Header Ads

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Penolong Pegawai Keselamatan (KP29) di UITM SABAH

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Penolong Pegawai Keselamatan (KP29)

Kekosongan Jawatan Pentadbiran Penolong Pegawai Keselamatan (KP29)

JAWATAN PENTADBIRAN PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (KP29)

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00)

  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00)

  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang -kurangnya berpangkat sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00)

  • Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95)

Memenuhi syarat – syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.

  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.

  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)

  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata)

  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • Mempunyai kelayakan STPM

  • Lulus Peperiksaan Khas.

  • Had umur pelantikan
    - Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
    - Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
    - Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di https://sabah.uitm.edu.my


2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan.
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

3. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

4. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Julai 2021 (Isnin)

Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut :

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71, 88997 Kota Kinabalu, Sabah.

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email : rahma221@uitm.edu.my
No. Tel :(088) 513879

No comments

Powered by Blogger.