Cara Buat Rakaman Video 5 Minit Untuk Jawatan DG41 (SPP)


Cara Buat Rakaman Video 5 Minit Untuk Jawatan DG41 (SPP)


1. Pihak SPP akan minta 5 minit sahaja video rakaman. Oleh itu, pastikan rakaman video tidak melebihi masa yang telah ditetapkan. Kurang sikit dari 5 mint tidak mengapa. Ada calon yang diminta untuk meletakkan RPH, tetapi sekiranya tidak diminta tidak perlu letak. 

2. Sediakan file seperti sijil akademik dan kokurikulum, IC, Surat beranak dan sijil SPM. Sila susun mengikut peringkat tertinggi sehingga peringkat rendah. Selepas itu scan PDF. 

Untuk scan file yang diminta, korang hendaklah scan mengikut numbering seperti dalam gambar (mungkin korang punya berbeza) cuma apa yang penting ikut sahaja seperti yang diminta dalam tugasan interview nanti. Semua sijil akademik hendaklah dicombine dalam satu PDF. 

kredit gambar Husna Ab Ghapar

3. Untuk tugasan rakaman video diambil secara berasingan mengikut komponen. Setiap rakaman yang diambil tidak lebih atau sekadar apa yang diminta dalam tugasan sahaja. Hanya letak transition sahaja antara komponen untuk menunjukkan pembahagian setiap komponen. 

Sebaik-baiknya elakkan daripada mengedit atau cut video dalam setiap komponen. Setiap komponen video korang hanya perlu take one take perfect shot without stopping the video. 

4. Latih diri untuk bercakap dihadapan kamera tanpa gagap. Tak perlu baca teks dan paling penting sekali mimik muka (facial expression korang). 

5. Kalau boleh dalam masa 5 minit tersebut bahagikan sedikit masa bagi letak transition supaya tidak melebihi masa 5 minit yang telah ditetapkan. 

6. Cara berpakaian boleh search kod etika berpakaian untuk guru. Pastikan kemas dan menunjukkan kreadibiliti anda sebagai calon yang dicari.

7. Sediakan teks untuk pengenalan diri yang ringkas & padat untuk tempoh 2 minit. Rangkumkan biodata diri secara ringkas, jenis pengajian dan kelebihan atau kemahiran yang ada serta bahasa yang dikuasai. (Hafal sehingga tidak perlu melihat teks)

8. Cari tajuk daripada DSKP yang dikuasai, sediakan bahan pengajaran (reka pengajaran yang sesuai) Boleh pilih antara kombinasi setinduksi, teknik penyoalan, pengajaran dengan penutup.

9. Baca sedikit info berkenaan dengan isu-isu pendidikan. Sediakan tes ringkas & padat selama 1 minit. (Hafal sehingga tidak perlu melihat teks) 


Kredit to Husna Ab Ghapar

2 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama