Bagaimana Memohon Guru DG41 One-Off Tetapi Tak Ada Sijil Atau Transkrip?

Permohonan Guru DG41 One-Off yang ditawarkan oleh MySPP menerima beribu-ribu emel setiap hari. Kemarin, 21 Julai 2021, merupakan hari terakhir untuk membuat permohonan.

Disebalik menjawab permohonan itu, masih ramai calon yang bingung dan keliru dengan beberapa perkara. Salah satu soalan yang muncul ialah Bagaimana Memohon Guru DG41 One-Off Tetapi Tak Ada Sijil Atau Transkrip?

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Piak Berkuasa Melantik, ada memaklumkan bahawa pengambilan khas ini diutamakan kepada graduan pendidikan. Ia terbuka kepada semua lepasan university awam, swasta dan juga luar negara.

Permohonan ini akan diberikan lagi kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan. Ia akan dijalankan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh graduan pendidikan.

Pelajar Semester Akhir Layak Memohon?

Pelajar semester akhir juga boleh mengambil bahagian dalam permohonan Guru DG41 One-Off ini. Ia tidak tertumpu kepada graduan lepasan pendidikan dan graduan bukan lepasan ijazah sahaja.

Namun, pelajar semester akhir masih tidak mempunyai sijil atau transkrip. Menurut emel daripada SISPAA, semua calon yang berada di semester akhir perlu memberikan sebab dibahagian CATATAN yang telah disediakan di borang permohonan.

Di bahagian CATATAN ini, calon hanya perlu mencatat “Calon Semester Akhir”. Jika calon mempunyai sebab dan alas an yang lain, hanya perlu nyatakan di bahagian catatan sahaja.

Saudari Ifa Sarifah Abd Rahim, ada berkongsi emel makluman daripada SISPAA. Makluman tersebut dapat dilihat di gambar dibawah.

Bagaimana Memohon Guru DG41 One-Off Tetapi Tak Ada Sijil Atau Transkrip?

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua calon terutamanya kepada pemohon semester akhir. 


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama