Header Ads

Resepi Pisang Goreng Rangup Untuk Berniaga

Resepi Pisang Goreng Rangup Untuk Berniaga

Terima kasih sangat Umi Watie share resepinya. Dah lama mencari resepi pisang goreng rangup macam nie. 

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Majerin yang dicairkan
  • Ais batu
  • Pisang tanduk
Cara-cara memasaknya

1. Pertama sekali campurkan bahan-bahan kering bersama 2 sdb marjerin yang dah dicairkan. Masukkan 4 ketul ais batu. Marjerin, ais batu dan tepung ubi untuk merangupkan bancuhan tepung goreng pisang kita. Ini bahan rahsianya.

Resepi Pisang Goreng Rangup Untuk Berniaga

2. Seterusnya, masukkan air 1 ¾ cawan. Kacau-kacaukan supaya sebati semua bahan. Bancuh hingga ais tadi cair sekali ya. Nampak cantik kan bahan salutan pisang. Ini bancuhan A. Nanti kita buat bancuhan B. Potong pisang kegemaran. Bancuhan tadi tu sedang elok untuk sebiji pisang tanduk tau.


Resepi Pisang Goreng Rangup Untuk Berniaga

3. Kemudian, untuk buat kerak yang berkelopak. Bancuhan B. Ambil ½ cawan bancuhan A kita tadi tu. Campurkan dengan ¼ suku cawan air. Bancuhan memang cair. Buat sikit sikit bancuhan cair ni. Kira bila bancuhan cair dah habis baru bancuh baru. Pisang salut dengan bancuhan yang lebih pekat.

4. Dalam minyak yang panas, masukkan 2 sdb bancuhan B yang telah dicairkan tadi. Dia akan naik berkelopak macam dalam gambar tu. Baru masukkan pisang dengan bancuhan A.

Resepi Pisang Goreng Rangup Untuk Berniaga

5. Masak hingga kekuningan. Angkat Dan toskan. Beginilah jadinya. Ulang step macam mula-mula tadi ya.

Resepi Pisang Goreng Rangup Untuk Berniaga

Dah siap! Boleh dihidang minum petang bersama keluarga tersayang.

No comments

Powered by Blogger.