Resepi Sambal Berlada Ikan Bilis Sedap Meletop

 

Resepi Sambal Berlada Ikan Bilis Sedap Meletop

Bahan-bahan

  • 300g ikan bilis
  • 20 biji cili padi merah (kisar)
  • 6 batang cili merah besar (kisar)
  • 20 biji bawabg merah (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • Sedikit halia (kisar)
  • Sedikit sos tiram
  • Asam keping


Cara Memasak :

1. Pertama sekali goreng garing ikan bilis. Pastikan kacau dengan kerap.

2. Kemudian, tumis bawang kisar, cili merah kisar sehingga pecah minyak.

3. Masukkan sos tiram, garam, gula perasa dan asam keping.

4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis. Gaul rata dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba~

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiMudahSukatanCawan


Post a Comment

1 Comments