IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON 2021

IKLAN JAWATAN KOSONG
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
( KEUTAMAAN KEPADA ANAK NEGERI SEMBILAN )
IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON 2021

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

A. SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c)Had umur pelantikan:

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau 
ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau 
iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


1. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 [TETAP/KONTAK]

KEKOSONGAN : 2 ( 1 TETAP , 1 KONTRAK)

B. KELAYAKAN LANTIKAN
i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM1,510.92)

ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM1,510.92)

iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM1,776.08)

iv) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM2,001.68).


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(i) atau 1(ii) atau 1(iii) atau 1(iv);

(ii) lulus Peperiksaan Khas.

2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19 [TETAP/KONTRAK]

KEKOSONGAN 2 : ( 1 TETAP ,1 KONTRAK )

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan) (Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : RM1,360.00)

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : RM1,418.12).


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu

Kesihatan Awam Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan

a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 2(i) atau 2(ii);

(ii) lulus Peperiksaan Khas.


3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI ) GRED N19 [TETAP]

KEKOSONGAN 1: ( 1 TETAP )

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00)

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,408.40)

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,464.80).


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkersnian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3(i) atau 3(ii) atau 3(iii); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas.


4. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19[KONTRAK]

KEKOSONGAN 1 : ( 1 KONTRAK )

(a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,360.00)

ii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,360.00)

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,416.40)

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19 : RM1,472.80).

(b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan dengan kelayakan 4a(i), 4a(iii) atau 4a(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


C. CARA MEMOHON

i) Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi MPPD di www.mppd.gov.my.


ii) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) seperti berikut :

a. Gambar warna berukuran pasport;

b. My Kad/Kad Pengenalan;

c. Sijil Kelahiran;

d. Sijil Berhenti Sekolah;

e. Sijil-Sijil Persekolahan/Akademik;

f. Sijil-Sijil yang berkaitan dengan bidang.

iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2020 (perlu diakui sah oleh Ketua Jabatan di setiap helaian).

iv) Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
KM 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 28 JULAI 2021


D. PERMOHONAN SEPERTI BERIKUT AKAN DITOLAK 

i) Borang permohonan dan maklumat tidak lengkap atau tidak jelas;

ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yand ditetapkan dalam iklan;

iii) Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah seperti para C(ii) ; dan

iv) Tidak disertakan salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/IPTS untuk perkhidmatan awam;

(www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)


E. PERHATIAN

i) Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian kecergasan / ujian bertulis dan temu duga melalui surat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (mysms 15888).

ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya (tiada makluman bersurat/telefon akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson).

iii) Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan segala keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah MUKTAMAD



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama