Klinik Psikiatri : Keselamatan Pesakit dan Petugas

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana situasi sebenar dalam pusat fasiliti psikiatri...

Jangan risau, kawalan dan pemantauan sentiasa dalam kawalan dan perlindungan ketat oleh staff psikiatri.



Mungkin terdapat sensasi dan exaggeration yang dilihat dalam filem dan media tentang suasana di wad atau klinik psikiatri, sebahagian benar dan sebahagiannya fiksyen.



Namun, terdapat beberapa pertimbangan tentang keselamatan petugas dan pesakit yang membezakannya dengan fasiliti kesihatan biasa. Bahkan, ia mungkin berbeza dari satu fasiliti psikiatri dengan fasiliti psikiatri yang lain - mengikut kesesuaian pesakit dan undang-undang setempat.


Terdapat pelbagai diagnosis dan keadaan pesakit di fasiliti pskiatri. Ada yang ringan, bahkan berfungsi seperti wad kesihatan biasa dan ada sebahagian lain dengan kawalan keselamatan yang lebih ketat.

Keselamatan pesakit dan staff sama penting dan amat diberi perhatian.

Pesakit boleh bersikap agresif sama ada kepada diri sendiri, orang sekeliling ( staff dan pelawat ) atau objek sekitar. Kerana itu objek tajam ( terutama besi termasuklah alat tulis ) dan bertali amat terhad bahkan sebolehnya dielakkan.

Sesetengah wad dipasang jeriji besi, bahkan ada yang ditempatkan dalam bilik isolasi berkunci ( atau berpengawal ) bagi mengelakkan pesakit melarikan diri atau agresif.

Sesetengan pintu bilik dan bilik air pula tidak boleh dikunci bagi mengelakkan pesakit mengurung diri dan melakukan hal yang boleh mencederakan diri ( termasuklah membunuh diri ).

Pesakit yang agresif, khayal atau tidak sedarkan diri kadangkala diberi pasungan ( restraint ) sama ada dengan mengikat anggota tertentu pada katil atau dengan memberikan ubat penenang.










Buku ini menceritakan pelbagai pengalaman penderita pesakit mental.
Klik pada pautan di bawah ini untuk mendapatkannya :

1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama