Ini 5 Cara Nak Ubah Dari Derita Kepada Bahagia

quotes

Ini 5 cara nak ubah dari derita kepada bahagia:

1. Jangan kedekut dengan senyuman

Senyuman membantu diri untuk memgembalikan hormon-hormon bahagia yang hilang dalam diri. Sebab tu Nabi SAW sendiri menyuruh kita ukirkan senyuman pada saudara kita, dan ianya adalah dianggap sedekah. Banyakkan senyuman terutama dalam keluarga sendiri.

Abu Dzarr berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Senyummu kepada saudaramu ialah sedekah bagimu; kamu memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah sedekah; kamu memberi petunjuk kepada seseorang sesat di jalan ialah sedekah; kamu melihat kepada seseorang yang tidak dapat melihat dan menolongnya sedekah bagimu; kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan ialah sedekah bagimu dan kamu memasukkan air daripada timbamu ke timba saudaramu sedekah bagimu.” (HR Tirmizi)

2. Declutter

Declutter ini ialah dengan cara kita kosongkan rumah kita dengan perkara-perkara yang tidak diperlukan. Salah satu punca derita ialah kerana kita diserabutkan dengan keadaan sekeliling yang bersepah, rumah yang penuh dengan barang-barang yang menjadikan ruang semakin sempit. 

Ambil satu hari gotong-royong bersih dan kemas rumah, mana-mana yang tidak diperlukan, kita boleh buang atau sedekahkan.


3. Tukar rutin harian diri

Hidupkan pagi kalau boleh seawal 4.30 pagi. Sebenarnya waktu pagi ini membantu diri menghasilkan hormon endorphin. Hormon endorphin adalah hormon ketenangan. 

Bila kita tahajjud, baca Al-Quran kita akan dapat rasakan begitu tenang dan best sangat keseluruhan hari tersebut.

 Allah S.W.T berfirman:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Surah al-Isra’ (79)

4. Cari true calling dalam hidup

Maksudnya cari sesuatu yang bila kita lakukan akan buat diri jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi. Walaupun apa pun keadaan anda ketika itu, penat ke sakit ke, korang tetap ada semangat nak buat.

Ada orang suka berkebun, shopping, menonton movie dan sebagainya. Dan ketenangan yang baik ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. 

Terdapat begitu banyak anjuran dan galakan mengingati Allah S.W.T seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga hadis-hadis yang sahih.

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: Dan golongan yang beriman itu tenang jantung hati mereka dengan mengingati Allah dan ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah jantung hati akan berasa tenang. Surah Ar-Ra’d (28)

5. Cuba perkara-perkara baru

Hidup ini adalah sebuah ‘journey’. Diri kita mudah jemu jika sentiasa melakukan perkara yang sama setiap hari. 

Dalam rumahtangga pun sama, kena berpakat suami isteri untuk selalu mencuba perkara-perkara baru. Pergi memancing ke, pergi panjat bukit ke, dan apa-apa sahaja, sebab pengalaman itu tak dapat dirasai melainkan kita sendiri yang melaluinya. 

Pengalaman-pengalaman baru ini akan membantu menambah kebahagiaan.



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama