Responsive Ad Slot

4 Resepi Karipap Rangup Untuk Sarapan & Minum Petang

1. Resepi Inti Karipap Kentang

resepi-inti-karipap-kentang
Kredit: Nurhayati Abd Malek

Bahan kulit karipap:
  • 250 gm butter
  • 400 gm tepung
  • secubit garam halus
  • 1 sudu teh gula aising/halus
  • sedikit air sejuk

Cara-cara menyediakannya :

1. Mula-mula korang gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata.

2. Masukkan butter. Butter ini pastikan dalam keadaan sejuk baru korang keluar dari peti ais. Kemudian potong kiub kecil². (Kalau macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.)

3. Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.

4. Tambahkan sedikit² air sejuk. Masukkan air sejuk tu sedikit dulu kalau adunan dah boleh lembut dan mudah di bentuk dah tak payah letak air sejuk lagi.

5. Kalau masih berderai tambahkan lagi sedikit dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.

6. Rehatkan kejap 15 minit lepastu bentukkan suka hati korang.


Bahan untuk inti:
  • 5 biji kentang/ ubi keledek oren (potong dadu)
  • 2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 genggam udang kering (rendam sekejap)
  • 1 genggam ikan bilis
  • sedikit gula dan garam
  • ½ kiub pati ikan bilis (optional)

Cara buat inti:

1. Kisarkan udang kering bersama ikan bilis.

2. Tumiskan bawang semua.

3. Masukkan udang dan ikan bilis kisar.

4. Masukkan serbuk kari. Gaul hingga naik bau.

5. Masukkan kentang dan sedikit air. Gaul hingga mendidih.

6. Perisakan dan gaul hingga kentang empuk. Siap!

Kredit: Nurhayati Abd Malek

2. Resepi Karipap Kentang Untuk Berniaga

karipap-kentang
Kredit: Zalma Mohamad

Bahan untuk kulit karipap
  • 1 kg tepung gandum (cap sauh)
  • 1 cawan minyak masak yang dah dipanaskn
  • 3 cawan air
  • 3 sudu kecil garam

Cara-cara menyediakannya :

1. Tepung dan garam digaulka n sekali

2. Masukkan minyak yang dpanaskn tadi..biarkn seketika..supaya tepung tadi dah sejuk.

3. Gaulkn tepung tadi sampai rata

4. Masukkn air sedikit sedikit dan gaul sampai rata..sampai mnjadi doh dan tak melekat ditangan .

5. Lepas tu doh dibiarkan seketika ...dalam 30 minit..

6. Baru boleh mula buat karipap.


Untuk intinya
  • 1 kg ubi kentang dipotong dadu
  • 1 mangkuk kecil daging kisar...
  • 2 biji bwang besar dipotong dadu
  • 2 sudu makan rempah kari (rempah adabi)
  • Minyak masak untuk menumis
  • 3 cawan air

Cara-cara menyediakannya :

1. Panaskn minyak..tumis bawang sampai layu

2. Masukkan daging kisar (kalau tiada daging boleh guna ayam kisar)

3. Masukkan rempah kari dan sedikit air

4. Masukkan kentang ..tambahkan air tadi.

5. Biarkan mendidih..masukkan gula, garam dan perasa secukupnya. 

6. Biarkan mendidih dan empuk. Dah siap boleh mula buat karipap. 

Kredit: Zalma Mohamad


3. Resepi Karipap Inti Sardin

karipap-sardin
Kredit : Umie Saffiya

Bahan untuk kulit karipap
  • 1/2 kg tepung gandum Faiza
  • 50g minyak masak 
  • 2 sudu besar Minyak zaiton (Guna minyak masak pun boleh)
  • Minyak dipanaskan sederhana panas.
  • 180 ml air suam campur 1/2 sudu teh garam

Cara-cara menyediakannya :

1.Campurkan minyak masak, minyak zaiton kedalam tepung. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2.Masukkan air suam sikit-sikit hingga menjadi doh. Kalau dah lembut tak perlu habiskan air. Kalau masih keras, tambah sikit air suam lagi.

3.Rehatkan 30 minit. Bulatkan ikut besar yang disukai.

4. Lenyek nipis & bubuh inti secukupnya. Kelim kemas. Goreng hingga garing.

5. Kalau banyak,selebihnya goreng sebentar saja & bolehlah di frozenkan. Bila-bila nak makan bolehlah digoreng macam biasa @ pilihan air fryer.

Bahan untuk inti
  • 1 tin besar sardin dihancurkan.
  • 2 biji bawang holland dihiris
  • Lada kering kisar ikut pedas (2 sudu besar)
  • Minyak
  • Garam secukup masin
  • Jus limau sikit.

Cara-cara menyediakannya

1.Panaskan minyak

2.Tumis bawang hingga layu

3.Masukan cili kisar, tumis hingga garing.

4. Masukan sardin, garam, jus limau. Sesuaikan rasa.

5. Bila dah sejuk bolehlah diguna.

Kredit : umie saffiya

4. Resepi Karipap Rangup Sampai Petang

karipap-rangup-sampai-petang
Kredit : zaimah zakaria

Bahan Kulit karipap
  • 4 cwn tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar minyak
  • Garam
  • Air secukupnya

Cara-cara menyediakannya :

1. Panaskan marjerin dan minyak sampai mendidih

2. Masukkan ke dalam besen yang berisi tepung gandum.

3. Gaul guna senduk..bila minyak dah agak sejuk ramas-ramas menjadi seperti serbuk roti di dalam bekas lain. 

4. Campurkan garam ke dalam air, kacau sehingga garam larut

5. Masukkan air garam tadi  ke dalam besen yang ada tepung.. masukkan air sedikit demi sedikit.

6. Uli sehingga tepung tak melekat di tangan. Perap selama30 minit

7. Bulat-bulat sebesar bola ping pong..canai masukkan inti kemudian kelim. Buat sehingga habis

Tips :
  • Boleh gunakan apa-apa inti (sardin/kentang/ikan/ayam)
  • Untuk dapatkan kulit karipap yang licin semasa goreng, masukkan karipap ketika minyak belum panas. Api perlahan sahaja
  • Sentiasa balik balikan karipap bagi warna dia sekata

Kredit : zaimah zakaria

10 Kata-Kata Hikmah Untuk Lebih Kuat & Menyayangi Diri Sendiri

Perkongsian ini ambil daripada halaman Facebook Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah Jangan lupa follow beliau untuk kata-kata motivasi tentang kehidupan dan tips-tips berkenaan rumahtangga. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya.

self-love-quotes

10 Kata-Kata Hikmah Untuk Lebih Kuat & Menyayangi Diri Sendiri 

10 Kata hikmah ini akan buat kamu lebih kuat untuk menyayangi diri sendiri hari ini:

1. Ada orang akan mempergunakanmu. Ada orang akan mengujimu. Ada orang akan meninggalkanmu. Ada orang akan mencintaimu. Ketahuilah bahawa semua itu akan mengajarmu.

2. Kamu hanya layak menerima kesungguhan seseorang, bukan alasannya.

3. Hidup tetap berjalan. Sama ada bersama atau tak bersamanya. Kerana akhirnya, kita tetap akan sendirian juga apabila nyawa bercerai dari badan.

4. Jika dia benar-benar mahukan kamu, pasti dia usahakan. Jika dia buat sambil lewa dan slumber sahaja, ketahuilah tiada tempatnya di hati kamu.

5. Minta maaf terhadap kesalahan kamu, bukan terhadap apa yang kamu rasa. Apa sahaja yang kamu zahirkan, itulah tindakan. Apa sahaja yang kamu rasakan, ia masih lagi terpendam dan kamu masih boleh memilih untuk menyimpan sahaja perasaan itu.

6. Lebih percaya diri, semakin hilang ketakutan dalam diri. Bangkit!

7. Pilihlah orang yang memilih kamu. Bukan kejar dan puaskan hati orang yang kamu sayang, walhal dia tak pun menyayangimu.

8. Jangan bawa perasaan lama ke dalam pengalaman yang baharu. Dengan pengalaman baharu, bina perasaan dan hidup baharu.

9. Berdiam diri adalah jawapan terbaik terhadap seseorang yang tidak bijak menghargai dirimu.

10. Mereka boleh berbohong, tetapi tingkahlaku mereka masih boleh dibaca dan terbongkar juga. Melalui mimik muka, bahasa tubuh, semua itu boleh 'berbicara' dengan sendirinya.

Kesimpulannya

Sayangi diri. Itu resipi utama sebelum kamu menyayangi orang lain dan kehidupan dengan sepenuhnya. Jika tidak bermula dengan diri sendiri, macamana rasa sayang itu boleh terpancar dengan penuh keindahan dan kemurnian peribadi.

Moga kita terus menerus menyayangi diri. Kerana selangkah kita menyayangi diri, selangkah kita jauh dari menyeksa diri.

Sayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Kredit : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Cukup Lakukan 10 Hal Ini Untuk Pikat Hati Suami - Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

muslim-married-couple

Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa, cukup lakukan 10 hal ini untuk pikat hati suami anda.

1. Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan

Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri. 

Kebanyakkan isteri mengabaikan suami dengan alasan penat seharian menjaga anak dan mengurus anak. Memang betul, isteri penat tetapi untuk menjaga keharmonian dan hubungan supaya lebih lama temanlah suami walaupun hanya sebentar.

2. Pandang suami seperti mana mula-mula bercinta dulu

Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.

Kesibukan dengan urusan rumah tangga menyebabkan kita sebagai isteri lupa bahawa suami sentiasa ingin dibelai dan dimanja. 

Sekurang-kurangnya salam suami sebelum dan semasa balik dari kerja. Suami akan rasa lebih dihormati dan dihargai. 

3. Suami perlu belaian terutama ketika sakit

Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.

Suami ketika sakit memerlukan perhatian lebih dari seorang isteri. Malah lebih manja berbanding anak-anak anda. Layankan sahaja. 

Walaupun isteri mungkin penat, InsyaAllah suami yang berasa senang ketika bersama isteri akan mendapat pahala. 

4. Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. 

Lelaki mempunyai ego yang tinggi apatah lagi yang bergelar suami yang merupakan ketua keluarga. Suami kadangkala rasa kecewa kalau isteri terlalu lantang atau melawan kata-katanya.

Sifat perempuan yang tidak mahu mengalah juga kadangkala megeruhkan lagi keadaan. Apabila kamu sudah rasa bertenang dan tidak emosi. Jangan biarkan suami tidak melayani atau bercakap. 

Mengalah dan minta maaf dengan segera. Suami pasti akan mengalah dan meminta maaf juga.

5. Tutupi diri kamu daripada sebarang lelaki lain

Isteri yang solehah ialah isteri yang menjaga aurat dan pergaulannya ketika berada di luar mahupun ketika berada di alam maya (menggunakan media sosial). Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.

6. Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya

Amalkan selalu berterima kasih kepada suami setiap kali suami membantu melakukan hal-hal kecil mahupun urusan di rumah. Kadang kita tahu suami buat tidak kemas seperti yang kita selalu buat. Tetapi hargailah usahanya yang cuba meringankan kerja isteri dengan kata-kata terima kasih. 

Sekiranya suami tidak kemas seperti lipat kain, isteri boleh meminta suami untuk bersihkan tandas, peti sejuk, buang sampah dan basuh pinggan.

7. Selalu berasa syukur terhadap pemberian suami

Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.

Suami dah bekerja keras untuk rumahtangga. Selalu memohon kepada Allah untuk mempermudahkan rezeki dan bersyukur apa adanya. Hati yang selalu berasa syukur akan sentiasa menghargai apapun pemberian suami

Ketika Rasulullah SAW diangkat dari Baitulmaqdis ke langit dunia, Baginda diperlihatkan pelbagai peristiwa luar biasa terutama azab dikenakan ke atas golongan wanita, golongan majoriti dalam neraka.

Sabda Baginda bermaksud: "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara (orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka, maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

8. Amalkan solat Tahajjud bersama

Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.

Seandainya suami tidak bangun tahajjud, isteri boleh melakukan solat tahajjud sendirian dengan izin suami. Semoga dengan ibadah dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Pelihara diri dengan sifat malu

Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.

Seorang suami mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melindungi maruah wanita yang berada di bawah jagaannya. 

Perasaan malu menurut beberapa hadis Nabi Muhammad S.A.W dianggap sebagai anak kunci syurga, malah sifat ini juga merupakan tiang seri bagi akhlak terpuji yang mampu memelihara iman seorang Muslim dan mencegahnya daripada melakukan maksiat

10. Biarkan suami berehat apabila pulang dari kerja 

Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat.

Apabila suami dah rehat dan makan kemudian barulah isteri nak cerita tentang masalah di rumah, meluahkan rasa emosi dan sebagainya kepada suami. 

Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya.

Tak perlu manja, yang penting solehah.

Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Resepi Untuk Mencerahkan Kulit Menggunakan 4 Bahan Sahaja

tips cerahkan kulit

Siapa yang mempunyai masalah kulit kusam dan tidak bermaya? Korang boleh buat resepi yang simple dan mudah ini di rumah. 

Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

  • Lemon
  • Madu
  • Air 
  • Timun
Photo by Ameera.S

Cara-caranya 

1. Sediakan beberapa biji lemon, air madu dan sebiji timun hijau.

2. Potong lemon secara bulat nipis. Pastikan korang potong nipis-nipis.

3. Potong timun secara nipis dan gulungkan timun perlahan-lahan.

4. Perahkan sebiji lemon ke dalam gelas yang berisi air.

5. Masukkan lemon dan timun yang telah dipotong, biarkan beberapa minit agar ia sebati.

6. Masukkan 2 sudu madu ke dalam gelas dan tambahkan sedikit air. Kacau sebati. Nak lagi sedap boleh tambah ais.
 

Kredit : Ameera.S


Resepi Ayam Buttermilk Menggunakan Airfyer

buttermilk-chicken
 anas syauqi (mahn)

Resepi Ayam Buttermilk Menggunakan Airfyer

Bahan-bahan

  • Butter 50g- 100g
  • Susu pekat 150ml
  • Serbuk kunyit 1 sudu
  • Serbuk lada hitam 1 sudu
  • Serbuk mix herbs 1- 2 sudu
  • Garam secukup rasa..
  • Sedikit air panas

Cara-cara menyediakannya :

1. Gaulkan semua bahan-bahan diatas... gaulkan bersama ayam dan perap seketika..

2. Perapan yang lebih dipanaskan dan masukkan lemon..jadikan kuah..

3. Bakar dengan airfryer suhu 180°c 25 minit..tambah perapan setiap 5 minit sehingga masak...

Sedia untuk dihidang!

Kredit: anas syauqi (mahn)

Ini 5 Cara Nak Ubah Dari Derita Kepada Bahagia

quotes

Ini 5 cara nak ubah dari derita kepada bahagia:

1. Jangan kedekut dengan senyuman

Senyuman membantu diri untuk memgembalikan hormon-hormon bahagia yang hilang dalam diri. Sebab tu Nabi SAW sendiri menyuruh kita ukirkan senyuman pada saudara kita, dan ianya adalah dianggap sedekah. Banyakkan senyuman terutama dalam keluarga sendiri.

Abu Dzarr berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Senyummu kepada saudaramu ialah sedekah bagimu; kamu memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah sedekah; kamu memberi petunjuk kepada seseorang sesat di jalan ialah sedekah; kamu melihat kepada seseorang yang tidak dapat melihat dan menolongnya sedekah bagimu; kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan ialah sedekah bagimu dan kamu memasukkan air daripada timbamu ke timba saudaramu sedekah bagimu.” (HR Tirmizi)

2. Declutter

Declutter ini ialah dengan cara kita kosongkan rumah kita dengan perkara-perkara yang tidak diperlukan. Salah satu punca derita ialah kerana kita diserabutkan dengan keadaan sekeliling yang bersepah, rumah yang penuh dengan barang-barang yang menjadikan ruang semakin sempit. 

Ambil satu hari gotong-royong bersih dan kemas rumah, mana-mana yang tidak diperlukan, kita boleh buang atau sedekahkan.


3. Tukar rutin harian diri

Hidupkan pagi kalau boleh seawal 4.30 pagi. Sebenarnya waktu pagi ini membantu diri menghasilkan hormon endorphin. Hormon endorphin adalah hormon ketenangan. 

Bila kita tahajjud, baca Al-Quran kita akan dapat rasakan begitu tenang dan best sangat keseluruhan hari tersebut.

 Allah S.W.T berfirman:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Surah al-Isra’ (79)

4. Cari true calling dalam hidup

Maksudnya cari sesuatu yang bila kita lakukan akan buat diri jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi. Walaupun apa pun keadaan anda ketika itu, penat ke sakit ke, korang tetap ada semangat nak buat.

Ada orang suka berkebun, shopping, menonton movie dan sebagainya. Dan ketenangan yang baik ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. 

Terdapat begitu banyak anjuran dan galakan mengingati Allah S.W.T seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga hadis-hadis yang sahih.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: Dan golongan yang beriman itu tenang jantung hati mereka dengan mengingati Allah dan ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah jantung hati akan berasa tenang. Surah Ar-Ra’d (28)

5. Cuba perkara-perkara baru

Hidup ini adalah sebuah ‘journey’. Diri kita mudah jemu jika sentiasa melakukan perkara yang sama setiap hari. 

Dalam rumahtangga pun sama, kena berpakat suami isteri untuk selalu mencuba perkara-perkara baru. Pergi memancing ke, pergi panjat bukit ke, dan apa-apa sahaja, sebab pengalaman itu tak dapat dirasai melainkan kita sendiri yang melaluinya. 

Pengalaman-pengalaman baru ini akan membantu menambah kebahagiaan.



Resepi Air Balang Mangga Original Untuk Berniaga di Kampung

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Roshidah Shaari di group facebook. Beliau kongsikan sendiri bagaimana nak bancuh air balang mangga untuk berniaga di kampung. 

Resepi ini untuk 1 balang (33 liter) dijual dengan harga RM2.00 untuk segelas. Kalau korang ada tanam pokok mangga maka lagi jimat kos untuk buah mangga. 

Sehari boleh menabung sehingga RM80 setelah tolak modal dan kos upah yang lain. Dalam sebulan boleh dapat RM2,000 lebih juga. 

resepi air balang mangga

Bahan-bahan

  • 10 Biji buah mangga
  • 4 botol perisa mangga
  • 2 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat 
  • 2 sudu besar pewarna makanan oren
  • 1 botol mineral (500ml)
  • 2 bungkus ais kiub 

Cara-caranya :

1. Blend buah mangga yang telah dipotong. 

2. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam balang kecuali ais. Kacau sehingga sebati.

3. Akhir sekali masukkan ais kiub. Sedia untuk dijual.

4. Asingkan air gula. Sekiranya ada pembeli, barulah campurkan dengan air gula di cawan atau plastik.

Selamat mencuba.


Siapa sangka kan hanya dengan menjual air buah sahaja boleh jana income sehingga RM2000 sebulan. Dan lebih menarik lagi cuma berniaga di kampung sahaja. 

Itu cuma jual 1 balang air sahaja. Macam mana kalau jual 3 balang air? Korang berminat nak mula bisnes air dari mula memohon tapak niaga, cara pilih lokasi, cara buat air sedap dan cara nak tarik peniaga? 

Sekiranya berminat boleh baca pengalaman Mizan Sulaiman sendiri yang merupakan Usahawan Bazar Ramadhan! Jika korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes air balang ini! boleh klik link di bawah!


Semoga membantu korang untuk memulakan bisnes air balang. 

Resepi Nasi Ayam Hainan Simple & Mudah

Resepi Nasi Ayam Hainan Simple & Mudah

Untuk ayam :

  • 1 ekor ayam
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sdt garam
  • 1 pokok daun bawang (ambik daun saja@ kerat dua)
  • 2 inci halia ketuk
Rebus semuanya selama 25 minit. Pastikan air tenggelam lepasi paras ayam.

Angkat ayam dan boh dalam air ais selama 30 minit, toskan kan lumurkan minyak bijan. 


Untuk Nasi :
  • 3 cwn beras
  • ½beras pulut (tak nak letak pun tak apa) - Basuh 
  • 1 helai daun pandan
  • Lemak-lemak ayam (Sebelum rebus ayam)
  • 1 senduk kecil minyak
  • Halia tumbuk
  • Air rebusan ayam

Cara-cara menyediakannya :

1.Masak minyak, lemak ayam sampai lemak ayam tu cair.

2.Masuk daun pandan dengan halia, tumbuk kacau-kacau kejap

3.Boh beras gaul dalam 3 minit, rebusan ayam tadi (sukat macam masak nasi)

4. Tambah garam sikit. Masak sehingga nasi masak.


Untuk Sos Cili merah :
  • Cili besar (merah)
  • Cili padi (merah)
  • ½ labu Bwg Holland
  • Bwg putih
  • Cuka
  • Gula
  • Sedikit garam
  • Ajinamoto
  • Air rebusan ayam 

Blendkan kesemua bahan diatas.


Untuk Pes halia :
  • Halia tumbuk
  • Masukkan batang daun bawang
  • Masak sedikit minyak, tuang panas dalam pes tadi kemudian gaul sebati.

Untuk Taugeh :
  • Taugeh (siram air panas kemudian toskan)
  • Daun limau purut, cili padi dipotong
  • Kuah ayam dengan kuah taugeh

Untuk kuah tauge & ayam :
  • 1 cwn air rebusan ayam
  • Kicap masin cair
  • Kicap udang manis
  • Cukup rasa
  • minyak bijan
Campurkan kesemua bahan dan curah atas ayam dan taugeh. 



Konvoi Kemerdekaan Pemandu Maxim Sempena Hari Kebangsaan Ke-65

selamat hari kemerdekaan

Selepas hampir tiga tahun pandemik COVID 19 dan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan, sambutan kemerdekaan pada tahun ini sangat luar biasa di mana seluruh rakyat Malaysia meraikannya dengan gilang gemilang. 

Bertemakan slogan “Keluarga Malaysia” pada tahun ini, syarikat pengendali e-panggilan Maxim (Malaysia) juga tidak terlepas meraikan kemeriahan kemerdekaan negara yang ke-65 dengan melaksanakan perarakan kemerdekaan di beberapa bandar utama Malaysia termasuk bandar Tawau, Sandakan dan Labuan.

Sebanyak kira-kira 10 ke 20 kenderaan yang mempunyai pelekat iklan e-panggilan Maxim telah menyertai perarakan tersebut dengan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar bandar bandar- bandar utama di Sabah seperti Bandar Tawau, Sandakan dan Labuan. 

Kibaran Jalur Gemilang ini telah dijayakan sepanjang jalan- jalan utama dan berhenti untuk berkumpul di tempat tarikan orang ramai dalam bandar untuk sesi bergambar dan promosi aplikasi e-panggilan Maxim.

Perarakan ini telah diiringi oleh pihak polis dan dimulakan pada 9 pagi sehingga tamat konvoi. Syarikat e-panggilan Maxim Malaysia optimis dengan usaha yang dijalankan ini dapat menerapkan rasa patriotisme dalam diri rakyat dan meningkatkan kasih sayang untuk tanah air tercinta. 

Semangat kemerdekaan kali ini dapat dilihat dengan kempen kemerdekaan ini di mana pelbagai lapisan rakyat Malaysia bersatu jiwa dan hati untuk menjayakan perarakan kemerdekaan ini.

Pada kesempatan ini, rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun dengan memasukan kod promosi “KELUARGAMALAYSIA” untuk pesanan pertama dan mendapatkan RM30 ke dalam akaun Maxim sehingga akhir bulan september. 

Maxim Malaysia juga ingin mengambil peluang untuk berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan dengan mengibarkan Jalur Gemilang semasa perarakan dijalankan.

Semoga aktiviti dapat menjadi satu platform bersama bagi semua warga Malaysia untuk bersatu hati dalam semangat kemerdekaan bersama aplikasi e-panggilan pilihan rakyat Malaysia.

Sebagai berita tambahan, tidak lama lagi aplikasi e-panggilan Maxim (Malaysia) akan melancarkan perkhidmatan “Market Place” iaitu penghantaran beli dan hantar. Kelak, para pelanggan boleh menikmati perkhidmatan penghantaran ini, tidak kira penghantaran makanan ataupun pembelian barang lain melalui aplikasi e-panggilan Maxim. Anda boleh membuat tempahan dengan cara yang mudah: melalui aplikasi Maxim atau di laman sesawang taximaxim.com/my/

Ketahui Penggunaan Kupon Parking DBKK

SISTEM KUPON LETAK KERETA BANDARAYA KOTA KINABALU

Sistem Kupon Letak Kereta telah dikuatkuasakan perlaksanaannya di seluruh Bandaraya Kota Kinabalu pada 1hb Oktober 2014

Jenis-Jenis Kupon DBKK

Terdapat 3 jenis buku kupon dan warna kupon menunjukan nilai bagi setiap helaian. 
  • Buku kupon warna BIRU bernilai RM0.50 (1 buku kupon RM5.30 termasuk 6% GST).
  • Buku kupon warna KUNING setiap helaian adalah RM1.00 (1 buku kupon RM10.60 termasuk 6% GST)
  • Buku kupon warna MERAH pula bernilai RM2.00 bagi setiap helaian kupon (1 buku kupon RM10.60 termasuk 6% GST). 


3 Jenis Kadar Letak Kereta

Di dalam Sistem Kupon Letak Kereta, terdapat 3 jenis kadar letak kereta iaitu :
  • Jangka pendek (Kategori A) -  nombor siri petak letak kereta berwarna KUNING
  • Jangka panjang (Kategori B) - nombor siri petak kereta berwarna HIJAU 
  • Tempat letak kereta eksklusif  (A1) -  nombor siri petak letak kereta berwarna MERAH

Selain itu, bagi memberikan keselesaan kepada para pengguna juga, DBKK menyediakan kupon letak kereta bulanan bagi kegunaan di tempat letak kereta jangka panjang sahaja.

MASA MEMPAMERKAN KUPON / OPERASI

  • Isnin – Jumaat = 8.00 pagi – 5.00 petang 
  • Sabtu = 8.00 pagi – 1.00 petang 
  • Ahad / Cuti Umum = Dikecualikan

ZON BANDAR KOTA KINABALU YANG DIKUATKUASAAN SISTEM KUPON

Sektor A : Gaya North Gaya Street Gaya Center Gaya Street-Menara&Dewan Segama Central Market Sinsuran Kg. Air Sedco Asia City High Court / City Park Api-Api Center Bandaran Berjaya

Sektor B : Sadong Jaya Karamunsing Sembulan / Grace Court Tanjung Aru Damai Plaza Foh Sang Taman Friendly Borneon Center Lintas Plaza Lintas Square Kolam Center / Plaza Lido Taman Fortuna Taman Cantek 

Sektor C : Inanam Baru Inanam Point Inanam Lama Inanam New Township Inanam Plaza Inanam Mutiara Inanam Business Center Nountun Ind. Est Kolombong Likas Kingfisher Likas Plaza Likas Juta Likas Kosan Luyang Phase 8 Taman Sunny Garden Taman Tai Tet Bunga Raja Taman Iramanis
 


KAUNTER JUALAN KUPON LETAK KERETA :

Kaunter DBKK Holdings – Bahagian Penguruan Letak Kereta, KK Plaza Shopping Complex. 
  • 8:30 pagi - 04:30 petang (Isnin hingga Jumaat) 
  • 8.30 pagi - 12.30 petang (Sabtu)
Kaunter DBKK No. 10 & 11 Tingkat Bawah, Bangunan DBKK, No. 1, Jalan Bandaran, Kota Kinabalu.
  • 8:30 pagi - 04:30 petang (Isnin hingga Jumaat)
Kaunter DBKK, Tingkat  7, Centre Point Sabah
  • 8:30 pagi - 04:30 petang (Isnin hingga Jumaat)
Kaunter DBKK/UTC, Tingkat 6, Bangunan UTC
  • 8:00 pagi - 9:00 malam setiap hari (Isnin hingga Ahad) kecuali pada cuti umum. 
Kaunter DBKK, Dewan Serbaguna Damai, Luyang
  • 8:30 pagi - 04:30 petang (Isnin hingga Jumaat) 


Ketahui penggunan kupon parking DBKK.Gunakan mengikut petak agar kupon anda tidak sia-sia.

Kupon merah (ada 5 keping )

  • Garisan merah 1 kupon utk 1 jam parking
  • Garisan hijau 1 kupon utk 4 jam parking
  • Garisan kuning 1 kupon utk 2 jam parking

Kupon oren (ada 10 keping)

  • Garisan merah 1 kupon utk 30 minit parking
  • Garisan hijau 1 kupon utk 2 jam parking
  • Garisan kuning 1 kupon utk 1 jam parking

Kupon biru (ada 10 keping)

  • Garisan merah 2 kupon utk 30 minit parking
  • Garisan hijau 1 kupon utk 1 jam parking
  • Garisan kuning 1 kupon utk 30 minit parking



Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Kerajaan Bagi Tahun 2022

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Kerajaan Bagi Tahun 2022

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022

(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

1. Januari - 25.01.2022 (Selasa)

2. Februari - 25.02.2022 (Jumaat)
  • Tahun Baru Cina 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)
3. Mac - 25.03.2022 (Jumaat)

4. April - 25.04.2022 (Isnin)

5. Mei - 25.05.2022 (Rabu)
  • Hari Raya Puasa 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)
  • Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)
6. Jun - 24.06.2022 (Jumaat)
  • Hari Gawai 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)
7. Julai - 25.07.2022 (Isnin)
  • Hari Raya Haji 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)
8. Ogos - 25.08.2022 (Khamis)

9. September - 23.09.2022 (Jumaat)

10. Oktober - 18.10.2022 (Selasa)
  • Hari Deepavali 24 Oktober 2022 (Isnin)
11. November - 25.11.2022 (Jumaat)

12. Disember - 19.12.2022 (Isnin)
  • Hari Krismas 25 Disember 2022 (Ahad)

Maklumat lanjut, hubungi

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya.
+603-8882 1000
+603-8889 5821
korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya

  • Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 4.00 petang
    (Rehat : 1.00 tengah hari - 2.00 petang)

  • Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang
    (Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)

  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup

Sumber : Jabatan Akauntan Negara Malaysia



Copyright © 2020 | All Rights Reserved.
Design by Sii Nurul