3 Resepi Minuman Sejuk Yang Sedap Segarkan Tekak Anda

3 Resepi Minuman Sejuk Yang Sedap Segarkan Tekak Anda

1. Sirap Selasihku Sayang

1. Sirap Selasihku Sayang

Bahan-Bahan
  • Ibu sirap rose secukupnya. Guna yang dah ada gula
  • 1 tin laici
  • Air masak atau air mineral secukupnya
  • 1 1/2 camca besar biji selasih, rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
  • Ais kiub secukupnya
Cara Membuatnya 

1. Masukkan laici bersama airnya ke dalam jug, tuang ibu sirap rose secukupnya, kacau dan tuang air.

2. Masukkan biji selasih tadi, kacau rata dan letak ais kiub, rasa dan jika ok boleh hidangkan. Sedap diminum sejuk.


2. Blue Ocean

Blue Ocean

Bahan-bahan
  • 1 botol kecil minuman soda warna biru ~ air Mountendew
  • 1 sudu besar oren Sunquick
  • Nata de coco secukupnya ~ anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas
  • 1 sudu teh biji selasih ~ rendam dgn air panas hingga kembang
  • air secukupnya
Cara Membuatnya

1. Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas. Kemudian masukkan nata de coco.

2. Tuangkan air soda biru mountendew. Masukkan juga biji selasih dan ketulan air

3. Sedia di hidangkan. Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang, kerana air ini perlu di kacau bila ingin di nikmati.


3. Jus Kedondong Asam Boi


Bahan-Bahan
  • 12 biji buah kedondong
  • 10 biji asam boi jenis putih
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
  • Gula secukup rasa
  • Ais kiub secukupnya
Cara Membuatnya

1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan.

2. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.

3. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.

4. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.

5. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.

6. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.Kacau dan biarkan sekejap.

7. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.Sedap diminum sejuk.


Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiMudahSukatanCawan

Post a Comment

0 Comments