Responsive Ad Slot

SITUASI SEMASA KLUSTER COVID-19 DALAM SEKTOR PENDIDIKAN




Sesi persekolahan di Malaysia telah bermula pada 9 dan 10 Januari 2022. Susulan itu, terdapat peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan pelajar dan warga pendidikan berikutan peningkatan risiko penularan COVID-19 semasa perkumpulan ramai berlaku. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kejadian kluster COVID-19 dalam sektor pendidikan sehingga 25 Januari 2022 (setakat jam 12:00 tengah hari). 

Bermula 1 Januari 2022 sehingga 25 Januari 2022, terdapat sebanyak 107 kluster COVID-19 dalam kategori pendidikan yang telah melibatkan 4,633 kes. Peningkatan ketara dicatatkan selepas pembukaan sesi persekolahan pada tahun 2022 berbanding sesi persekolahan pada tahun 2021. 

Pada Minggu Epidemiologi (ME) 1 tahun 2022, hanya terdapat tiga (3) kluster pendidikan direkodkan. Namun kenaikan kluster dilihat pada permulaan sesi sekolah pada ME ke-2 di mana 15 kluster telah direkodkan dan peningkatan sebanyak 313% pada ME ke-3. Pada ME ke-4, sehingga 25 Januari 2022, sebanyak 26 lagi kluster pendidikan telah dilaporkan.

Secara keseluruhan, daripada 107 kluster pendidikan, kategori institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyumbang bilangan tertinggi iaitu sebanyak 56 kluster (52.3%) diikuti oleh kategori pendidikan lain (24.3%), kategori pendidikan tinggi (20.6%), dan institusi pendidikan swasta berdaftar KPM (2.8%). Perincian kategori kluster pendidikan adalah seperti di Gambarajah 1.

Daripada 4,633 keseluruhan kes kluster pendidikan, sebanyak 4,092 kes (88.3%) telah lengkap menerima vaksin COVID-19 dan 112 kes (2.4%) pula telah menerima dos penggalak. Majoriti kes yang dilaporkan hanya bergejala ringan (kategori 1 dan 2) iaitu 99.7% (4,621 kes), manakala hanya 0.2% (12 kes) lagi adalah terdiri daripada kategori 3 dan 4 (rujuk Graf 2). Kesemua 12 kes tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di fasiliti kesihatan.

Berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ke atas kes dan kluster yang dilaporkan, kejadian ini berpunca daripada:

• Ketidakpatuhan SOP warga institusi pendidikan semasa di sekolah dan di luar waktu persekolahan formal terutamanya apabila berada di asrama;

• Individu bergejala lewat dikesan dan masih lagi hadir ke kelas;

• Murid yang dikuarantin di sekolah tidak mematuhi arahan dan prosedur kuarantin;

• Ruangan tumpuan ramai tidak dilakukan pembersihan dan disinfeksi secara berkala; dan

• Sistem pengudaraan yang kurang memuaskan di kelas dan asrama.




KKM telah menggariskan beberapa garis panduan saringan COVID-19 bagi sektor pendidikan dalam Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan. Sekolah rendah dan prasekolah pelbagai agensi perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan RTK-Ag ke atas 10% daripada kohort murid yang hadir ke sekolah pada setiap minggu. Pengujian perlu dipantau oleh pihak sekolah dan PKD. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengesan awal kes COVID-19 dalam kalangan murid sekolah.

Laporan ujian pengesanan kohort 10% yang disediakan oleh KPM adalah seperti di jadual berwarna kuning yang dilampirkan.

Melihat kepada peningkatan kes dan kluster sektor pendidikan, satu mesyuarat khas KKM bersama dengan KPM, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diadakan pada 22 Januari 2022.

Antara cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan warga pendidikan ialah:

1) Pihak sekolah dinasihatkan untuk mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM;

2) Melakukan penilaian risiko dengan segera supaya pelajar yang dijangkiti COVID-19 dapat diasingkan dan tindakan segera dapat dilakukan ke atas kontak rapat;

3) Pelajar perlu segera membuat laporan kepada guru, warden atau wakil pelajar, walaupun bergejala ringan seperti selesema;

4) Pihak pengurusan institusi perlu menyediakan ruang yang bersesuaian bagi pengasingan kes COVID-19 dan kontak rapat;

5) Individu yang layak untuk menerima vaksin COVID-19 dan dos penggalak adalah digalakkan untuk berbuat demikian; 

6) Ibu bapa juga diingatkan untuk memainkan peranan dalam memastikan hanya anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah;

7) Memastikan semua warga pendidikan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM sepanjang masa;

8 ) Pembersihan dan disinfeksi perlu kerap dilakukan terutama di permukaan yang kerap disentuh;

9) Memastikan ventilasi di kelas, bilik asrama dan ruang-ruang tertutup dalam keadaan yang baik bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19; dan 

10) Keputusan ujian kendiri COVID-19 yang dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan ibu bapa atau penjaga di rumah perlu dilaporkan kepada pihak sekolah.




10 cecair yang keluar daripada faraj wanita

Perkongsian daripada Ustaz Abdullah Hussin, tentang 10 cecair yang keluar daripada faraj wanita. Semoga bermanfaat~

Setiap satu berlainan hukum dari sudut najis dan hadas besar atau hadas kecil.

10 cecair yang keluar daripada faraj wanita

1. Air kencing

Ia adalah cecair sisa perkumuhan. Ianya adalah najis dan tidak sah solat jika ada air kencing di badan, pakaian atau tempat. 

Hukum : Keluar air kencing menyebabkan hadas kecil dan ianya adalah najis.

2. Air Mazi

Ianya adalah cecair yang keluar ketika berhubungan intim dan ketika syahwat diransang.

Hukumnya adalah seperti air kencing.

3. Air Wadi

Ianya adalah cecair yang keluar setelah melakukan kerja berat atau mengangkat sesuatu yang berat. Tidak semua wanita akan mengalaminya, boleh jadi seseorang itu tidak pernah keluar air wadi sepanjang hidupnya.

Hukumnya adalah seperti air kencing.

4. Air Mani

Ianya adalah cecair yang keluar ketika mencapai klimaks syahwat. Ianya berlaku pada lelaki dan wanita. Ianya adalah suci dan tidak najis.

Jika air mani najis, maka anak Adam berasal daripada najis.

Hukum : Keluar mani menyebabkan hadas besar dan mewajibkan mandi sebelum solat.

5. Keputihan

Ianya adalah cecair berwarna putih atau sedikit kekuningan. 

Namun perlu berhati-hati, jika cecair warna kuning keluar dihujung waktu haid, maka ianya dikira sebagai darah haid selama mana masih dalam lingkungan sebanyak-banyak haid lima belas hari.

6. Haid

Darah tabiat yang keluar daripada atas rahim wanita diatas jalan sihat pada waktu yang tertentu. Haid disebut sebagai hadas akbar (paling besar).

Ini kerana apabila seseorang wanita keluar haid, maka diharamkan baginya wudhu dan mandi wajib. Adapun mandi sunat harus sahaja.

Sekurang-kurang darah haid adalah sehari semalam.

Kebiasaan haid enam atau tujuh hari.

Sebanyak-banyak haid adalah lima belas hari lima belas malam.

Semua perkara yang diharamkan kepada orang berhadas kecil dan besar diharamkan kepada orang haid. Bahkan diharamkan juga bagi suami menceraikan isterinya di dalam haid.

7. Nifas

Ia adalah darah yang keluar selepas kosong rahim daripada janin atau awal penciptaan anak Adam.

Adakah orang yang keguguran keluar Darah Nifas?

Ya. Darah yang keluar selepas keguguran adalah dikira darah Nifas juga.

8. Istihadhah

Ianya adalah darah yang keluar daripada faraj wanita yang mana ianya bukan Haid dan bukan Nifas. 

Darah istihadhah ialah darah penyakit yang keluar daripada azal (hujung urat) yang berada di bawah rahim selepas tempoh sebanyak-banyak haid dan selepas tempoh sebanyak-banyak nifas, sama ada keluarnya istihadhah itu mengiringi kesan (bekas) darah haid atau tidak mengiringi darah haid. 

9. Darah Fasad

Darah yang keluar daripada kemaluan kanak-kanak yang belum sampai umur Haid iaitu Sembilan Tahun Qamariah Taqribiyyah.

Sebahagian ulamak mengatakan itu adalah darah Istihadhah. Syeikh Ibnu Hajar mengatakan ianya adalah khilaf lafaz sahaja.

10. Darah Talak

Iaitu darah yang keluar sebelum daripada beranak. Hukumnya adalah najis dan tidak mewajibkan mandi.

Persoalan.

Jika seseorang beranak tetapi tidak keluar darah. Adakah dia perlu mandi wajib sebelum solat?

Ya. Dia perlu mandi wajib sebelum solat kerana beranak adalah sebab kepada hadas besar. Jika tidak keluar darah, maka dia dikira tiada darah Nifas tetapi tetap wajib mandi kerana beranak.

Wallahu a’lam.


Bachelor of Manufacturing Engineering: Apakah subjek yang akan dipelajari? (UniMAP)

Wujudnya bidang kejuruteraan di dunia ini adalah supaya hidup manusia bertambah selesa dan mungkin bertambah malas. Hehe.


Siapa-siapa ada tengok kdrama tajuknya 'Arthdal Chronicles', ada digambarkan situ perkembangan teknologi manusia. Daripada takde pedang kepada ada. 

Daripada jalan kaki kepada pakai kuda. Sangat menarik cerita kdrama ini di mana bijaknya penulis menggambarkan bagaimana seiring bertambah majunya teknologi, maka bertambah juga ketamakan manusia. Recommended untuk korang tengok!


Manufacturing Engineering pula merupakan salah satu  anak kepada bidang kejuruteraan. Fokusnya kepada pembinaan, operasi dan design sesuatu mesin. 

Contohya, sekarang ada teknologi  baju yang kalis air dan kalis bau. Ada lagi sekarang teknolgi Artificial Intelligent(AI) sangat famous dan akan bertambah-tambah famous

Contoh AI macam dalam kdrama Start-up ada satu robot tu hero pakai untuk tafsir perasaan dia dengan perempuan yang dia suka. Like wow! Advance-nya teknologi. 

Naa, kerja-kerja buat mesin tu merupakan kerja-kerja manufacturing engineeringSeronok kan ? 


Kurikulum Ijazah Manufacturing Engineering di UniMAP ini direka untuk menyeimbangkan teknikal dan pengurusan. 

In short, kau akan belajar both teknikal and management. So, subjek-subjek pun ada kira-kira dan ada teori. Selama 4 tahun. 




Antara subjek yang memang wajib ambil:

Semester 1:
  • Engineering Drawing
  • Computer Programming
  • Engineering Mathematics I
  • Materials

Semester 2:
  • Electrical Technology
  • Statics
  • Manufacturing Process
  • Engineering Mathematics II
  • Introduction to Philosophy
 
Semester 3:
  • Solid Mechanics I
  • Dynamics
  • Electronics
  • Manufacturing Process II
  • Engineering Mathematics III 

Semester 4:
  • Fluid Mechanics I
  • Thermodynamics
  • Industrial Engineering
  • Engineering Statistics
  • Engineering Entrepreneurship
 
Semester 5:
  • Applied Thermodynamics
  • Solid Mechanics ll
  • Automation & Robotics 
  • Metrology & Quality Control
  • Advanced Manufacturing Technology
  • Finite Element Analysis
 
Semester 6:
  • Vibration and Mechanics of Machines
  • Machine Components Design
  • Design for Manufacture
  • Instrumentation and Control
  • Heat Transfer 

Semester 7:
  • Mechanical System Design
  • Manufacturing Integrated Project
  • Lean Manufacturing
  • Production Planning and Control
  • Management for Engineers

Semester 8:
  • Tools and Die Design
  • Operational Research


Sebagai konklusi, InshaaAllah sekiranya adik-adik minat sambung ijazah manufacturing engineering di UniMAP adik-adik boleh layari laman web rasmi UniMAP. Lastly, nak korang fikir, adakah dengan semua kemajuan teknologi sekarang orang akan bertambah rajin atau malas?

Semoga bermanfaat!


Subjek Yang Dipelajari Dalam Perniagaan Antarabangasa di UniMAP

 

Ada yang berminat nak menyambung ijazah dalam Perniagaan Antarabangsa? 

Boleh ikuti entry di bawah. Selamat membaca dan semoga bermanfaat!


Dalam cerita kali ini saya ingin berkongsi subjek-subjek yang dipelajari ketika menyambung Ijazah Perniagaan major in Perniagaan Antarabangsa di Universiti Malaysia Perlis(UniMAP). 


Sebenarnya ijazah ini agak popular dalam Malaysia. Banyak universiti tempatan mahupun antarabangsa yang menawarkan ijazah dalam Perniagaan Antarabangsa. Bezanya mungkin pada sukatan pelajaran dan di negeri mana anda belajar. 


Kalau macam saya direzekikan belajar di negeri paling hujung di Malaysia iaitu Perlis. Saya ada ceritakan tentang uniknya dan bestnya belajar di Perlis dalam entry saya yang sebelum ini. Anda boleh baca dari sana and I hope you enjoy it!


Sumber: School of Business Innovation and Technopreneurship

Apa yang menariknya tentang ijazah ini adalah anda akan banyak belajar perniagaan secara global dari segi undang-undang, transaksi, marketing dan relationship


Kurikulum ijazah ini meliputi subjek-subjek seperti pengurusan hartanah dan kepimpinan dalam organisasi moden, kepentingan komunikasi, perkembangan strategi pemasaran di peringkat global dan pengurusan kewangan antarabangsa. 


Jadi, kita boleh simpulkan ijazah ini seolah-olah meletakkan anda di dunia global bukan hanya tempatan sahaja. Pandangan anda tentang dunia bisnes akan semakin berkembang kerana ijazah ini membawa anda ke peringkat antarabangsa.


InshaaAllah suatu hari nanti anda berbisnes biar internationally berkat ilmu yang anda pelajari dalam ijazah ini.


Sumber: Buku Panduan Akademik Sidang Program Sarjana Muda Sidang Akademik 2019/2020

Sukatan pelajaran terbahagi kepada dua kategori iaitu subjek teras dan subjek elective. Subjek teras merupakan subjek yang wajib anda ambil. Manakala subjek elective pula merupakan subjek yang membolehkan anda memilih  subjek yang anda rasa mudah dan anda minat.  


Contoh kalau foreign language boleh pilih nak belajar bahasa apa. Kalau macam saya pilih bahasa Arab sebab saya minat. 


Antara subjek-subjek yang dipelajari adalah:


Semester 1: 

  • Business Economics
  • Principles of Accounting 
  • Principles of Management 
  • Principles of Entrepreneurship
  • Business Quantitative Analysis

Semester 2: 

  • Business Law & Ethics
  • Principles of Marketing
  • Management Information System
  • Organizational Behavior
  • Business Franchising and Licensing
  • Introduction to Philosophy 

Semester 3:

  • Principles of Finance
  • Human Resource Management
  • International Business Management
  • Business Communication
  • Digital Business
  • Time Management

Semester 4:

  • Operations Management
  • Managerial Accounting
  • Research Methodology
  • International Economics

Semester 5:

  • International Finance
  • International Human Resource Management
  • International Marketing
  • Leadership in Organization

Semester 6:

  • Strategic Management
  • Export Import Management
  • Cross-Cultural Management
  • Global Economics Issues 


InshaaAllah sekiranya anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang ijazah ini boleh layari laman web rasmi School Of Business UniMAP .


Semoga bermanfaat!


Pengalaman Sambung Ijazah di UniMAP (Universiti Malaysia Perlis)

1 ulasan 1


Gambar dari dalam Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP


Kehidupan selepas SPM adalah langkah pertama dalam kita nak membentuk masa depan. Kita nak jadi apa? Kita nak capai apa dalam hidup? Waktu inilah kita kena bijak dalam membuat keputusan. Sebab selepas SPM kita ada empat pilihan. 


Pertama, nak sambung belajar di matrikulasi. Kedua sambung belajar STPM. Ketiga, sambung belajar diploma. Yang terakhir bekerja dan berhenti belajar. Tak kisahlah kita nak pilih mana satu sebab hanya diri kita kenal diri dan kemampuan masing-masing. 


Dalam kisah hidup saya, saya memilih untuk sambung matrikulasi sebab nak singkatkan masa belajar. Setahun matriklulasi boleh sambung ijazah terus. Sudah bergraduat di matrikulasi saya sambung belajar di UniMAP. Nama panjang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)


Ramai orang dengar je nama UniMAP akan salah faham dengan UMP, Universiti Malaysia Pahang. So as an alumni UniMAP, setiap kali orang tanya wajib bagi tahu nama penuh UniMAP. Haa baru orang tahu dan kenal UniMAP adalah universiti awam di Perlis.


Kenapa sambung ijazah di UniMAP?

Sesungguhnya, semuanya telah ditakdirkan. Waktu saya isi UPU, saya pilih nama course yang saya minat. Tak teliti pun nama universiti waktu itu. Dipendekkan cerita saya dapat tawaran sambung ijazah di UniMAP. 


Dah dapat tu apa lagi saya pun terus kaji pasal UniMAP dan macam mana nak get there. Panjang perjalanan nak kena UniMAP ni. Sebab saya fly dari Sabah. 


Kena naik flight dan naik bas. Banyak pilihan sebenarnya kalau nak pergi UniMAP. Ikutlah bajet masing-masing. 


Fly ke Unimap adalah kali pertama saya naik aeroplane. Haha. So agak excited dan pada masa yang sama ada rasa takut sebab naik flight sorang-sorang. Dahlah first time naik flight kan. Faham-fahamlah kalian. Haha


Apa kelebihan belajar di UniMAP?

Banyak kelebihan belajar di UniMAP terutamanya bagi mereka yang nak sambung dalam bidang kejuruteraan. Sebab UniMAP adalah universiti kejuruteraan. 


Yang mana sebelum nama ditukar jadi UniMAP, nama asal adalah Kolej Kejuruteraan. Ada juga bidang bisnes tapi ada dua course je iaitu Perniagaan Antarabangsa dan Keusahawanan Kejuruteraan.


1. UniMAP adalah universiti awam paling unik.

Sebab UniMAP meliputi seluruh Perlis di Kangar, Pauh, dan Sg Chuchu. Kalau buat tour UniMAP, start dari Kangar ke Sg Chuchu lengkap pusing satu Perlis. Haha. 


Ingat lagi masa awal-awal datang UniMAP, saya dengan pelajar lain diambil di airport Alor Setar. So saya dari Sabah kena naik dua flight masa tu. 


Flight pertama dari Kota Kinabalu ke KL kemudian flight dari KL ke Kedah. Dari airport Kedah diambil oleh kakak abang UniMAP by bas. 


Memang tour habis satu Perlis. Sebab kakak-kakak faci stay kat kangar sekali saya pun duduk asrama di Kangar. Jadi mulalah hantar pelajar Pauh, lepastu pelajar Sg Chuchu dan last sekali saya dan beberapa pelajar lain di Kangar. 


Alhamdulillah, memang semuanya dipermudahkan ada kakak abang yang baik hati.

 

2. Yuran pengajian yang murah

Saya ada buat kajian tentang yuran pengajian setiap universiti di Malaysia. UniMAP adalah antara universiti yang yuran pengajiannya murah. Kalau bidang kejuruteraan yuran RM1400+. Bidang bisnes RM1200+. 


Asrama, bil api air dan pengangkutan semua dah termasuk dalam yuran. Memang murah. Ada tanya beberapa student UM,  yang mereka kalau nak duduk asrama kena aktif program. 


Kalau tak, tak boleh duduk asrama dan kena duduk luar. Duduk luar satu masalah juga kena sewa rumah kat luar yang jauh lagi mahal daripada duduk asrama. 


Pengangkutan pula sendiri. Banyak kepayahan dan kos yang perlu difikirkan.


3. Kos Living Sepanjang belajar

Yang ni memang part paling best. Sebab makanan, minuman, rumah, barang-barang, pakaian dan semualah memang murah. Memang kalau yang jenis suka shopping, suka makan sesuailah sambung belajar di UniMAP. Ada nasi bujang RM2.50. Nasi Janda RM3.00. 


Char Kueh Teow sebelah KWSP RM5. Kalau nak dibandingkan dekat Sabah, makanan di Perlis jauh murahnya. Sebab tu bila balik Sabah, bila makan kat luar memang cultural shock sebab makanan mahal. Haha.


4. Environment study di UniMAP

Environment study di UniMAP memang awesome sangat. Lagi-lagi pelajar Pauh. Ada library besar. Dewan kuliah yang besar. Makmal pun cantik. Memang awesome. 


Bagi mereka yang study kat Kangar pula ada library pun besar juga. Terletak dalam bangunan KWSP. Luar KWSP tu pula ada macam-macam kedai. Depan KWSP ada Tealive. Situ banyak student melepak. 


Tambahan lagi KWSP tempat menunggu bas. Ada juga kat situ char kueh teow. Memang sedap dan murah. Hehe. Semua kedai kat Kangar dekat-dekat. Jalan kaki je. 


Nak masuk kedai makan, barber shop, bookstore, kedai kasut, kedai baju , Poslaju dan supermarket satu-satunya di Kangar The Store boleh jalan kaki je. 


Jimat minyak kereta, boleh kuruskan badan, kuatkan stamina dan jantung pun lebih sihat banyak kolestrol dibakar. Susah nak dapat kenikmatan mudah yang disediakan bila belajar di UniMAP. 


Satu lagi unik bila belajar di UniMAP, Perlis tiada wayang. Kalau nak tengok wayang kena pergi Aman Sentral, Alor Setar. Banyak student sewa kereta untuk pergi mana-mana. Pun murah juga biasa harga student.


Part paling best, banyak pengajian kuliah agama di Perlis. UniMAP sendiri banyak anjurkan daurah kitab. Dalam sibuk menuntut ilmu kejuruteraan, ilmu agama pun penting. 


Sebab dengan ilmu agama kita jelas dengan tujuan hidup kita sebagai hamba ALLAH. Bukan hanya semata-mata menuntut ilmu hanya kerana nak dapat kerja yang bagus. Tapi sebab lillahi taala. Hanya kerana ALLAH semata.


Kedamaian yang ada kat Perlis adalah banyak kehijauannya. Sawah yang sangat luas dan berangin. Waktu petang banyak student jogging tepi sawah. Udara segar dan pemandangan hijau. Sangat damai dan  tenang. Bila rasa stress study bolehlah pergi jalan-jalan tepi sawah. 


Boleh tenangkan fikiran dan jiwa. Serabut hilang. Nature can cure your heart naturally. Kerana setiap makhluk ALLAH itu bertasbih kepada ALLAH dengan cara masing-masing.


 

5. Banyak Tempat Menarik Untuk Melancong

Bagi mereka yang hometown jauh macam saya susahlah nak balik kampung. Time cuti mid semester, memang akan pergi melancong dengan kawan-kawan. Di perlis, boleh pergi Thailand. Boleh juga pergi Langkawi. Memang dekat je. Kos pun murah. 


Even dalam Perlis pun banyak tempat. Ada Gua Kelam, Tasik Melati, Taman Negeri Perlis, Masjid Al Husain dan banyak lagi. 


Di Padang Besar, sempadan Thailand-Perlis ada satu tempat menjual banyak pakaian murah. Di situ banyak penjual dari Siam. Barang-barang pun banyak dari Siam. Di Kuala Perlis, ada feri nak pergi Langkawi. Kos RM18 seorang dewasa. 


Kanak-kanak dalam range RM10 - RM15. Dan di Kuala Perlis ada satu kedai depan jeti menjual laksa. Laksa dia memang sangat sedap, original dan famous. Sold out je hari-hari. 


Nama kedai tak ingat. Pernah beberapa kali makan laksa kat situ. In short, banyak tempat menarik di Perlis. Pandai-pandailah hampa explore. Hehe.


Kesimpulannya, sambunglah di UniMAP. Banyak pengalaman akan anda tempuh. Belajar itu sendiri adalah satu perjuangan. 


Pada adik-adik yang nak sambung belajar di UniMAP, totally recommended. Satu ayat nak simpulkan bila belajar di UniMAP. Belajar di UniMAP memang awesome!


 

RESEPI SOTO SEDAP DAN MENGENYANGKAN

RESEPI KUAH SOTO :

( Resepi untuk 2 liter air/ 6 orang makan )


BAHAN - BAHAN :

Lengkuas 1 inci

Halia 1 inci

Bawang merah besar 4 biji ( memang kalau banyak lagilah sedap )

Bawang putih 1 ulas

Buah keras 1 biji

( Blend semua bahan di atas )

Ayam potong besar sebab nak carikkan nanti

Serai 2 batang ( ketuk )

Minyak untuk menumis

Serbuk sup adabi ( kalau sepeket kecik tu guna separuh )

Serbuk kurma adabi ( guna separuh juga )

Kiub ayam 1

Akar daun sup ( potong dan cuci bersih )

Air 2 liter/sejug

( atau kalau tak nak guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kadang guna rempah soto je boleh dapatkan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Itu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-mata. )



CARA - CARA MEMASAKNYA :

Tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak/sedikit garing. Supaya semua bawang tidak rasa mentah di kuah nanti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.

Masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.

Masukkan ayam. Agak - agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air.

Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan ( untuk dicari nanti )


Siap !


Resepi Begedil Kentang :

Ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.

Lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

Telur 1 biji.

Lada sulah

Garam secukup rasa

*Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

*Cara goreng bergedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh bergedil saja. Jangan penuh. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balikkan selagi yang sebelah kena minyak itu tidak garing/kekuningan. Sudah garing baru balikkan. Kalau balikkan awal memang pecah.




Kredit : Fara Lome

Copyright © 2020 | All Rights Reserved.
Design by Sii Nurul