RESEPI SOTO SEDAP DAN MENGENYANGKAN

RESEPI KUAH SOTO :

( Resepi untuk 2 liter air/ 6 orang makan )


BAHAN - BAHAN :

Lengkuas 1 inci

Halia 1 inci

Bawang merah besar 4 biji ( memang kalau banyak lagilah sedap )

Bawang putih 1 ulas

Buah keras 1 biji

( Blend semua bahan di atas )

Ayam potong besar sebab nak carikkan nanti

Serai 2 batang ( ketuk )

Minyak untuk menumis

Serbuk sup adabi ( kalau sepeket kecik tu guna separuh )

Serbuk kurma adabi ( guna separuh juga )

Kiub ayam 1

Akar daun sup ( potong dan cuci bersih )

Air 2 liter/sejug

( atau kalau tak nak guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kadang guna rempah soto je boleh dapatkan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Itu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-mata. )



CARA - CARA MEMASAKNYA :

Tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau/betul-betul masak/sedikit garing. Supaya semua bawang tidak rasa mentah di kuah nanti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.

Masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.

Masukkan ayam. Agak - agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air.

Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan ( untuk dicari nanti )


Siap !


Resepi Begedil Kentang :

Ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.

Lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

Telur 1 biji.

Lada sulah

Garam secukup rasa

*Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.

*Cara goreng bergedil supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh bergedil saja. Jangan penuh. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balikkan selagi yang sebelah kena minyak itu tidak garing/kekuningan. Sudah garing baru balikkan. Kalau balikkan awal memang pecah.




Kredit : Fara Lome