Header Ads

Iklan Kekosongan Jawatan Jabatan Komunikasi Komuniti

Tawaran adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia di Sarawak, Sabah dan WP Labuan yang berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk memohon JAWATAN KONTRAK di Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri.

Iklan Kekosongan Jawatan Jabatan Komunikasi Komuniti

Iklan Kekosongan Jawatan Jabatan Komunikasi Komuniti

Pegawai Penerangan Gred S41
SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan Pegawai Penerangan Gred S41 (Contract of Service) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Ijazah sarjana muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29
SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 (Contract of Service) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


SYARAT PENGUASAAN BAHASA MELAYU:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


KEMAHIRAN TAMBAHAN:

Kemahiran dalam bahasa kedua / alternatif dan bahasa isyarat.


PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang DCCOMM 1/2021 (percuma) yang boleh dimuat turun melalui Laman Web https://www.jpm.gov.my/ atau https://www.kkmm.gov.my

2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:
  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil-sijil Persekolahan
  • Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara-(jika berkenaan)
  • Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan)
  • Sekeping gambar ukuran passport (berwarna)
  • Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

PENTING:

1. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.

2. Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.

3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

4. Sebarang tuntutan perbelanjaan bagi urusan permohonan jawatan dan temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

5. Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja. Muat turun BORANG PERMOHONAN JAWATAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)


Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Jabatan Komunikasi Komuniti
Aras 3, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
(u/p: Unit Sumber Manusia)
(sila tulis nama jawatan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan)

Melalui Emel - pengambilan_dccomm@kkmm.gov.my


TARIKH TUTUP IKLAN: Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 7 Julai 2021 (Rabu). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.





No comments

Powered by Blogger.