RESEPI CORNFLAKE CRUNCHY COOKIES

 

RESEPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
 ( Dapat dalam 100 biji )



  • Resepi asal guna 2 cawan cornflakes . 
  • Boleh Juga 1/2 cawan ramas hancur campur dalam adunan tepung. 
  • Yang baki kasar dalam mangkuk yang lain di buat golek-golek. 
  • Sukatan doh guna 1 sudu teh. 
  • Cedok dan golek dalam bekas cornflakes kasar. Mana yg tidak kena cucuk-cucuk bagi cantik. 

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes ramas kasar 
  • 200g butter (suhu bilik)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telor


CARA - CARA :

  1. Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telur.
  2. Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes serta baking powder.
  3. Gaul sebati.
  4. Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 minit.
  5. Sapu nipis permukaan loyang dengan butter. 
  6. Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis.
  7. Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah..



Kredit : Surainah Hussin