Jawatan Kosong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 - Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41


Jadual Gaji:
  • Gaji Minimum: RM2,078.00
  • Gaji Maksimum: RM9,544.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan:RM225.00

KEKOSONGAN : 14
SIMPANAN : 56

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia

  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

  • Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  


Baca Sini : Exam Penolong Pembangunan Masyarakat S29

   

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan

  • mempunyai kelayakan di syarat lantikan 
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan:
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


KEPERLUAN BIDANG YANG DITETAPKAN OLEH JABATAN

Terbuka kepada semua bidang KECUALI bidang Kejuruteraan, Sains Tulen & Teknologi

DESKRIPSI TUGAS :

  • Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

Jawatan Kosong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 - Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan atau mengemaskini permohonan secara dalam talian di Portal rasmi SPA9. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 05 Julai 2021(Isnin) Jam 11.59 malam

Daftar sekarang → Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

Info Lanjut → Panduan Mengisi Permohonan SPA9 (Kemaskini Jawatan SPA8i)


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama