RESEPI IKAN REBUS GORENG YANG LAKU KERAS


RESEPI IKAN REBUS GORENG 


BAHAN - BAHAN :


  • 10 ekor ikan selayang/sardin ( siang & cuci )
  • 1 sudu besar garam bukit
  • 1 senduk cuka
  • 2 keping asam keping
  • Gula melaka
  • Halia
  • Lengkuas
  • Daun pandan


CARA - CARA :


1. Susun ikan dalam periuk dan taburkan 1 sudu besar garam bukit.

TIPS : Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. ( Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti )

TIPS : Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse kelantan atau gula melaka.

2. Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.

3. Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.

4. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.

5. Goreng ikan dalam minyak panas. Taburkan bawang banyak-banyak bersama potongan cili padi.

6. Tutup dengan tudung periuk ketika ikan digoreng untuk elak meletup.

7. Hidangkan bersama nasi putih, budu putih campur tempoyak dan sambal jantan.



Kredit : Afy Al Habibi

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama