Jangan Lakukan Kesalahan Ini Semasa Mengisi UPU Online !



Di musim pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi baru saja menerima keputusan, pasti ramai yang bertanya antara satu sama lain tentang keputusan gred masing-masing, kan?

Pasti ramai ibu bapa yang berbangga apabila melihat keputusan anaknya cemerlang, ada yang menerima keputusan yang lulus memuaskan dan malah pasti ada yang kecewa dengan keputusan yang diterima.

Apapun, anda sudah berusaha melakukan yang terbaik. Usah berkecil hati, tiba masanya move on untuk memperbaiki kualiti diri. Mungkin, rezeki anda di luar sana akan menyerlahkan lagi potensi diri anda untuk pergi jauh? Siapa tahu, kan?

Usah bersedih, gagal sekali bukanlah kegagalan selama-lamanya...
Masih ada peluang dan pintu masa depan yang perlu kita teroka.  
Perlu berani mencari potensi diri sendiri.

Serlahkan bakat terpendam anda melalui bidang yang sesuai dengan minat anda.


Tetapi, anda jangan lakukan hal ini semasa mengisi UPU online.
Kebetulan, admin ada menonton sebuah perkongsian daripada Speaker #Syhrmyna melalui sumber youtube ML Studio.

Namun, admin juga sarankan calon banyak baca dan dapatkan bermacam-macam pengalaman daripada saudara, rakan-rakan atau senior anda yang sudah pernah melaluinya. Pasti anda akan mendapat sesuatu tips yang bermanfaat daripada mereka. Jangan malu bertanya. 

"Malu bertanya, sesat jalan," 


BERIKUT BEBERAPA PERKONGSIAN AGAR JANGAN LAKUKAN KESALAHAN INI SEMASA MENGISI UPU ONLINE:  



1. JANGAN PILIH BIDANG YANG TIDAK LAYAK

Elakkan pilih bidang yang tidak sesuai dengan subjek yang anda pelajari. Berkemungkinan anda secara automatik tidak layak, bahkan anda akan menyesal kerana memilih course yang tidak sesuai dengan minat anda. Seboleh-bolehnya senarai panjangkan dahulu bidang yang sesuai dengan keputusan peperiksaan anda. Setelah itu, barulah senarai pendekkan course yang sesuai itu dengan minat anda. Jangan buang masa masukkan bidang yang sama sekali tidak ada kaitan dengan subjek yang anda pelajari di sekolah sebelum ini.

Bagaimana cara untuk pilih program yang sesuai ? Boleh rujuk pada youtube channel Abdul Muiez Ruslee untuk melihat perkongsiannya. Di bawah ini merupakan video perkongsiannya.




2. BORANG UPU TIDAK LENGKAP

Dalam sistem UPU online tersebut, pastikan calon mengisi semua butiran borang UPU secara lengkap mengikut pada data yang sahih. Pihak PM boleh merujuk data yang anda masukkan itu sama ada benar atau palsu. Pastikan semua bahagian diisi, pada bahagian yang dikehendaki. Jangan salah masukkan data maklumat anda.

Untuk tips mohon UPU online dan panduan permohonan, boleh rujuk di sini :

3. MEMOHON UNIVERSITI/KURSUS YANG TIDAK DIMINATI

Ini adalah kesalahan yang paling lazim dilakukan oleh semua pelajar lepasan, memilih kerana risau tidak mendapat apa-apa tawaran daripada insitusi pengajian tinggi. Kononnya, sebagai langkah backup supaya tidak tercicir menerima tawaran pilihan bidang meskipun bukan pilihan utama si calon.

Walaubagaimanapun, calon sebaik-baiknya terlebih dahulu selidik latar belakang universiti dan kursus yang anda pilih itu sebelum memasukkannya dalam senarai permohonan anda. Jangan menyesal di hujung-hujungnya kerana sikap terburu-buru anda dalam membuat keputusan. Ini adalah penentu masa depanmu, adik-adik❤

Anda boleh baca beberapa pengalaman melalui perkongian ini;



4. PELAJAR LUPA KEMASKINI MAKLUMAT

Jika calon diberi masa untuk kemaskini permohonan, pastikan semak semula segala butiran maklumat yang anda isi dengan tepat. Jangan biarkan ada yang tercicir dan tersalah memasukkan data. Periksa berulang kali sebelum menghantar semula maklumat yang telah anda kemaskini.

Untuk memastikan kemaskini permohonan anda melalui prosedur yang betul, anda boleh baca panduan kemaskini melalui perkongsian maklumat di bawah ini:


Untuk versi panduan yang lebih jelas melalui video, anda boleh lawat pada youtube channel Khairul Azwa

Youtube Channel Khairul Azwa






Semoga membantu!
Jangan lupa kongsikan panduan ini kepada rakan taulan, ahli keluarga dan junior anda yang lain.
Semoga adik-adik berjaya memiliki kursus pengajian dan IPTA/IPTS yang sesuai dengan minat anda!
Jangan lupa doa memohon restu permudahkan urusan anda, ya...

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama