Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

1. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41

JAWATAN : PEGAWAI PENGUAT KUASA

KEKOSONGAN JAWATAN :  01

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  :  KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM

KUMPULAN PERKHIDMATAN :  PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

TARAF JAWATAN :  KONTRAK/TETAP

GRED JAWATAN/GAJI :  GRED KP41( RM2,081.00 - RM9,547.00)


SYARAT LANTIKAN

(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i.   Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;  atau

ii.  Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;  atau

iii.  Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;  atau

iv. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(b)  Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat di lapangan oleh pegawai perubatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

 a.(i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

b. Had umur pelantikan

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


2. Penolong Jurutera (Elektrik) Gred JA29

JAWATAN : PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK)

KEKOSONGAN JAWATAN : 01

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  : KEJURUTERAAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN  : PELAKSANA  (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

TARAF JAWATAN  : KONTRAK/TETAP

GRED JAWATAN/GAJI  : GRED JA29 (RM1,549.00 - RM5,701.00)


 SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i)  Sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya;  

ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya


SYARAT KELAYAKAN  BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

   

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera (Elektrik) Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; 

(i)   Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (a) di atas; atau

(ii)  Lulus Peperiksaan Khas; dan Had umur pelantikan

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


3. Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29

JAWATAN  : PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL)

KEKOSONGAN JAWATAN  : 01

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  :  KEJURUTERAAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN    :  PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

TARAF JAWATAN  :  KONTRAK/TETAP

GRED JAWATAN/GAJI  :  GRED JA29 (RM1,549.00 - RM5,701.00)

        

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i)  Sijil dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan  yang diiktiraf setaraf dengannya;  

(i) Diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan  atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


SYARAT KELAYAKAN  BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  Kerajaan.    


SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

(i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (a) di atas; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan Had umur pelantikan 

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


4. Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29

JAWATAN :  PENOLONG PEGAWAI SENI BINA

KEKOSONGAN JAWATAN : 01

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  : KEJURUTERAAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

TARAF JAWATAN  : KONTRAK/TETAP

GRED JAWATAN/GAJI  : GRED JA29 (RM1,549.00 – RM5,701.00)

                                                             

 SYARAT LANTIKAN

 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


SYARAT KELAYAKAN  BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


5. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

KEKOSONGAN JAWATAN  : 01

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  : PERUBATAN DAN KESIHATAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN  : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

TARAF JAWATAN  : KONTRAK/TETAP

GRED JAWATAN/GAJI :GRED U29 (RM1,797.00 – RM5,7530.00)

              

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

 

SYARAT KELAYAKAN  BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  Kerajaan.

 B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


6. Penolong Pegawai Farmasi Gred U29

JAWATAN  : PENOLONG PEGAWAI FARMASI

KEKOSONGAN JAWATAN  : 01

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  : PERUBATAN DAN KESIHATAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN  : PELAKSANA

TARAF JAWATAN : KONTRAK

GRED JAWATAN/GAJI : GRED U29 (RM1,797.00 – RM5,753.00)

       

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


 SYARAT KELAYAKAN  BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu padaperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan

 

B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


7. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19

JAWATAN : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

KEKOSONGAN JAWATAN :  01

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  : KEJURUTERAAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN  : PELAKSANA

TARAF JAWATAN : KONTRAK/TETAP

GRED JAWATAN/GAJI  : GRED J19 (RM1,377.00 – RM4,052.00)


SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

 (a)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang-kurangnya  Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


 SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau Pemandu/Operator Jentera Pemunggah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

(i)   Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (a) di atas; atau

(ii)  Lulus Peperiksaan Khas; dan Had umur pelantikan

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


 B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


8. Pembantu Penilaian Gred W19

JAWATAN : PEMBANTU PENILAIAN

KEKOSONGAN JAWATAN : 02

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEWANGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN  : PELAKSANA

TARAF JAWATAN : KONTRAK/TETAP

GRED JAWATAN/GAJI : GRED W19 (RM1,353.00 – 4,005.00)

        

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;  atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;  atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  Kerajaan.       

B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


9. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

JAWATAN : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

KEKOSONGAN JAWATAN : 01

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

TARAF JAWATAN : KONTRAK/TETAP

GRED JAWATAN/GAJI : GRED N19 (RM1,352.00 – RM4,003.00)

        

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

SYARAT KELAYAKAN  BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh  Kerajaan.

B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


10. Pembantu Kemahiran (Mekanik) Gred H19

JAWATAN : PEMBANTU KEMAHIRAN (MEKANIK)

KEKOSONGAN JAWATAN : 05

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  : KEMAHIRAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

TARAF JAWATAN : KONTRAK/TETAP

GRED JAWATAN/GAJI  : GRED H19 (RM1,377.00 – RM4,052.00)

 

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


 SYARAT KELAYAKAN  BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


11. Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11

JAWATAN : PEMANDU/OPERATOR JENTERA PEMUNGGAH

KEKOSONGAN JAWATAN : 06

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN  : KEMAHIRAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

TARAF JAWATAN : KONTRAK/TETAP

GRED JAWATAN/GAJI  : GRED H11 (RM1,218.00 - RM2,939.00)

        

SYARAT LANTIKAN

 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki  kelayakan seperti berikut:-

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred E)  dalam 4 mata pelajaran yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred D) dalam 4 mata pelajaran yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;


 SYARAT LANTIKAN TAMBAHAN

  • Memiliki lesen memandu Kelas F/G/H/I lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan; dan
  • Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat  Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B.  UMUR

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


C.  CARA MEMOHON

1. Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.

2. Calon yang mempunyai Ijazah, Diploma dan Sijil dari institusi pengajian tinggi swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM, SVM, PT3, PMR dan Sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk temu duga.


DAFTAR UNTUK MEMOHON SEKARANG!


CATATAN

  • Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan / puan tidak berjaya.


TARIKH TUTUP IKLAN  : 31 JULAI 2021 (SABTU)    


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama