Pembayaran Bantuan Kewangan Khas COVID19 RM500 (BKC) Mulai Ogos

Pakej Bantuan terkini ini dinamakan sebagai PEMULIH. Kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.


 
Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan yang diumumkan oleh Perdana menteri melalui Sidang Media Khas tersebut. Bagi membantu kelangsungan hidup, 3 jenis bantuan tunai akan diberikan kepada rakyat iaitu

i) Bantuan Tunai BKC (Bantuan Khas COVID-19)

Miskin Tegar 
Kategori miskin tegar RM1,300 (Isi Rumah) bakal menerima bantuan sebanyak :
  • RM500 pada bulan Ogos, 
  • RM500 pada bulan November, 
  • dan RM300 pada bulan Disember.

Miskin Tegar - RM500 (Bujang)
Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 
  • RM200 ringgit pada bulan Ogos dan 
  • RM300 ringgit pada bulan November 2021,

Kategori B40 - RM800 (Isi Rumah)
Bagi kategori isi rumah B40 pula akan menerima bantuan sebanyak 
  • RM500 pada Ogos 
  • RM300 pada Disember

Kategori B40 - RM200(Bujang)
Golongan bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak 
  • RM200 pada Ogos

Kategori M40 - RM250 (Isi Rumah)
Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 
  • RM250 pada Ogos
RM100 (Bujang)
Manakala bujang kategori M40 akan menerima 
  • RM100 ringgit pada bulan Ogos

Sumber : astroawani

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama