Responsive Ad Slot

Hari Kebangsaan Malaysia | Sambutan Hari Kemerdekaan

Hari Kebangsaan Malaysia | Sambutan Hari Kemerdekaan

Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. 

Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Sejarah

Penubuhan Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara/Sabah, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. 

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak.

Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.

Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. 

Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia.

Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.

acara-perarakan-hari-kebangsaan-2022

Sumber : hmetro

Acara perarakan Hari Kebangsaan 

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini diraikan dalam skala besar dan disambut meriah di Dataran Merdeka oleh Keluarga Malaysia yang menunjukkan semangat perpaduan serta cintakan negara.

Dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama', pelbagai unsur unik ditonjolkan dalam acara perbarisan sambutan terbabit.

Buat julung kalinya, orang ramai menyaksikan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menaiki kereta berkuda Diraja ke Dataran Merdeka.

Sambutan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; barisan Menteri Kabinet; pegawai kanan kerajaan serta pemimpin parti politik.

Antara yang menarik perhatian ramai dalam sambutan kali ini adalah perarakan 30 kenderaan klasik bersama karyawan seni dan 65 motosikal berkuasa tinggi daripada Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia.

Segmen perarakan diteruskan dengan lintasan kontinjen membabitkan komuniti besar Keluarga Malaysia seperti Orang Asli, cef, selebriti, wira wirawati negara yang memenangi pingat di temasya suka antarabangsa serta petugas barisan hadapan menangani pandemik Covid-19.

Perarakan masuk barisan pelakon Mat Kilau menerima sorakan gemuruh daripada orang ramai yang meminati filem terbaharu kebangkitan pahlawan itu.

Seramai lebih 20,000 peserta, 369 aset darat dan 68 aset udara dari pelbagai pihak serta 76 haiwan terbabit dalam acara perbarisan dan perarakan pada sambutan kali ini.


Sumber : hmetro

Jawatan Kosong Pegawai Penjara Gred KA19, Jabatan Penjara Malaysia

jawatan kosong pegawai penjara

Jawatan Kosong Pegawai Penjara Gred KA19, Jabatan Penjara Malaysia

Kekosongan : 331 
Simpanan : 500

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Penjara Malaysia

1. JADUAL GAJI  
  • Gaji Minimum : RM1,360.00
  • Gaji Maksimum : RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

2. SYARAT LANTIKAN  

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
 
a. warganegara Malaysia; dan  
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,360.00)

  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,418.12)

  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KA19: RM1,476.24)
 
 c. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:  
  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU  

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
   
4. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab mengawal banduan (orang tahanan/juvana) melibatkan keselamatan fizikal dan pengurusan termasuk tugas-tugas pemulihan dan kawalan semasa banduan menjalani rawatan di hospital atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.  
   
5. SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan atau mengemaskini permohonan secara dalam talian di Portal rasmi SPA9. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 11 September 2022 ( AHAD ) Jam 11.59 malam






Maxim Malaysia Berkongsi Peluang Dengan Melancarkan 0% Komisen dan Pembelian Shif di Sabah

Maxim Malaysia mengumumkan berita baik untuk pemandu di negeri Sabah iaitu Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu di mana Maxim melancarkan pembelian syif. 

Ianya memberi peluang kepada pemandu untuk mendapatkan profit yang lebih tinggi melalui aplikasi Maxim Malaysia, dimana Maxim membenarkan pemandu untuk membeli syif dengan harga yang rendah.

maxim malaysia

Pembelian syif ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

  • 6 jam - RM4
  • 12 jam - RM7
  • 24 jam - RM12

Peluang ini hanya diberikan kepada pemandu yang mempunyai pelekat kenderaan Maxim Malaysia sahaja, bagi yang belum mempunyai pelekat kenderaan anda boleh hubungi pihak Maxim di talian untuk membuat temu janji bagi pemasangan. 

Pemandu boleh membeli syif melalui aplikasi taxsee dibahagian wang, dan buat pembayaran melalui akaun peribadi. Setelah membuat pembayaran, pemandu boleh nikmati 0% potongan komisen dengan tempoh jam yang dibeli. Tiada limit khas untuk pemandu, hanya perlu membeli syif di aplikasi dan boleh meneruskan perjalanan dengan kadar keuntungan yang tinggi.

Maxim Malaysia ingin memberi peluang kepada pemandu dengan menjalankan kempen ini, pihak kami percaya bahawa dengan rezeki yang dikongsi akan memberikan keberkatan kepada orang ramai. 

Maxim juga menawarkan peluang keemasan kepada pemandu yang ingin menyertai kami, ianya tertakluk pada tarif dan terma. Perkhidmatan dengan Maxim Malaysia boleh dilakukan secara utama ataupun sambilan bagi mengisi masa lapang. Jika anda ingin mula menjana pendapatan, anda perlu memuat turun aplikasi Taxsee Driver dan mendaftar atau terus mendaftar di laman sesawang sea.taxsee.pro/my/


Pakar Perhubungan Awam
Perkhidmatan Maxim
Shafiqah Shajari

Manfaat Minyak Ikan Untuk Kesihatan

Apa itu minyak ikan?

Minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri.

Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan setiap minggu.

Ini kerana asid lemak omega-3 yang terdapat pada ikan memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia adalah termasuk membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengambil hidangan 1-2 hidangan ikan bagi setiap minggu, pengambilan supleman tambahan berasaskan minyak ikan akan dapat membantu anda untuk mendapatkan omega-3 yang mencukupi.

Manfaat Minyak Ikan Untuk Kesihatan

Kebiasaannya, 30% minyak ikan terdiri daripada asid lemak omega-3, manakala bakinya terdiri daripada lemak lain. Sesetengah daripadanya juga biasa mengandungi beberapa jenis vitamin, seperti vitamin A dan vitamin D.

Umumnya, jenis omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan menawarkan manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding omega-3 yang boleh ditemui dalam beberapa sumber tumbuhan.

Sumber omega-3 utama dalam minyak ikan adalah asid eikosapentaenoic (eicosapentaenoic acid, EPA) dan asid docosahexaenoic (docosahexaenoic acid, DHA), manakala bagi omega-3 dalam sumber tumbuhan pula mengandungi asid alpha-linolenic (ALA).

Walaupun ALA merupakan asid lemak penting, EPA dan DHA mempunyai lebih banyak manfaat kesihatan.

Kepentingan omega 3?

Apabila menyebut berkenaan kebaikan omega 3, ia terdiri daripada beberapa khasiat yang mungkin anda tidak pernah sangka.

Antaranya ialah:
  • Menurunkan tahap kolesterol
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mengurangkan aritmia jantung
  • Mengelakkan plak daripada terbentuk dalam saluran darah
  • Mengurangkan risiko gangguan mental
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Memperbaiki kualiti kulit
  • Memperbaiki kesihatan tulang
  • Mengurangkan keradangan
  • Memperlahankan penurunan fungsi otak

Manfaat Minyak Ikan Untuk Kesihatan

1. Jantung dan darah

Keberkesanan penggunaan minyak ikan dalam diet makanan telah diuji untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan.

Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah.

Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol.

Ia juga sering digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau strok (angin ahmar) dan beberapa masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung.

2. Buah pinggang

Minyak ikan juga digunakan untuk pelbagai masalah berkaitan dengan buah pinggang termasuk penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang, dan komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan kencing manis, sirosis (cirrhosis), penyakit Berger (IgA nephropathy), pemindahan jantung, atau penggunaan ubat yang disebut siklosporin.

3. Otak

Ikan mungkin mendapat reputasi sebagai ‘makanan otak’ kerana sesetengah individu mengambil ikan untuk membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), penyakit Alzheimer, gangguan penyelarasan pembangunan, sakit kepala migrain, epilepsi, skizofrenia dan gangguan mental.


Rujukan :

Copyright © 2020 | All Rights Reserved.
Design by Sii Nurul