Senarai Barang Hantaran Tunang

Senarai Barang Hantaran Tunang

Musim PKP ni, aku tengok banyak yang buat majlis tuning dan kahwin. Congrats guys! Yang penting kena jaga SOP masa buat majlis tu. Cakap pasal majlis tunang dan kahwin, hari ni aku nak kongsi sikit pasal barang hantaran tunang. 

Cakap pasal barang hantaran, korang rasa apa yang sesuai? Kat sini aku akan berikan sedikit senarai pasal barang hantaran tunang. 

Cincin tunang dan Sirih Junjung

Dua benda ni adalah barang wajib kalau nak tunang. Kira macam tunang tu tak lengkap lah tanpa dua benda ni. Tapi, sebenarnya, boleh jer. Buat ikut kemampuan korang sahaja. Tapi kalau mampu, apa salahnya kan?

Senarai Barang Hantaran Tunang

Cincin tunang ni ialah pemberian dari pihak lelaki kepada perempuan. Boleh kata sebagai satu tanda sebelum masuk ke peringkat seterusnya.  Jadi, wajib beli kalau nak tunang. 

Sirih junjung ni, kalau ikut adat tradisional Malaysia, ia melambangkan kasih sayang yang bertingkat-tingkat yang dibawa oleh rombongon si peminang. 

Senarai Barang Hantaran Tunang


Macam yang korang selalu nampak kalau ada majlis tunang dan kahwin tu. Sekarang, ada banyak jenis gubahan yang korang boleh dapatkan. Ada yang jual di pasaran atau butik, ada juga yang jual secara online!

Gubahan Hantaran Tunang Simple

Masuk bab gubahan, ada banyak idea yang boleh digunakan. Ada yang buat sendiri, ada yang upah orang untuk buat, ada juga yang beli yang sudah siap. Barang hantaran adalah satu kemestian dalam adat melayu. Macam tanda permulaan untuk perhubungan antara dua keluarga.

Senarai Barang Hantaran Tunang

Gubahan hantaran ni ada banyak jenis. Ada yang jenis klasik, kreatif/ DIY, bunga segar, hantaran dalam kotak atau bekas kaca, dan juga menggunakan bakul.

Gubahan Hantaran Tunang Simple

Gubahan Hantaran Tunang Simple

Bilangan Hantaran Tunang

Bilangan hantaran ni ada sedikit perbezaan antara tunang dan kahwin. Jadi, hantaran tunang sebenarnya berapa dulang? Untuk majlis tunang, bilangannya ialah 5 berbalas 7. Untuk majlis kahwin pula, hantaran lelaki 7, perempuan 9.

Koleksi Idea Barang Hantaran Untuk Tunang

Barangan hantaran selalunya barang yang kita boleh gunakan hari-hari. Termasuklah set mandian, set masakan, set kecantikan dan lain-lain. Kalau nak senang, bagi barangan yang bakal pengantin tu perlukan untuk mulakan alam baru.

1. Set Alquran - Ini hantaran yang aku selalu nampak kalau ada majlis tunang dan kahwin. Dalam Islam, kalau bagi orang barang-barang yang mereka akan guna hari-hari, kita pun akan dapat pahala sebagai si pemberi. Korang boleh cari di Shopee berserta dengan gubahannya sekali.


Senarai Barang Hantaran Tunang


2. Set Pakaian Solat – Cuba cari telekung, sejadah, atau tasbih untuk jadikan sebagai barang hantaran. Banyak koleksi yang cantik di Shopee atau Lazada. Kalau nak hias sendiri pun tak jadi masalah. Yang penting kreatif dan elok hasilnya!


Senarai Barang Hantaran Tunang / Merisik


3. Set Jam dan Dompet – Set ini pun boleh dijadikan sebagai barang hantaran. Ada banyak sangat pilihan lebih-lebih kalau korang cari di online shopping. Pilih yang korang rasa sesuai dan beli untuk bakal pengantin!


Senarai Barang Hantaran Tunang

4. Cek hantaran + Box Baldu – Design “Aku terima Nikahnya”. Sangat cantik! Aku ada baca review orang yang beli barang ni kat Shopee. Hampir semuanya berpuas hati!


Senarai Barang Hantaran Tunang

5. Set Mekap – Kalau dah tak ada idea lain, boleh jadikan alat solek sebagai barang hantaran! Pastikan set yang korang nak bagi tu lengkap ya. Bermula dari foundation, eye pallete sehinggalah lipstick!


Senarai Barang Hantaran Tunang

6. Minyak wangi - Minyak wangi ni ada banyak jenis dan bau. Cuba tengok minyak wangi apa yang selalu dipakai oleh bakal pengantin. Beli dan boleh jadikan sebagai hantaran.


Senarai Barang Hantaran Tunang

Sebenarnya ada banyak lagi jenis hantaran atau hadiah yang korang boleh bagi. Kalau nak buat apa-apa majlis, buat ikut kemampuan sahaja. Mungkin ada yang nak fancy sebab hanya sekali seumur hidup sahaja kan? Tapi, kalau belakang hari susah, tak elok juga kan?

Yang penting majlis tu berjalan dengan lancar. Yang nak tunang dan kahwin tu korang, jadi tak perlu kisah sangat dengan cakap-cakap orang. Yelah, memang akan ada orang macam tu dalam hidup kita.

Apapun, congrats untuk korang yang akan menempuhi alam baru! Semoga berkekalan sampai Jannah. Dan semoga perkongsian ini bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments