Cukup Lakukan 10 Hal Ini Untuk Pikat Hati Suami - Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

muslim-married-couple

Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa, cukup lakukan 10 hal ini untuk pikat hati suami anda.

1. Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan

Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri. 

Kebanyakkan isteri mengabaikan suami dengan alasan penat seharian menjaga anak dan mengurus anak. Memang betul, isteri penat tetapi untuk menjaga keharmonian dan hubungan supaya lebih lama temanlah suami walaupun hanya sebentar.

2. Pandang suami seperti mana mula-mula bercinta dulu

Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.

Kesibukan dengan urusan rumah tangga menyebabkan kita sebagai isteri lupa bahawa suami sentiasa ingin dibelai dan dimanja. 

Sekurang-kurangnya salam suami sebelum dan semasa balik dari kerja. Suami akan rasa lebih dihormati dan dihargai. 

3. Suami perlu belaian terutama ketika sakit

Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.

Suami ketika sakit memerlukan perhatian lebih dari seorang isteri. Malah lebih manja berbanding anak-anak anda. Layankan sahaja. 

Walaupun isteri mungkin penat, InsyaAllah suami yang berasa senang ketika bersama isteri akan mendapat pahala. 

4. Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. 

Lelaki mempunyai ego yang tinggi apatah lagi yang bergelar suami yang merupakan ketua keluarga. Suami kadangkala rasa kecewa kalau isteri terlalu lantang atau melawan kata-katanya.

Sifat perempuan yang tidak mahu mengalah juga kadangkala megeruhkan lagi keadaan. Apabila kamu sudah rasa bertenang dan tidak emosi. Jangan biarkan suami tidak melayani atau bercakap. 

Mengalah dan minta maaf dengan segera. Suami pasti akan mengalah dan meminta maaf juga.

5. Tutupi diri kamu daripada sebarang lelaki lain

Isteri yang solehah ialah isteri yang menjaga aurat dan pergaulannya ketika berada di luar mahupun ketika berada di alam maya (menggunakan media sosial). Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.

6. Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya

Amalkan selalu berterima kasih kepada suami setiap kali suami membantu melakukan hal-hal kecil mahupun urusan di rumah. Kadang kita tahu suami buat tidak kemas seperti yang kita selalu buat. Tetapi hargailah usahanya yang cuba meringankan kerja isteri dengan kata-kata terima kasih. 

Sekiranya suami tidak kemas seperti lipat kain, isteri boleh meminta suami untuk bersihkan tandas, peti sejuk, buang sampah dan basuh pinggan.

7. Selalu berasa syukur terhadap pemberian suami

Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.

Suami dah bekerja keras untuk rumahtangga. Selalu memohon kepada Allah untuk mempermudahkan rezeki dan bersyukur apa adanya. Hati yang selalu berasa syukur akan sentiasa menghargai apapun pemberian suami

Ketika Rasulullah SAW diangkat dari Baitulmaqdis ke langit dunia, Baginda diperlihatkan pelbagai peristiwa luar biasa terutama azab dikenakan ke atas golongan wanita, golongan majoriti dalam neraka.

Sabda Baginda bermaksud: "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara (orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka, maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

8. Amalkan solat Tahajjud bersama

Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.

Seandainya suami tidak bangun tahajjud, isteri boleh melakukan solat tahajjud sendirian dengan izin suami. Semoga dengan ibadah dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Pelihara diri dengan sifat malu

Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.

Seorang suami mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melindungi maruah wanita yang berada di bawah jagaannya. 

Perasaan malu menurut beberapa hadis Nabi Muhammad S.A.W dianggap sebagai anak kunci syurga, malah sifat ini juga merupakan tiang seri bagi akhlak terpuji yang mampu memelihara iman seorang Muslim dan mencegahnya daripada melakukan maksiat

10. Biarkan suami berehat apabila pulang dari kerja 

Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat.

Apabila suami dah rehat dan makan kemudian barulah isteri nak cerita tentang masalah di rumah, meluahkan rasa emosi dan sebagainya kepada suami. 

Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya.

Tak perlu manja, yang penting solehah.

Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama
Resepi Bosou Sayur Makanan Tradisi Sabah