Header Ads

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 di UITM SABAH

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 di UITM SABAH

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 di UITM SABAH

JAWATAN PENTADBIRAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan jawatan.

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00)

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira – Kira) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40)

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya (Gaji permulaan pada Gred W19 : RM1,409.40)

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: 1,465.80)

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia  Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.  (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di https://sabah.uitm.edu.my


2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan.
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

3. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

4. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

 
Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu, Sabah.

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email : rahma221@uitm.edu.my
No. Tel :(088) 513879

No comments

Powered by Blogger.