Header Ads

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Penolong Pegawai Perubatan (U29) di UITM SABAH

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Penolong Pegawai Perubatan (U29) di UITM SABAH

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Penolong Pegawai Perubatan (U29) di UITM SABAH

JAWATAN PENTADBIRAN : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (GRED U29)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
    (Gaji permulaan pada Gred U29 : RM1,797.00

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf Setaraf dengannya oleh Kerajaan


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di https://sabah.uitm.edu.my


2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan.
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

3. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

4. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Julai 2021 (Isnin)

Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut :

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu, Sabah.

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email : rahma221@uitm.edu.my
No. Tel :(088) 513879

No comments

Powered by Blogger.