Responsive Ad Slot

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK HALIA BERKUAH

 

IKAN KEMBUNG MASAK HALIA BERKUAH


BAHAN - BAHAN :

  • 3 - 4 ekor ikan kembung
  • 8 biji cili padi - diketuk atau dibelah dua
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk kasar atau diblender
  • 1/2 lobak merah - dipotong bulat
  • 1 biji tomato sederhana besar dipotong enam
  • 1 biji bawang besar - dipotong empat dan dicerai kelopaknya.
  • 1 inci halia - hiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/4 lada benggala - dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit kicap
  • Sos tomato, sos cili dan sos tiram
  • Sedikit garam dan gula


CARA - CARA MASAK :

  1. Perap ikan dengan garam, serbuk kunyit, sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
  2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tadi, selepas itu bila dah nampak garing ketepikan. Tumis bahan yang telah diblender tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
  3. Kemudian masukkan bawang besar, cili padi, lobak merah dan lada benggala. Selepas itu, kacau sebatikan. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap dan air. Kacau rata.
  4. Bila dah nampak mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan pati ayam, garam, gula dan buah tomato. Kemudian, kacau rata dan sesuaikan dengan selera anda.



Selamat  Mencuba !



Sumber resepi : Norzianah Osman

RESEPI CORNFLAKE CRUNCHY COOKIES

 

RESEPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
 ( Dapat dalam 100 biji )



  • Resepi asal guna 2 cawan cornflakes . 
  • Boleh Juga 1/2 cawan ramas hancur campur dalam adunan tepung. 
  • Yang baki kasar dalam mangkuk yang lain di buat golek-golek. 
  • Sukatan doh guna 1 sudu teh. 
  • Cedok dan golek dalam bekas cornflakes kasar. Mana yg tidak kena cucuk-cucuk bagi cantik. 

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar 
  • 200g butter (suhu bilik)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telor


CARA - CARA :

  1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telur.
  2. Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes serta baking powder.
  3. Gaul sebati.
  4. Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 minit.
  5. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter. 
  6. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis.
  7. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah..



Kredit : Surainah Hussin

RESEPI PIZZA MINI BUAT MENU KELUARGA

 


RESEPI PIZZA MINI

Jom Try!



BAHAN-BAHAN: 

- 250ml cawan air suam
- 1 peket yis mauripan
- 1sk gula
- 1sk susu pekat
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1/4 sk garam
- 1 cawan majerin



CARA-CARA :

1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Dalam mangkuk Yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.

3. Kemudian baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.

4. Bila doh dah tak melekat ditangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.

5. Letak topping dan bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.


TOPPING :

* Tomato puri
* Vages campur 
* Sosej
* cheese cheddar atau mozarella
* sos cili
* mayonis




RESEPI IKAN REBUS GORENG YANG LAKU KERAS


RESEPI IKAN REBUS GORENG 


BAHAN - BAHAN :


  • 10 ekor ikan selayang/sardin ( siang & cuci )
  • 1 sudu besar garam bukit
  • 1 senduk cuka
  • 2 keping asam keping
  • Gula melaka
  • Halia
  • Lengkuas
  • Daun pandan


CARA - CARA :


1. Susun ikan dalam periuk dan taburkan 1 sudu besar garam bukit.

TIPS : Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. ( Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti )

TIPS : Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse kelantan atau gula melaka.

2. Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.

3. Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.

4. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.

5. Goreng ikan dalam minyak panas. Taburkan bawang banyak-banyak bersama potongan cili padi.

6. Tutup dengan tudung periuk ketika ikan digoreng untuk elak meletup.

7. Hidangkan bersama nasi putih, budu putih campur tempoyak dan sambal jantan.



Kredit : Afy Al Habibi

Lirik Lagu So This Is Christmas by John Lennon

SO THIS IS CHRISTMAS

by John Lennon 


( Happy Christmas, Kyoko )

( Happy Christmas, Julian )


So this is Christmas

And what have you done?

Another year over

And a new one just begun


And so this is Christmas

I hope you have fun

The near and the dear one

The old and the young


A very Merry Christmas

And a happy new year

Let's hope it's a good one

Without any fear


And so this is Christmas ( War is over )

For weak and for strong ( If you want it )

For rich and poor ones ( War is over )

The world is so wrong ( Now...)


And so happy Christmas ( War is over )

For black and for white ( If you want it )

For yellow and red ones ( War is over )

Let's stop all the fight ( Now... )


A very Merry Christmas

And a happy new year

Let's hope it's a good one

Without any fear


And so this is Christmas ( War is over )

And what have we done ? ( If you want it )

Another year over ( War is over )

And a new one just begun ( Now... )


And so this is Christmas ( War is over )

I hope you have fun ( If you want it )

The near and the dear one ( War is over )

The old and the young ( Now... )


A very Merry Christmas

And a happy new year

Let's hope it's a good one

Without any fear


War is over...

If you want it,

War is over...

Now...


RESEPI AYAM PANDAN SEDAP DAN MUDAH!

 

Ayam Pandan

.
Bahan-Bahan (untuk 3-4 orang )
.
1/2 ekor ayam (1kg)
* 3 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 batang serai
* 1 sk ketumbar
* 1 sk jintan manis
* 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
2 sb santan pekat (optional)
1 sb madu
garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
daun pandan


Cara-Cara : 

1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
3. Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
4. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
7. Siap bungkus, goreng hingga golden brown dengan api sederhana.


Siappp!!!



Kredit : SAJIAN RESEPI

HIMPUNAN KATA-KATA INDAH

KATA - KATA YANG MEMBERI BERKAT DALAM MENITI PROSES KEHIDUPAN


1. Belajarlah mengalah sehingga tiada yang boleh mengalahkanmu. Belajar rendah diri sehingga tiada yang boleh rendahkanmu.

2. Ujian yang datang dalam hidup kita, semuanya sudah ditentukan oleh yang Maha Esa. Maka dari itu, bersyukurlah kerana Allah memberikan kita masalah beberapa ujian, supaya kita tahu makna dari sebuah kehidupan.

3. Jangan malu tidak berharta, tetapi malu jika tidak beriman.

4. Dan kadang kita memberi bukan kerana kita kaya, tapi kerana kita tahu bagaimana rasanya ketika tak punya apa-apa.

5. Orang sabar selalu menang. Orang tamak selalu rugi. Orang marah selalu kalah. Orang baik selalu diuji.

6. Belajar diam dari banyaknya bicara, belajar sabar dari sebuah kemarahan, belajar kesusahan dari hidup senang, belajar menangis dari sebuah kebahagiaan, belajar keikhlasan dari kepedihan, belajar tawakal dari ujian, belajar redha dari suatu ketentuan.

7. Lidahmu seperti seekor ular berbisa, jagalah ia dan jangan biarkan ia menggigit dirimu.

8. Dugaan akan menjadi manis setelah kita dapat hadapi dengan sabar.

9. Jadilah peribadi yang mudah untuk dicintai, namun sulit untuk dimiliki.

10. Lepaskan semua yang terpendam. Jangan disimpan, takut nanti jadi dendam. Tutup mata dan pejam. Lupakan segalanya diam-diam.

11. Jadilah peramah, jangan jadi pemarah.

12. Ramah tamah itu ibadah.

13. Senyum manis itu sedekah.

14. Marah itu mudah, tapi sabar lebih indah.

15. Orang baik tidak memerlukan apapun untuk menunjukkan kebaikkannya, sedangkan orang jahat akan gunakan segala citra bahawa dirinya baik.



Kredit to : KATA KATA INDAH

10 SIGN OF MATURITY


10 SIGN OF MATURITY

1. Small Talk no longer excite you.
2. Sleep is better than a night Friday out.
3. You forgive more.
4. You become more open minded.
5. You respect differences.
6. You don't force love.
7. You accept heartaches.
8. You don't judge easily.
9. You sometimes prefer to be silent than to engage in a nonsense fight.
10. Your happiness don't depend on people but on your inner self.


Take care yourself first, love.


Credit : STAY POSITIVE 
 

Cara - Cara Mengurangkan Sakit Tekak

Cara - Cara Mengurangkan Sakit Tekak

Berikut merupakan perkongisan kesihatan daripada Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan :


Minum air secukupnya. Kekurangan air atau dehidrasi boleh menyebabkan tekak berasa kering, perit dan menyebabkan kahak menjadi pekat. Itu boleh mengganggu keselesaan.

Ambil sesudu kecil garam dan bancuh dengan segelas air suam untuk hasilkan air garam. Berkumur dengan air garam di tekak ( gargle ). Tiak cukup hanya berkumur di mulut seperti selepas berus gigi.

Makan aiskrim khususnya yang berperisa vanilla. Aiskrim yang sejuk dapat memberi kelegaan pada tekak perit. Sebatian vanillin dalam vanilla juga boleh membantu mengurangkan keradangan pada tekak.

Kesip lozenges. Ada banyak pilihan lozenges yang dijual di pasaran. Ada pelbagai perisa. Ada yang mempunyai bahan untuk beri rasa kebas ( analgesia ), ada yang berangin ( menthol ), dan sebagainya.

Berkumur dengan cecair cucian mulut seperti listerine, thymol dan difflam untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Ia dibuat sebelum dan selepas makan.

Boleh makan ubat demam ( paracetamol/panadol ) atau ubat tahan sakit. Ia biasa digunakan jika skit tekak amat teruk. Ubat ini mengurangkan keradangan pada tekak.

Jumpa doktor. Kebanyakan sakit tekak berpunca dari jangkitan virus, tetapi boleh juga disebabkan oleh bekteria. Jika doktor dapati ia disebabkan bakteria, doktor akan beri antibiotik.


Semoga bermanfaat!



Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kesihatan dan Perubatan


Copyright © 2020 | All Rights Reserved.
Design by Sii Nurul