastri yang digulung menjadi tiga bahagian.

5. Masukan dalam bekas acuan pastri puff,tekan mengikut acuan.

6. Cucuk beberapa lubang dengan garpu pada bagian bawah pastri tadi. (untuk mengelakkan kuning telur mengembung semasa membakar)...

7. Akhir sekali tutup permukaan pastri. 

Resepi Tart Telur Portugis


8. Kemudian, panaskan Air fryer pada suhu 160c selama 5 minit. Kemudian masukkan tart Portugis dan bakar selama 15 minit. 

Resepi Tart Telur Portugis

9. Selepas 15 minit, sesuaikan suhu hingga 180c, bakar selama 5 minit tambahan, dan biarkan tart Portugis berwarna kegaringan. (Perbezaan suhu setiap oven berbeza, anda boleh menyesuaikannya sendiri).

Siap untuk dihidang. Sedap dimakan panas-panas...selamat mencuba..

Kredit resepi : Elaine Lee

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiMudahSukatanCawan

Klinik Psikiatri : Keselamatan Pesakit dan Petugas

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana situasi sebenar dalam pusat fasiliti psikiatri...

Jangan risau, kawalan dan pemantauan sentiasa dalam kawalan dan perlindungan ketat oleh staff psikiatri.



Mungkin terdapat sensasi dan exaggeration yang dilihat dalam filem dan media tentang suasana di wad atau klinik psikiatri, sebahagian benar dan sebahagiannya fiksyen.



Namun, terdapat beberapa pertimbangan tentang keselamatan petugas dan pesakit yang membezakannya dengan fasiliti kesihatan biasa. Bahkan, ia mungkin berbeza dari satu fasiliti psikiatri dengan fasiliti psikiatri yang lain - mengikut kesesuaian pesakit dan undang-undang setempat.


Terdapat pelbagai diagnosis dan keadaan pesakit di fasiliti pskiatri. Ada yang ringan, bahkan berfungsi seperti wad kesihatan biasa dan ada sebahagian lain dengan kawalan keselamatan yang lebih ketat.

Keselamatan pesakit dan staff sama penting dan amat diberi perhatian.

Pesakit boleh bersikap agresif sama ada kepada diri sendiri, orang sekeliling ( staff dan pelawat ) atau objek sekitar. Kerana itu objek tajam ( terutama besi termasuklah alat tulis ) dan bertali amat terhad bahkan sebolehnya dielakkan.

Sesetengah wad dipasang jeriji besi, bahkan ada yang ditempatkan dalam bilik isolasi berkunci ( atau berpengawal ) bagi mengelakkan pesakit melarikan diri atau agresif.

Sesetengan pintu bilik dan bilik air pula tidak boleh dikunci bagi mengelakkan pesakit mengurung diri dan melakukan hal yang boleh mencederakan diri ( termasuklah membunuh diri ).

Pesakit yang agresif, khayal atau tidak sedarkan diri kadangkala diberi pasungan ( restraint ) sama ada dengan mengikat anggota tertentu pada katil atau dengan memberikan ubat penenang.










Buku ini menceritakan pelbagai pengalaman penderita pesakit mental.
Klik pada pautan di bawah ini untuk mendapatkannya :

Resepi Sambal Berlada Ikan Bilis Sedap Meletop

 

Resepi Sambal Berlada Ikan Bilis Sedap Meletop

Bahan-bahan

  • 300g ikan bilis
  • 20 biji cili padi merah (kisar)
  • 6 batang cili merah besar (kisar)
  • 20 biji bawabg merah (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • Sedikit halia (kisar)
  • Sedikit sos tiram
  • Asam keping


Cara Memasak :

1. Pertama sekali goreng garing ikan bilis. Pastikan kacau dengan kerap.

2. Kemudian, tumis bawang kisar, cili merah kisar sehingga pecah minyak.

3. Masukkan sos tiram, garam, gula perasa dan asam keping.

4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis. Gaul rata dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba~

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiMudahSukatanCawan


Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

Ramai majikan yang mengalami masalah dalam urusan permohonan PSU. 

Ada yang lambat menerima bayaran dan ada sesetengah majikan yang ingin mengemaskini permohonan mereka kerana mungkin ada kesilapan atau majikan tidak memenuhi prosedur dokumen sokongan. 

Jangan risau, majikan, wakil majikan atau yang berkenaan boleh buat aduan dan sekaligus mengemaskini secara lansung kepada pihak PERKSEO menerusi sistem e-Aduan SIP untuk mengetahui status perkembangan permohonan anda.


CARA BUAT ADUAN PSU SECARA ONLINE :

1. Taip aduan Psu online, klik search dan anda akan melihat senarai pautan link yang berkenaan.

Senarai carian yang paling atas adalah link rasmi untuk membuat aduan berkenan PSU. Anda boleh klik pada link “Aduan Permohonan: Welcome”.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

2. Setelah anda memasuki pautan link tersebut, anda secara automatik akan masuk ke laman web aduan tersebut. Di situ, anda perlu klik ke bahagian Program Subsidi Upah.   

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

3. Setelah anda klik pada butang tersebut, anda akan melihat banyak pilihan yang dikehendaki bergantung pada urusan anda. Bagi anda sebagai majikan atau mewakili majikan anda mengurus permohonan PSU sebelum ini, boleh klik pada butang Majikan / Wakil Majikan.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

4. Setelah itu, majikan / wakil majikan dikehendaki mengisi setiap butiran wajib dan dikehendaki. Butiran yang ditandai bintang wajib diisi. Isi pada butiran Nama Pengadu.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

5. Isi pada butiran nombor Nombor Kad Pengenalan.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online
 

6. Isi pada butiran Nombor Telefon

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

7. Isi pada butiran Alamat Emel

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

8. Isi pada butiran Nama Majikan / Syarikat / Organisasi

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

9. Isi pada butiran Kod Majikan

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

10. Isi pada butiran Jenis Aduan, anda boleh pilih pada jenis aduan yang ingin lakukan. Sebagai contoh, admin akan pilih Program Subsidi Upah 3.0 ( PSU 3.0 )


Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

11. Jangan lupa isi pada butiran No Rujukan bagi permohonan yang dinyatakan pada soalan 7, agar memudahkan pihak perkeso membuat rujukan permohonan anda.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

12. Bahagian butiran Isu Aduan, pengadu boleh memilih lebih dari satu kes/isu mengenai masalah pada permohonan anda sebelum ini.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

13. Jika pilihan anda seperti yang dinyatakan pada butiran ini, anda dikehendaki / wajib isi pada butiran ini. Sekiranya tidak, tidak perlu diisi. Pastikan semua butiran yang berkenaan dengan isu aduan anda diisi lengkap dan betul. Pastikan dokumen sokongan yang diperlukan jelas dan sahih.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online


Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

14. Jika anda ingin menyatakan butiran aduan, sila nyatakan dengan terperinci ( nombor 18 ).

15. Bagi butiran nombor 19, jika sebelum ini anda juga pernah buat aduan mengenai permohonan ini, juga perlu nyatakan untuk rujukan pihak Perkeso.

16. Untuk Nombor 20, dokumen sokongan diperlukan sekiranya sebelum ini pihak Perkeso memerlukan butiran syarikat daripada majikan atau juga sebagai bukti lampiran.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

17. Sila Tick pada ruangan segi empat butiran Deklarasi sebagai tanda aduan ini adalah berdasarkan pada maklumat yang benar dan sahih. Wajib ditanda seblum Hantar.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online
 

18. Tekan “Hantar”. Sebelum menekan butiran Hantar, semak semula dan pastikan segala maklumat yang diisi betul dan sahih.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

19. Setelah menekan butiran Hantar, anda akan mendapat notifikasi bahawa aduan anda telah dihantar. 

Berikut adalah bukti bahawa aduan anda telah diterima dan nombor rujukan yang diberi adalah nombor aduan yang perlu anda rujuk untuk mengetahui perkembangan status aduan anda tadi

Sila catat dan simpan Nombor Rujukan tersebut untuk semakan status aduan anda.

Cara Buat Aduan Permohonan Subsidi Upah Secara Online

Anda juga boleh mendapatkan link E-Aduan SIP menerusi laman web Prihatin Perkeso 

Semoga Membantu!

Penyakit Mental OCD ( Obsessive - Compulsive Disorder )

 

Penyakit Mental OCD ( Obsessive - Compulsive Disorder )

Obsessive - Compulsive Disorder ( OCD ) adalah keadaan di mana seseorang merasa desakan atau keperluan untuk melakukan sesuatu berulang kali ( compulsion ) atau pemikiran tertentu yang berulang ( obsession ).

Contohnya, seseorang berasa yang persekitarannya kotor dan ada kuman ( obsesif ) akhirnya terpaksa mencuci tangan dan peralatan berulang kali ( kompulsif ) dan ia berlarutan sehingga berjam-jam dan mengganggu rutin harian penghidapnya.

OCD juga boleh berlaku kepada kanak-kanak seawal usia 7 tahun.

Penyakit Mental OCD ( Obsessive - Compulsive Disorder )




Kitar OCD :
  1. Obsesi : pemikiran / desakan yang tidak diingini
  2. Gelisah / Cemas : tekanan, takut, risau dan jijik berubah jadi desakan.
  3. Kompulsif : perbuatan dilakukan untu melegakan rasa tidak selesa
  4. Kelegaan : hanya sementara, sebelum fikiran berulang


Penyakit Mental OCD ( Obsessive - Compulsive Disorder )

Sub-jenis OCD : 

1.Obsesi pencemaran dan kompulsif dengan pencemaran :

Contohnya, seseorang yang risau akan kekotoran dan kuman lalu terpaksa mencuci tangan dan alatan berulang kali.


2. Obsesi kecederaan dan kompulsif dengan pemeriksaan :

Contohnya, seseorang risau akan keselamatan alatan lalu memeriksanya berulang kali, contoh memeriksa kunci pintu atau berhati-hati menaiki tangga.


3. Obsesi tanpa kompulsif fizikal :

Pemikiran berulang tentang sesuatu yang tidak menyenangkan, contoh, bimbang akan menjadi agresif atau menyerang orang. Juga dalam bentuk seperti mengulang perkataan tertentu, mengira dalam kepala, dan sentiasa berasa cemas.


4. Obsesi simetri dan kompulsif mengenai mengemas, aturan dan menghitung :

Desakan untuk memastikan susunan barangan pada aturan yang tertentu. Contohnya menyusun baju mengikut warna, atau menyusun perabot secara khusus bagi mengelak kemalangan.


5. Hoarding :

Seseorang akan menyimpan sesuatu barang ( kadangkala dalam jumlah banyak ) dan tidak dapat membuangnya walaupun ia tak diperlukan. Kadangkala ia mengganggu ruang tempat tinggal.

Penyakit Mental OCD ( Obsessive - Compulsive Disorder )

Melawan OCD :

Penghidap OCD terperangkap dalam rutin apabila berasa cemas -gelisah-was-was sekiranya tidak melakukan dan lega setelah rutin itu dilakukan ( compulsion ). Sekiranya anda mula berasa terperangkap dengan fikiran dan rutin ini, cuba langkah ini sebelum ia semakin teruk:

  • Fahami tentang fikiran obsesif dan kompulsif, dan betapa ia bukan sesuatu yang normal dan boleh diatasi.
  • Kenalpasti tingkahlaku dan pola tingkahlaku anda yang mungkin petanda kepada obsesif dan kompulsif ini.
  • Akui bahawa ia adalah desakan yang luar kawalan dan tidak rasional.
  • Bertenang dan cuba alihkan perhatian.
  • Sekiranya fikiran dan tabiat itu makin kuat dan mengganggu, dapatkan bantuan daripada pakar segera.

Perfectionist Vs OCD :

Perfectionism atau seseorang yang perfectionist mempunyai personaliti yang tidak suka kepada kekurangan atau kelemahan dalam sesuatu pekerjaan. Bermaksud, seseorang itu akan cuba memastikan sesuatu dilaksanakan sesempurna mungkin.

OCD tidak sama dengan perfectionist. Penghidap OCD kebanyakan melakukan rutin yang melebihi keperluan dan tidak rasional serta ia menyebabkan gangguan kepada penghidapnya seperti sering cemas, murung dan gelisah. Sebaliknya seseorang yang perfectionist melakukan sesuatu yang rasional dan tidak menjejaskan psiko-emosinya sendiri.

Pun begitu, karakter perfectionism merupakan salah satu faktor risiko berlakunya OCD. Bermaksud, jika tidak dikawal dan semakin menjadi-jadi - seorang yang perfectionist berisiko menjadi mengalami OCD.

Sumber Tik Tok Efsan_Channn

Sumber Tik Tok Efsan_Channn


OCD dan Kemurungan :

Pesakit OCD kebiasaannya mengalami pelbagai masalah lain sama ada secara bersama atau kesan daripada rutin mereka. Kemurungan dan anxiety disorder antara yang paling kerap berlaku. Penting untuk pesakit OCD mendapatkan rawatan awal yang sesuai bagi mengelakkan masalah kesihatan mental ini  menjadi sukar dikawal.


Rawatan Pesakit OCD :

1. Psikoterapi

Salah satu bentuk paling utama dalam kes OCD ialah exposure and response prevention ( ERP ) iaitu pendedahan pesakit secara berperingkat dan terkawal kepada perkara yang mencetuskan gejala OCD dan menghalang / melawan desakan kompulsifnya.


2. Medikasi 

Beberapa jenis anti-depressan dan anti-psikotik digunakan dalam rawatan pesakit OCD.


3. Electro-Conclusive Therapy

Digunakan dalam kes yang sukar dirawat.




Buku ini menceritakan pelbagai pengalaman penderita pesakit mental.
Klik pada pautan di bawah ini untuk mendapatkannya :

Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2021

Lembaga Getah Malaysia mempelawa warga negara Malaysia untuk mengisi 23 kekosongan jawatan di jabatan tersebut. Antara jawatan yang ditawarkan adalah:

  • Jurutera
  • Pegawai Tadbir
  • Pegawai Tadbir (undang-undang)
  • Pegawai Tadbir (penguat Kuasa)
  • Pegawai Penyelidik (Lembah Klang)
  • Pegawai Penyelidik (Kuala Terengganu)
  • Penolong Pegawai tadbir
  • Penolong Pegawai teknologi dan Maklumat
  • Penolong Jurutera
  • Penolong Pegawai Keselamatan
  • Penolong Pegawai Penguat Kuasa
  • Penolong Pegawai Tadbir (Pereka)
  • Pegawai Khidmat Pelanggan
  • Pembantu Tadbir (Pereka)
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  • Pembantu Setiausaha Pejabat
  • Penbantu Penyelidik
  • Pembantu Tadbir (Kewangan)
  • Operator Loji
  • Pemandu Kenderaan
  • Pembantu Awam
  • Pengawal Keselamatan
  • Pembantu Operasi
Syarat umum adalah:
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh permohonan
Sebelum memohon, sila rujuk syarat khusus dan kriteria pemohon bagi setiap jawatan:

1. Jurutera
  • Gred: J41
  • Gaji: RM 2,529-RM 9,643
  • Lokasi: Lembah Klang

2. Pegawai Tadbir 
  • Gred: N41
  • Gaji: RM 2,080-RM 9,546
  • Lokasi: Lembah Klang

3. Pegawai Tadbir (Undang-undang)
  • Gred: N41
  • Gaji: RM 2,080-RM 9,546
  • Lokasi: Lembah Klang


4. Pegawai Tadbir (Penguat Kuasa)
  • Gred: N41
  • Gaji: RM 2,080-RM 9,546
  • Lokasi: Lembah Klang

5. Pegawai Penyelidik
  • Gred: Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
  • Gaji: RM 2,315-RM 13,248
  • Lokasi: Lembah Klang 


6. Pegawai penyelidik
  • Gred: Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
  • Gaji: RM 2,315-RM 13,248
  • Lokasi: Kuala Terengganu



7. Penolong Pegawai Tadbir
  • Gred: N36
  • Gaji: RM 3,527-RM 7,506
  • Lokasi: Wilayah Timur

8. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  • Gred: FA29
  • Gaji: RM 1,549-RM 5,684
  • Lokasi: Lembah Klang

9. Penolong Jurutera
  • Gred: JA29
  • Gaji: RM 1,549-RM 5,701
  • Lokasi: Lembah Klang
10. Penolong Pegawai Keselamatan
  • Gred: KP29
  • Gaji: RM 1,493-RM 5,696
  • Lokasi: Lembah Klang

11. Penolong Pegawai Penguat Kuasa
  • Gred: KP29
  • Gaji: RM 1,493-RM 5,696
  • Lokasi: Lembah Klang

12. Penolong Pegawai Tadbir
  • Gred: N29
  • Gaji: RM 1,493-RM 5,672
  • Lokasi: Lembah Klang
13. Pegawai Khidmat Pelanggan 
  • Gred: N19
  • Gaji: RM 1,352-RM 4,003
  • Lokasi: Seremban, Negeri Sembilan
14. Pembantu Tadbir (Pereka)
  • Gred: N19
  • Gaji: RM 1,352-RM 4,003
  • Lokasi: Lembah Klang

15. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  • Gred: N19
  • Gaji: RM 1,352-RM 4,003
  • Lokasi: Pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia
16. Pembantu Setiausaha Pejabat
  • Gred: N19
  • Gaji: RM 1,352-RM 4,003
  • Lokasi: Lembah Klang

17. Pembantu Penyelidik
  • Gred: Q29
  • Gaji: RM 1,355-RM 4,007
  • Lokasi: Pelbagai Lokasi di Semenanjung Malaysia

18. Pembantu Tadbir (Kewangan)
  • Gred: W19
  • Gaji: RM 1,353-RM 4,005
  • Lokasi: Lembah Klang

19. Operator Loji
  • Gred: H11
  • Gaji: RM 1,218-RM 2,939
  • Lokasi: Lembah Klang dan Kota Tinggi, Johor

20. Pemandu Kenderaan 
  • Gred: H11
  • Gaji: RM 1,218-RM 2,939
  • Lokasi: Kota Tinggi, Johor

21. Pembantu Awam
  • Gred: H11
  • Gaji: RM 1,218-RM 2,939
  • Lokasi: Pelbagai Lokasi di Semenanjung Malaysia
22. Pengawal Keselamatan
  • Gred: KP11
  • Gaji: RM 1,205-RM 2,939
  • Lokasi: Kota Tinggi, Johor

23. Pembantu Operasi
  • Gred: N11
  • Gaji: RM 1,218-RM 2,983
  • Lokasi: Lembah Klang dan Kota Tinggi, Johor
Iklan kekosongan jawatan ini telah diiklankan sejak 11 June 2021 yang lalu. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang permohonan yang boleh didapati melalui laman Web rasmi Lembaga Getah Malaysia. Borang permohonan adalah dalam bentuk Google Form. 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 June 2021

Bagi memudahkan permohonan, Link permohonan akan dipisahkan mengikut Gred Jawatan.

1. Gred 41


2. Gred 29:


3. Gred 19


4. Gred 11

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan yang tidak meneri sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak perjaya. 


















 

Copyright © 2020 | All Rights Reserved.
Design by Sii Nurul