Iklan Jawatan Kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Iklan Jawatan Kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Iklan Jawatan Kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :

JAWATAN / GRED

1. Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak)

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
  • Taraf Jawatan : Kontrak 
  • Pusat Temuduga : Menara PTPTN, Kuala Lumpur

PENGKHUSUSAN BIDANG
  • Sains Komputer
  • Teknologi Maklumat
  • Kejuruteraan dalam bidang komputer
  • Kejuruteraan Komputer
  • Pemasaran Digital

JADUAL GAJI 
Gaji Minimum : RM2,080.005
Gaji Maksimum : RM  9,546.00


SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
  • Warganegara Malaysia

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00)

  • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KEUTAMAAN CALON GRED N41:

A) SAINS KOMPUTER, TEKNOLOGI MAKLUMAT, KEJURUTERAAN DALAM BIDANG KOMPUTER ATAU KEJURUTERAAN KOMPUTER

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang :
  • Sains Komputer
  • Teknologi Maklumat; atau
  • Kejuruteraan dalam bidang komputer atau Kejuruteraan Komputer
Berpengalaman dan berkebolehan dalam :
  • Mempunyai pengalaman atau penglibatan selama 2-3 tahun dalam pengurusan projek aplikasi web atau aplikasi mudah alih;
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik
  • Mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah (problem solving) yang baik;
  • Mempunyai kemahiran Structured Query Languange(SQL) yang baik; 
    • Business Intelligence (BI)
    • metodologi atau konsep gudang data (data warehouse)
    • Big Data Analytics
    • Accounting Information Systems
    • Computer Technology in Business; atau
    • Statistics for Accounting and Finance
B) PEMASARAN DIGITAL
  • Berkebolehan mengenal pasti pasaran digital dan menganalisis trend pasaran semasa termasuk mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan.
  • Berkebolehan untuk membuat perancangan, pemantauan, analisa serta mencipta kandungan/artikel laman digital dan media sosial.
  • Berkebolehan melaksanakan pelan strategik digital untuk memenuhi permintaan pelanggan
  • Berkebolehan mengurus aktiviti pengiklanan digital bagi mempromosi produk, perancangan acara, organisasi dan pelaksanaan serta memantau perkembangan aktiviti promosi dan kempen pemasaran untuk memastikan pelaksanaan yang sesuai.

2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Kontrak)

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Taraf Jawatan : Kontrak 
  • Pusat Temuduga : Menara PTPTN, Kuala Lumpur

PENGKHUSUSAN BIDANG
    • Sains Komputer, Prosesan Data, Kejuruteraan Komputer Atau Teknologi Maklumat
    • Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
    • Pengajian Perniagaan, Kewangan, Perbankan Atau Perakaunan
    • Statistik, Matematik Atau Sains Aktuari
    • Kreatif Dan Studio (Storyboard, Grafik, Video)
    • Copywriting Dan Content Pemasaran)
    • Pemasaran (Analisa Trend Dan Kajian Pasaran Serta Kehendak Pelanggan)

    JADUAL GAJI 
    Gaji Minimum : RM1,493.00 
    Gaji Maksimum : RM5,672.00


    SYARAT LANTIKAN
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
    • Warganegara Malaysia

    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

    • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    KELAYAKAN SIJIL MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
    BAGI TUJUAN PELANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM
    Calon yang memiliki Sijil Matrikulasi KPM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana di Gred 29 yang bersesuaian. Gaji permulaan bagi kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan bersamaan dengan gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum skim perkhidmatan berkaitan.

    KEUTAMAAN CALON GRED N29

    A) SAINS KOMPUTER, PROSESAN DATA, KEJURUTERAAN KOMPUTER ATAU TEKNOLOGI MAKLUMAT
    • Mempunyai kemahiran dalam Structured Query Language (SQL), Cascading Style Sheet (CSS) dan Javascript
    • Mempunyai pengalaman atau penglibatan selama 1-2 tahun dalam pembangunan aplikasi web atau aplikasi mudah alih
    • Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik
    • Mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah (problem solving) yang baik.

    B) KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
    • Pengalaman bekerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekurang-kurangnya setahun
    • Memiliki Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau lulus peperiksaan Safety And Health Officer (SHO)
    • Berkebolehan merancang serta menjaga keselamatan pekerjaan dan kesihatan kakitangan ketika berada di tempat kerja
    • Berkeyakinan tinggi dan boleh berkomunikasi dengan baik di hadapan khalayak ramai
    • Berkebolehan merancang, memantau dan menganalisa pematuhan keselamatan mengikut piawai undang-undang kerajaan di bawah Jabatan Keselelamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
    • Boleh melakukan peranan dalam membantu siasatan pihak JKKP dan menambah baik sistem keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

    C) PENGAJIAN PERNIAGAAN, KEWANGAN, PERBANKAN ATAU PERAKAUNAN
    Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran, kutipan hasil, terimaan hasil,klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

    D) STATISTIK, MATEMATIK ATAU SAINS AKTUARI
    Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam :
    • Penyediaan, pengumpulan dan analisa data statistik
    • Mengurus program dan aktiviti pengumpulan
    • Pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data

    D) KREATIF DAN STUDIO (STORYBOARD, GRAFIK, VIDEO, COPYWRITING DAN CONTENT PEMASARAN)
    • Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang tugas yang dinyatakan;
    • Berkebolehan untuk menjana dan mengelola idea kreatif terutama berdasarkan trend terkini pemasaran
    • Berpengalaman dan berkebolehan dalam penghasilan storyboard pemasaran
    • Berpengalaman dan berkebolehan dalam penghasilan grafik pemasaran
    • Berpengalaman dan berkebolehan dalam penghasilan video pemasaran
    • Berpengalaman dan berkebolehan dalam penghasilan copywriting pemasaran
    • Berpengalaman dan berkebolehan dalam penghasilan content pemasaran
    • Berkebolehan untuk merancang strategi penghasilan perkara 2) hingga 6) untuk tujuan kempen pemasaran
    • Berkebolehan untuk membuat analisa keberkesanan penghasilan perkara 2) hingga 6) di dalam kempen pemasaran
    • Berpengalaman dan berkebolehan dalam pengurusan peralatan studio rakaman / siaran langsung
    • Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkomitmen tinggi dalam melaksanaan tugas

    E) PEMASARAN (ANALISA TREND DAN KAJIAN PASARAN SERTA KEHENDAK PELANGGAN)
    • Berkebolehan mengenal pasti sasaran pasaran dan menganalisis trend pasaran semasa termasuk mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan
    • Boleh merangka dan melaksanakan pelan strategik untuk memenuhi permintaan pelanggan dan trend semasa
    • Berkebolehan mengurus aktiviti bagi mempromosi produk, perancangan acara, organisasi dan pelaksanaan serta memantau perkembangan aktiviti promosi dan kempen pemasaran untuk memastikan pelaksanaan yang sesuai
    • Berkebolehan menjalankan kaji selidik untuk memahami permintaan pelanggan dan menguruskan brand positioning serta menguruskan analisis berkala terhadap usaha pemasaran dan kempen
    • Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkomitmen tinggi dalam melaksanaan tugas.

    3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (Kontrak)

    • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
    • Taraf Jawatan : Kontrak 
    • Pusat Temuduga : Menara PTPTN, Kuala Lumpur
    PENGKHUSUSAN BIDANG
    • Matematik, Prinsip Perakaunan Dan Simpan Kira-Kira
    • Sains Komputer, Prosesan Data Dan Kejuruteraan Komputer
    JADUAL GAJI 
    Gaji Minimum : RM1,352.00
    Gaji Maksimum : RM4,003.00


    SYARAT LANTIKAN
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
    • Warganegara Malaysia

    • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00)

    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40)

    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

    SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    KEUTAMAAN CALON GRED N19

    A) MATEMATIK, PRINSIP PERAKAUNAN DAN SIMPAN KIRA-KIRA
    Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman

    B) SAINS KOMPUTER, PROSESAN DATA ATAU KEJURUTERAAN KOMPUTER
    Berpengalaman dan berkebolehan dalam :
    • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam penyelenggaraan pencegahan serta penyelenggaraan kelengkapan IT seperti komputer riba dan komputer peribadi serta mesin pencetak
    • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran, operasi sistem dalam sesebuah organisasi serta mempunyai asas rangkaian komputer.

    CARA MEMOHON
    Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum 11.59 malam, hari Isnin, 05 Julai 2021 di pautan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KONTRAK / TETAP

    MAKLUMAT KHUSUS KEPADA CALON

    (a) E-MEL DAN NOMBOR TELEFON YANG MASIH AKTIF
    Sila pastikan e-mel dan nombor telefon adalah aktif. Calon akan dihubungi melalui e-mel bagi urusan temu duga dan melalui telefon bagi makluman keputusan temu duga (bagi calon berjaya sahaja).

    (b) IMBUHAN / ELAUN
    Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Bantuan Sara Hidup akan dibayar kepada calon yang ditawarkan jawatan yang dipohon.

    (c) PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
    Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

    (d) PENEMPATAN DI PEJABAT NEGERI PTPTN (PPN) DI SELURUH NEGARA
    Pegawai yang sedang berkhidmat di PTPTN boleh diarah bertugas di Pejabat PTPTN Negeri (PPN) di seluruh negara.

    (e) CATATAN AM
    Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.



    0 Ulasan

    Catat Ulasan

    Post a Comment (0)

    Terbaru Lebih lama