[ LIRIK LAGU ] Main Bubut by Estranged (Official MV)


LIRIK LAGU :


VERSI 1 :
Apa lagi yang tak pernah ku bagi
Banyak sudah aku selalu kasi
Ada saja yang tidak mencukupi
Bagus saya lari

Apalah lagi kau minta dari saya
Mungkin tiada cinta diantara kita
Ada pun tinggal tu hari saja bah
Tu pun kalau ada


CHORUS :
Jangan dii kau bilang saya tidak
Tidak pandai buat apa-apa
Memang susah mengambil hati mu
Berabis pun sia tia dapat

Jangan dii kau rasa terkecewa
Terkecewa walaupun tiada-tiada
Hingga kosong duit dibelanja ku
Berabis pun sia tia dapat...
Sia main bubut pun tia dapat...


VERSI 2 :
Apa lagi yang perlu aku tunjuk
Terfikir juga mau kau ku pujuk
Bulih ka kita sama-sama duduk
Cerita sampai bisuk

Kenapalah kana buang karaja lagi
Kenapalah kalau kana putung gaji
Biarlah sia cuba-cuba dari
Rasa susah gini


GLOSARI:

  • Sia = Saya
  • Tia = Tidak
  • Bubut = Kejar
  • Bulih = Boleh
  • Karaja = Kerja
  • Bisuk = Besok
  • Kana = Kena
  • Berabis = Berhabis; berhabis-habisan;berusaha
  • Putung = Potong
  • Dii = lah; alaa; hmmm ( kata pujuk sabahan )
  • Bah = penghujung kata; sinonim seperti okay, iya. ( noktah untuk versi Sabahan )


Post a Comment

0 Comments