Penyakit Mental OCD ( Obsessive - Compulsive Disorder )

 

Penyakit Mental OCD ( Obsessive - Compulsive Disorder )

Obsessive - Compulsive Disorder ( OCD ) adalah keadaan di mana seseorang merasa desakan atau keperluan untuk melakukan sesuatu berulang kali ( compulsion ) atau pemikiran tertentu yang berulang ( obsession ).

Contohnya, seseorang berasa yang persekitarannya kotor dan ada kuman ( obsesif ) akhirnya terpaksa mencuci tangan dan peralatan berulang kali ( kompulsif ) dan ia berlarutan sehingga berjam-jam dan mengganggu rutin harian penghidapnya.

OCD juga boleh berlaku kepada kanak-kanak seawal usia 7 tahun.

Penyakit Mental OCD ( Obsessive - Compulsive Disorder )




Kitar OCD :
  1. Obsesi : pemikiran / desakan yang tidak diingini
  2. Gelisah / Cemas : tekanan, takut, risau dan jijik berubah jadi desakan.
  3. Kompulsif : perbuatan dilakukan untu melegakan rasa tidak selesa
  4. Kelegaan : hanya sementara, sebelum fikiran berulang


Penyakit Mental OCD ( Obsessive - Compulsive Disorder )

Sub-jenis OCD : 

1.Obsesi pencemaran dan kompulsif dengan pencemaran :

Contohnya, seseorang yang risau akan kekotoran dan kuman lalu terpaksa mencuci tangan dan alatan berulang kali.


2. Obsesi kecederaan dan kompulsif dengan pemeriksaan :

Contohnya, seseorang risau akan keselamatan alatan lalu memeriksanya berulang kali, contoh memeriksa kunci pintu atau berhati-hati menaiki tangga.


3. Obsesi tanpa kompulsif fizikal :

Pemikiran berulang tentang sesuatu yang tidak menyenangkan, contoh, bimbang akan menjadi agresif atau menyerang orang. Juga dalam bentuk seperti mengulang perkataan tertentu, mengira dalam kepala, dan sentiasa berasa cemas.


4. Obsesi simetri dan kompulsif mengenai mengemas, aturan dan menghitung :

Desakan untuk memastikan susunan barangan pada aturan yang tertentu. Contohnya menyusun baju mengikut warna, atau menyusun perabot secara khusus bagi mengelak kemalangan.


5. Hoarding :

Seseorang akan menyimpan sesuatu barang ( kadangkala dalam jumlah banyak ) dan tidak dapat membuangnya walaupun ia tak diperlukan. Kadangkala ia mengganggu ruang tempat tinggal.

Penyakit Mental OCD ( Obsessive - Compulsive Disorder )

Melawan OCD :

Penghidap OCD terperangkap dalam rutin apabila berasa cemas -gelisah-was-was sekiranya tidak melakukan dan lega setelah rutin itu dilakukan ( compulsion ). Sekiranya anda mula berasa terperangkap dengan fikiran dan rutin ini, cuba langkah ini sebelum ia semakin teruk:

  • Fahami tentang fikiran obsesif dan kompulsif, dan betapa ia bukan sesuatu yang normal dan boleh diatasi.
  • Kenalpasti tingkahlaku dan pola tingkahlaku anda yang mungkin petanda kepada obsesif dan kompulsif ini.
  • Akui bahawa ia adalah desakan yang luar kawalan dan tidak rasional.
  • Bertenang dan cuba alihkan perhatian.
  • Sekiranya fikiran dan tabiat itu makin kuat dan mengganggu, dapatkan bantuan daripada pakar segera.

Perfectionist Vs OCD :

Perfectionism atau seseorang yang perfectionist mempunyai personaliti yang tidak suka kepada kekurangan atau kelemahan dalam sesuatu pekerjaan. Bermaksud, seseorang itu akan cuba memastikan sesuatu dilaksanakan sesempurna mungkin.

OCD tidak sama dengan perfectionist. Penghidap OCD kebanyakan melakukan rutin yang melebihi keperluan dan tidak rasional serta ia menyebabkan gangguan kepada penghidapnya seperti sering cemas, murung dan gelisah. Sebaliknya seseorang yang perfectionist melakukan sesuatu yang rasional dan tidak menjejaskan psiko-emosinya sendiri.

Pun begitu, karakter perfectionism merupakan salah satu faktor risiko berlakunya OCD. Bermaksud, jika tidak dikawal dan semakin menjadi-jadi - seorang yang perfectionist berisiko menjadi mengalami OCD.

Sumber Tik Tok Efsan_Channn

Sumber Tik Tok Efsan_Channn


OCD dan Kemurungan :

Pesakit OCD kebiasaannya mengalami pelbagai masalah lain sama ada secara bersama atau kesan daripada rutin mereka. Kemurungan dan anxiety disorder antara yang paling kerap berlaku. Penting untuk pesakit OCD mendapatkan rawatan awal yang sesuai bagi mengelakkan masalah kesihatan mental ini  menjadi sukar dikawal.


Rawatan Pesakit OCD :

1. Psikoterapi

Salah satu bentuk paling utama dalam kes OCD ialah exposure and response prevention ( ERP ) iaitu pendedahan pesakit secara berperingkat dan terkawal kepada perkara yang mencetuskan gejala OCD dan menghalang / melawan desakan kompulsifnya.


2. Medikasi 

Beberapa jenis anti-depressan dan anti-psikotik digunakan dalam rawatan pesakit OCD.


3. Electro-Conclusive Therapy

Digunakan dalam kes yang sukar dirawat.




Buku ini menceritakan pelbagai pengalaman penderita pesakit mental.
Klik pada pautan di bawah ini untuk mendapatkannya :

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama