Hari Kebangsaan Malaysia | Sambutan Hari Kemerdekaan

Hari Kebangsaan Malaysia | Sambutan Hari Kemerdekaan

Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. 

Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Sejarah

Penubuhan Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara/Sabah, Sarawak dan Singapura dijadualkan diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1963, bersamaan ulang tahun ke-6 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. 

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan umum di Borneo Utara dan Sarawak.

Bagaimanapun, Borneo Utara dan Singapura masih lagi mendapat kemerdekaan daripada British pada 16 September 1963. Sarawak telah merdeka sebulan lebih awal pada 22 Julai 1963.

Pembentukan Malaysia kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963, dan disambut sebagai Hari Malaysia. Sambutan kemerdekaan besar-besaran tetap diadakan pada 31 Ogos, tarikh asal kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Hari Malaysia cuma menjadi cuti umum di Sabah. 

Bagaimanapun, mulai 2000-an terdapat sedikit ketidakpuasan hati di Malaysia Timur yang mendakwa sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos terlalu bertumpuan Semenanjung Malaysia.

Pada 2009, kerajaan memutuskan bahawa bermula 2010, Hari Malaysia 16 September disambut sebagai cuti umum persekutuan bersama-sama dengan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

Manakala bermula 2015, Menteri Ahmad Shabery Cheek menyatakan sambutan hari kemerdekaan mungkin disambut tanpa menyebut bilangan tahun agar tidak meminggirkan penduduk Sabah dan Sarawak.

acara-perarakan-hari-kebangsaan-2022

Sumber : hmetro

Acara perarakan Hari Kebangsaan 

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini diraikan dalam skala besar dan disambut meriah di Dataran Merdeka oleh Keluarga Malaysia yang menunjukkan semangat perpaduan serta cintakan negara.

Dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama', pelbagai unsur unik ditonjolkan dalam acara perbarisan sambutan terbabit.

Buat julung kalinya, orang ramai menyaksikan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menaiki kereta berkuda Diraja ke Dataran Merdeka.

Sambutan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; barisan Menteri Kabinet; pegawai kanan kerajaan serta pemimpin parti politik.

Antara yang menarik perhatian ramai dalam sambutan kali ini adalah perarakan 30 kenderaan klasik bersama karyawan seni dan 65 motosikal berkuasa tinggi daripada Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia.

Segmen perarakan diteruskan dengan lintasan kontinjen membabitkan komuniti besar Keluarga Malaysia seperti Orang Asli, cef, selebriti, wira wirawati negara yang memenangi pingat di temasya suka antarabangsa serta petugas barisan hadapan menangani pandemik Covid-19.

Perarakan masuk barisan pelakon Mat Kilau menerima sorakan gemuruh daripada orang ramai yang meminati filem terbaharu kebangkitan pahlawan itu.

Seramai lebih 20,000 peserta, 369 aset darat dan 68 aset udara dari pelbagai pihak serta 76 haiwan terbabit dalam acara perbarisan dan perarakan pada sambutan kali ini.


Sumber : hmetro

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama