RESEPI PIZZA MINI BUAT MENU KELUARGA

 


RESEPI PIZZA MINI

Jom Try!



BAHAN-BAHAN: 

- 250ml cawan air suam
- 1 peket yis mauripan
- 1sk gula
- 1sk susu pekat
- 4 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1/4 sk garam
- 1 cawan majerin



CARA-CARA :

1. Campurkan gula, susu pekat ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

2. Dalam mangkuk Yang lain masukkan 4 cawan tepung gandum, majerin, garam, telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.

3. Kemudian baru masukkan yis yang dah naik tuang sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat ditangan.

4. Bila doh dah tak melekat ditangan boleh tutup biar dalam 20 atau 30 minit untuk bagi doh naik 2x ganda.

5. Letak topping dan bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.


TOPPING :

* Tomato puri
* Vages campur 
* Sosej
* cheese cheddar atau mozarella
* sos cili
* mayonis