Header Ads

Resepi Mudah Green Tea Frappuccino Ala Starbucks

Resepi Mudah Green Tea Frappuccino Ala Starbucks

Jom kita buat sendiri Resepi Mudah Green Tea Frappuccino Ala Starbucks ni. 

Bahan-bahan:
  • 1 cawan susu bukan tenusu
  • 1/8 sudu ekstrak vanila
  • 1 sudu gula kelapa – untuk beri rasa manis
  • 1 cawan ais
  • 1 sudu serbuk matcha teh hijau
  • Untuk hiasan boleh gunakan krim putar

Cara penyediaan:

1. Masukkan susu bukan tenusu, ekstrak vanila, gula kelapa, matcha teh hijau dan ais ke dalam mesin pengisar.

2. Kisar perlahan-lahan bermula dengan kelajuan sederhana. Jika sudah lancar boleh tambah kelajuan. Tambahkan ais jika mahukan lebih kelikatan. Tambahkan bahan-bahan di atas jika mahukan lebih cair.

3. Tuang ke dalam cawan dan hiaskan dengan krim putar. Boleh taburkan serbuk matcha teh hijau untuk hiasan yang lebih menarik.

4. Untuk dapatkan bentuk krim putar yang lebih likat, sejukkan krim putar di dalam peti sejuk selama 5 hingga 10 minit sebelum dihias di dalam cawan.


kredit: makanlena

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiMudahSukatanCawan


No comments

Powered by Blogger.