Header Ads

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Jurutera (J41) di UITM SABAH

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.
Kerja Kosong Jawatan Pentadbiran Jurutera (J41) di UITM SABAH

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Jurutera (J41) di UITM SABAH

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Jurutera (J41) di UITM SABAH



JAWATAN PENTADBIRAN : JURUTERA (J41)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM 2,529.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • Mempunyai kelayakan syarat lantikan.

  • Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arketik Malaysia Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  • Had umur pelantikan:
    - Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
    - Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
    - Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di https://sabah.uitm.edu.my


2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan.
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.
3. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

4. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Julai 2021 (Isnin)

Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut :

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu, Sabah.

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email : rahma221@uitm.edu.my
No. Tel :(088) 513879


No comments

Powered by Blogger.