Header Ads

Perbezaan Insurans Nyawa & Insurans Perubatan

Ada Insurans Nyawa, Kalau Mati Siapa Boleh Claim Ya?

Sebenarnya, adalah sangat penting untuk setiap daripada kita semua agar mempunyai sekurang-kurangnya sebuah skim caruman kewangan insurans nyawa.

Pun begitu, mungkin masih ramai yang belum memilikinya ekoran sudahpun mencarum di dalam skim caruman kewangan lain seperti insurans perubatan.

Persoalannya, apakah wujud sebarang perbezaan di antara insurans nyawa dengan insurans perubatan? Jom teruskan membaca artikel untuk ambil tahu!

Kenapa insurans itu penting untuk kita semua?

Ada segelintir individu yang mungkin menyangka bahawa simpanan di dalam tabung atau bank sudah memadai untuk masa depan di hari tua kelak.

Mungkin pendapat ini adalah benar hanya jika simpanan itu berjaya disimpan dengan baik tanpa dikorek terlebih dahulu untuk kegunaan kecemasan.

Dalam pada itu, tiada siapa yang dapat menjangka apa yang bakal terjadi kepada diri pada masa akan datang termasuklah kemalangan, kecelakaan atau kematian.

Disebabkan itu, kita semua perlu sedar dan faham akan kegunaan serta kepentingan memiliki insurans agar kehidupan dapat dijalani dengan lebih baik.

Apa itu insurans nyawa @ hayat?

Insurans nyawa atau hayat ini adalah sejenis skim caruman kewangan yang perlu dibayar pada jumlah tertentu secara bulanan/ tahunan.

Ia akan memberi manfaat dalam bentuk bantuan kewangan kepada tanggungan si pencarum sekiranya si pencarum itu telahpun meninggal dunia.

Objektif utama insurans ini adalah untuk membantu individu seperti ahli keluarga yang akan terjejas aspek kewangan apabila anda meninggal dunia.

Oleh itu, anda perlu menyenaraikan penama-penama penting yang bakal menerima manfaat sewaktu memohon untuk mencarum insurans nyawa.

Jika tiada penama, tanggungan anda perlu menyediakan Surat Pemberian Probet atau Surat Arahan Perintah Pembahagian untuk menerima manfaat.

Meskipun ia mengatakan manfaat akan diperolehi apabila pencarum meninggal, namun terdapat pengecualian untuk kes bunuh diri yang tidak akan menerima apa-apa.

Apa itu insurans perubatan @ kesihatan?

Insurans perubatan atau kesihatan ini adalah sejenis skim caruman kewangan yang perlu dibayar pada jumlah tertentu secara bulanan/ tahunan.

Ia akan memberi manfaat dalam bentuk bantuan kewangan kepada si pencarum sekiranya berlaku sebarang masalah keadaan kesihatan kepada si pencarum.

Objektif utama insurans ini adalah untuk membantu individu yang mungkin akan terjejas kemampuan untuk menjana pendapatan akibat masalah perubatan.

Sekiranya anda mengalami kemalangan atau kecelakaan, sila terus pergi ke klinik atau hospital panel yang didaftarkan untuk mendapatkan rawatan dan ubatan.

Namun, kalian juga perlu tahu bahawa tidak semua jenis penyakit yang akan ditanggung kos rawatan dan ubatan oleh pihak insurans bergantung terma dan syarat.

Contohnya, pesakit penyakit kronik seperti kanser dan strok mungkin akan memerlukan anda untuk mencarum caruman lain iaitu insurans penyakit kritikal.

Perbezaan Insurans Nyawa & Insurans Perubatan

Perbezaan Insurans Nyawa & Insurans Perubatan

Secara umumnya, kita mungkin dapat menyimpulkan bahawa perbezaan utama dan ketara di antara insurans nyawa dengan insurans perubatan adalah manfaatnya.

Bagi pemegang polisi insurans nyawa, manfaat bantuan kewangan tersebut akan diperolehi oleh penama-penama di dalam skim caruman insurans anda.

Bagi pemegang polisi insurans perubatan, manfaat bantuan kewangan tersebut akan diperolehi oleh anda jika anda mengalami masalah keadaan kesihatan.

Berikut merupakan ringkasan gambaran perbezaan insurans nyawa dengan insurans perubatan:

Perbezaan Insurans Nyawa & Insurans Perubatan

Yang mana satu patut anda carum?

Hakikatnya, pilihan untuk memilih mana satu jenis insurans yang mungkin terbaik buat anda adalah terletak di tangan dan hemat anda sendiri.

Namun adalah sangat penting untuk anda memiliki sekurang-kurangnya satu daripada jenis insurans ini kerana kita tidak dapat menjangka masa hadapan.

Dalam pada itu juga, sebenarnya adalah tidak salah untuk kalian memiliki kedua-dua insurans hayat serta insurans kesihatan ini dalam waktu yang sama.

Untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini, segera hubungi ejen atau syarikat insurans berkaitan yang anda mungkin berminat.

Sumber : hellodoktor.com

1 comment:

  1. penerangan yang mudah untuk difahami.. thanks for sharing!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.