RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK HALIA BERKUAH

 

IKAN KEMBUNG MASAK HALIA BERKUAH


BAHAN - BAHAN :

  • 3 - 4 ekor ikan kembung
  • 8 biji cili padi - diketuk atau dibelah dua
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk kasar atau diblender
  • 1/2 lobak merah - dipotong bulat
  • 1 biji tomato sederhana besar dipotong enam
  • 1 biji bawang besar - dipotong empat dan dicerai kelopaknya.
  • 1 inci halia - hiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/4 lada benggala - dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit kicap
  • Sos tomato, sos cili dan sos tiram
  • Sedikit garam dan gula


CARA - CARA MASAK :

  1. Perap ikan dengan garam, serbuk kunyit, sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
  2. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tadi, selepas itu bila dah nampak garing ketepikan. Tumis bahan yang telah diblender tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
  3. Kemudian masukkan bawang besar, cili padi, lobak merah dan lada benggala. Selepas itu, kacau sebatikan. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap dan air. Kacau rata.
  4. Bila dah nampak mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan pati ayam, garam, gula dan buah tomato. Kemudian, kacau rata dan sesuaikan dengan selera anda.



Selamat  Mencuba !



Sumber resepi : Norzianah Osman

1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama